Mesti korang dah lama tahu pasal kedai spek mata ni kan ? alaaa yang viral kat media sosial sejak tahun lepas tu lerr.

Aku ? opkoslah tahu jugak sebab ramai kawan-kawan aku dah pergi buat spek kat situ, samada diorang buat untuk diri sendiri atau buat untuk keluarga diorang.

Cumanya ada desas desus mengatakan kedai spek viral tu mula menipu sebab dah mula viral. Aku tahu mesti korang tak percaya, ialah kan kedai dah viral , takkan dia nak buat yang tidak-tidak.

KANTOI MENIPU !

Nak tahu kebenaran kita kena cek sendiri yer atau tidak kedai ni menipu. So aku ajaklah dd pergi kedai spek viral nih. Lagipun memang ada plan nak buat spek baru untuk dd jugak. Alang-alang dah plan nak buat kita pun terjah jerlah.

Sampai sana chot chet chot chet dari pilih frame sampai cek mata sema dah siap. Pastu bila tanya bila boleh collect, dia kata 1 jam lagi dah boleh datang ambik. Aku pun kata kalau camtu aku dengan dd nak pergi makan dan jalan-jalan dulu kat situ. Bagi aku takkanlah yer boleh siap dalam masa 1 jam sebab masa tu orang pun tengah ramai.

Busuk-busuk mesti 2 ke 3 jam baru siap.Tapi tak apalah , sebab aku memang paln nak window shopping kat Sungei Wang Plaza sebab inilah tempat lepak aku dulu masa muda remaja.

Keluar dari kedai aku terus aku ajak dd makan dulu sebab dah lapar. Tengah makan dd dapat call dari kedai spek yang katanya spek dah siap . Aku macam whattt ?? takkan kot . aku belum habis makan nih. Kalau ikut time dari aku keluar sampai ke kedai makan kat bawah tu baru setengah jam kot.

Tadi masa kat kedai diorang kata 1 jam baru siap. Menipu betul’lah kedai nih. Haihh geram jerr aku.

Musnah plan aku, sebab kalau spek dah siap memang takder chance’lah aku nak window shopping. Ishh diorang tak tahu ker ? diorang ingat senang ker nak keluar berdua berdating dengan dd kat shopping complex camni. Menyesal pulak aku tak pesan kat orang kedai tu supaya call lepas 2 jam walaupun dah spek boleh siap dalam masa setengah jam.

So itulah ceritanya, bagi aku kira kedai ni menipulah. Kata siap 1 jam tapi tak sampai 1 jam semua dah siap.

OPPA JAE SUK BUKA KEDAI SPEK DI SUNGEI WANG ?

Nasiblah muka tauke kedai ni ensem macam oppa Oppa Jae Suk. Kalau korang yang layan Running Man mesti korang tahu Jae Suk kan ? Kalau nak tahu kat kedai viral ni sahaja korang boleh jumpa Jae Suk Malaysia. So lepas ni dah tak payah nak cari Jae Suk sampai Korea dah weihh , pergi je kat kedai Eye Pro Vision buat spek kat situ pastu ajak selfie.

Lepas tu korang post kat IG dan acah-acah batak “wahhhh jumpa oppa Jae Suk kat Sungei Wang’lah …” kompom kawan kau dan2 tu pergi Sungei Wang jugak sebab dia jeles namateyyy dengan kau.

Hahahahaha ok gurau jer tau,tapi siyes muka tauke dia iaitu William memang macam Jae Suk Running Man.

SPEK PROMO RM65 SEPANJANG TAHUN SEHINGGA KEHABISAN STOK

Katalah kau nak beli spek promosi yang Rm65 tu kan , so kau hanya perlu bayar harga itu sahaja kecuali kau sendiri yang nak add on benda yang kena charge contohnya tukar lense yang lebih baik dari yang sedia ada dan nak tambah transition atau apa-apa yang kena custom made.

Tapi semua tu boleh bincang. Dan harga tambahan pun tak mahal mana jika nak bandingkan dengan kedai spek lain.

Kali ni aku datang sebab nak buat spek untuk dd , dia dulu tak pakai spek tapi lepas dah kena “sweet pee” mata dia dah mula rabun dan dah kena pakai spek.

Spek yang dia pakai sebelum ni kualiti sangat biasa, stended Rm65 sahaja tapi dia kena bayar dekat Rm200 jugaklah sebab dia ada add on transition. Transition ni kalau kat tempat panas dia akan bertukar jadi gelap. Lain-lain kelebihan seperti lense tu anti silau dan ada UV Protection memang tak ada langsung.

