안녕하세요!
Haa faham ke idok ? kalau korang follow aku kat FB mesti korang tahu apa maksudnya. Ni dari macam takder apa benda nak sembang aku ingat aku nak cerita sikitlah kat korang yang bulan lepas aku ada ambik kelas bahasa Korea dengan rakan yang aku kenal kat FB.
Korang kalau nak belajar jugak bolehlah tanya sendiri dengan beliau. Aku ambik kelas beginner sahaja.
Bukanlah sebab aku belajar bahasa Korea sebab aku suka sangat-sangat dengan Kdrama ataupun Kpop. Tapi aku lebih kepada nak menambah ilmu walaupun sedikit. Suka tu mestilah tapi taklah sangat-sangat yer.

Ada jugak kawan-kawan yang tanya aku apa tujuan aku belajar bahasa Korea ? Korang rasa sebab apa ?
Aku orang yang suka belajar tapi aku dulu tak ada peluang untuk itu semua. Now dah tua baru ada rezeki dan kesempatan masa.
Bagi aku sebab ianya minat dan kemahuan masing-masing.Ada orang suka pergi kelas mekap , kelas fitness , kelas masak atau kelas agama dan apa2 kelas.
Selain sebab suka nak tambah ilmu aku suka belajar bahasa Korea ni sebab bahasa dan tulisan dia sangat menarik dihati aku. Aku nak cabar diri dalam usia 40 tahun ni mampu ke otak aku terima benda baru.
Oh yer selain dari belajar bahasa Korea aku juga ada belajar bahasa isyarat yang orang pun ada tanya belajar bahasa isyarat untuk apa sebab aku bukan cacat.
Sebenarnya aku ni kategori OKU tapi cuma orang jer yang tak tahu. Dan aku kategori OKU yang tak kelihatan. Tapi tu nantilah yer aku cerita.
Memula belajar memang susah, selama ni sebut pun ikut sedap telinga yang dengar jer. Tapi bila dah belajar baru tahu camni huruf apa ni huruf apa , campur ni jadi apa bunyinya.
Selain belajar mengenal huruf Hangeul, kami juga belajar menyebut setiap satu huruf dan perkataan. Kemudian kami kena tulis. Haaa ingat senang ker.

Bahasa Hangeul ni pun ada sebutan formal dan tak formal. Contoh paling senang bila kita nak sebut Hai atau Hello.
Annyeonghaseyo ( 안녕하세요 ) adalah ucapan yang lebih dan beradab bila kita nak tegur orang asing atau dengan orang yang lebih tua dari kita.
Perkataan ni juga terpakai untuk semua jenis uacapan tak kira masa dan situasi.

Tapi kalau kita kata Annyeong ( 안녕 ) sahaja tu kita boleh guna dengan kawan-kawan sebaya dan kawan yang rapat dengan kita tapi lebih muda.
Sekarang ni pun kat rumah aku rajin sikit berlatih menulis sendiri. Cikgu pun puji tulisan aku cantik (pandai cikgu amik hati anak murid tua nih..). Salah-salah tu mestilah ada sebab kelas beginner ni pun cuma belajar 2 kali sahaja dalam sebulan. Lepas tu belajar sendiri dan apa-apa nak tanya semua pakai group wasap jer.
So kalau aku salah tulis tu agak normal. Aku bukan up sebab nak berlagak tapi aku nak uji skill ingatan dan kefahaman aku jer. So kalau aku salah mohon betulkan.
Jadi kalau korang yang mana teringin sama nak belajar personal atau by group boleh jer contact sendiri dengan Cikgu Zulhimi. Serius memang best dan korang mesti lagi cepat faham berbanding aku.
TIPS MUDAH NAK FAHAM BELAJAR BAHASA ASING
- Cari guru – asalanya aku belajar dekat youtube juga tapi tak sama langsung kalau kita belajar dengan guru sebenar lagi-lagi kau sejenis otak lembab (macamaku ni haaa…ehehehe)
- Banyakkan latihan menyebut dan menulis – aku sebut semirip yang mungkin dan menulis berkali-kali untuk lebih mengingati sesuatu huruf dan perkataan
- Cari dan terjemah – cuba cari dan terjemah biarpun dalam satu ayat tu kau mampu detect satu perkataan atau satu huruf pun dah cukup baik, lama-lama kang kenal ler.

Haa tu jerlah kot aku nak kongsi. Jumpa lagi.
감사합니다.
Baguih kak long, pasni pi korea lg senang laa nak berkomunikasi ngan org sana.
Mama Kembar Tiga recently posted…ZV Beauty Collection: Mekap Tahan Lama Sesuai Bila Travel!
Wah, bagusnya kaklong..menuntut ilmu belajar bahasa Korea…nak belajar bahsa French lah kat sini..janji faham sikit-sikit
woww !!! pandainye akak, saya pandai bahasa korea cuma saya pandai menulis korea, cakap korea yg basic, mcm jenis greetings, colours, numbers ,general conversation, transportition, dan lain-lain lagi….
ok lah tu , sebenarnya bahasa ni kalau kita selalu dengar dan praktik mesti lama2 kita faham juga . Ni dah kama tak belajar memang dah lupa ..nak kena refresh balik jawabnya…