So kalau nak bandingkan harga dengan apa yang Eye Pro Vision boleh bagi senang cerita harga yang dd bayar tu MAHAL!

NAK TAMBAH ITU INI TAPI NAK HARGA MURAH ? KAU RASA ?

Masa first aku buat spek pastu aku suruh dia teka berapa harga spek aku dan dia jawab dalam Rm500. Frame spek aku jenis flexible pastu aku minta spek aku guna lense Alpha Blue 420 yang ada fungsi anti silau dan UV protection yang aku hanya perlu bayar sebanyak Rm125 sahaja. Power spek aku pulak 500. Kau rasa ?

Aku bila dengar harga camtu pun aku rasa macam nak buat 8 spek terus sebab spek aku yang sebelum ni kau tahu berapa ?

1k ok ! tu yang tak tukar-tukar sebab spek aku tu harganya mahal. Kalau senget spek aku tu mesti kena bawak kedai betulkan balik. Beza betul dengan spek frame flexible yang aku dapatkan kat kedai Viral nih, tahap flexible dia kalau kau terduduk ke apa ker dia tak akan terjejas bentuknya dan ringan pulak tu.

Biasanya aku akan pilih frame yang biasa tapi bila orang kedai kata aku kena pakai lense yang begini-begini sebab silau tinggilah power tinggilah tu yang menjadikan spek aku cecah harga 1k.

Since dah tahu kat sini aku boleh dapatkan pilihan lebih 2000 frame dengan harga yang mampu milik. Memang taklah aku nak pergi kedai lain.

Berbalik pada spek dd yang buat kat kedai viral Eye Pro Vision, dd pilih frame jenis flexible ( Rm65 ) + transition ( Rm60 ) + lense Alpha Blue 420 ( Rm60 ) = Total ?

Haa kiralah sendiri yer.

FAQ MENGENAI EYE PRO VISION

Kat sini aku nak kongsi jugak FAQ dari admin Eye Pro Vision yang ramai orang tanya. Harap dapat membantu korang buat keputusan yang tepat.

Admin : aku dapat banyak mesej dengan soalan yang sama. habis baca please share.

1. Betul ke murah min ? ade hiden kos ?
(Betul, Betul, Betul dan tak ada hiden kos kecuali power lebih 400, walaupun power lebih 400 siap Rm125 sahaja)

2. Betul ke Rm65 untuk semua ?
(Betul, Rm65 bingkai siap cermin multicoated)

3. Kalau power saya tinggi macam mana ?
(Power berapa ?? sampai 1000 pun harga Rm200 je)

4. Kalau power tinggi bole siap 1 jam jugak ?
(Bole, power 1000 ke bawah bole dapat dalam masa 1 jam)

5. Pilihan frame banyak ker atau ada pilihan tertentu ?
(pilihan tak banyak, ada 2000 sahaja )

CARA MUDAH NAK PERGI KE EYE PRO VISION

So, bagi korang yang nak pergi ke Eye Pro Vision menggunakan public transport, aku amatlah galakkan sebab serius lagi senang. Macam aku ambik LRT dari Putra Heights then turun di stesen Hang Tuah , sampai stesen Hang Tuah aku tukar ke monorail dan menuju ke Bukit Bintang. Sampai Bukit Bintang turun dan terus masuk menuju ke dalam Sungei Wang Plaza.

pasangan yang sama comel

Pergi kat ground floor dan cari kedai Eye Pro Vision , senang cari sebab kedai kat bahagian luar. Memang boleh nampak dari jauh.

Alamat : Lot G111 Ground Floor
Sungei Wang Plaza , Jalan Bukit Bintang

Waktu Operasi : Setiap Hari dari jam 11 pagi hingga 9 malam

Phone : 016-377 1304 ( William )

Facebook : Eye Pro Vision

Instagram : @eyeprovision_g111

Nak diskaun ? sila sebut nama aku 3 kali. Alaaa korang cakaplah saya pembaca blog Saidila ataupun tanya kat William , ” u kenal itu Kak Long…?” Gerenti korang dapat harga layanan istimewa dari William a.k.a Oppa Jae Suk.

Dah dapat semua tu jangan lupa cakap “saranghae oppa..” pastu plan shopping korang kat situ mesti terus kena cancel dengan asben korang.

Barulah padan uke ! ahahahahaha.

Categorized in: