Rasa dah lama sangat tak kongsi pasal resepi dekat blog. Angin apa tah tiber hari ni rajin nak share. Jadi , seperti tajuk diatas, aku nak share resepi dan cara masak kari kambing tanpa santan yang aku belasah jer sebab malas nak tengok you tube atau cari resepi sebenar dekat google. Yang penting sedap.
Tapi sebenarnya ini kali kedua ke kali ketiga aku masak kari tanpa menggunakan santan sebab sebelum-sebelum ni aku rasa kurang yakin jer masak kari tak pakai santan. Takut tak sedap sebab dah terbiasa masak kari mesti letak santan. So berbekalkan resepi ingat-ingat lupa aku pun mula masak.
Baca : Resipi Kari Ayam Yang Sedap Tanpa Santan
Senang sangat sebab tak payah nak blend bahan atau tumis dulu. Leburkan sahaja semua bahan dalam satu periuk then buka api , kacau-kacau sikit tambah gula garam dah siap.
Ok itu tipuuuu . Hahahaha.
Masa masak mesti kena mau jaga api mehh, sesekali kena kacau dan tengok supaya masakkan kita dalam keadaan yang baik-baik. Tapi next time aku nak cuba masak guna periuk Noxxa. Mesti lagi aummm.
Jangan cakap banyak ajomm kita tengok apa resepi dan cara-caranya. By the way DD kata rasa kari kambing aku tu sedap dan dah boleh bukak kedai.
Resepi Kari Kambing Tanpa Santan

Bahan-Bahan
- Daging kambing
- 3 biji tomato dipotong kasar *nak guna tomato lebih pun boleh
- 1 biji bawang besar dihiris
- 1 biji bawang holland dihiris
- 2 inci halia dihiris
- 5 ulas bawang putih dihiris atau dikisar sekali bersama halia
- Rempah kari daging secukupnya *aku guna dalam 10 sudu besar
- Serbuk cili secukupnya *aku guna dalam 2 ke 3 sudu besar, nak pedas lebihkan
- 1 batang kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 2 tangkai daun kari
- 3 sudu besar minyak masak atau secukupnya
- 2 cawan air atau secukupnya
- Garam dan gula secukupnya
Cara-Cara
- Basuh bersih daging kambing
- Satukan semua bahan termasuk bahan hiris, bahan kisar semua ke dalam satu periuk bersama kambing dan gaulkan kesemuanya
- Letak minyak dan air secukupnya
- Renihkan dengan api perlahan dan tutup
- Biarkan daging kambing masak baru tambahkan garam dan gula secukupnya
- Siap untuk dihidangkan
Tips Tambahan
- Masak kari tanpa santan boleh jer guna untuk daging dan ayam
- Boleh tambahkan kentang kalau suka cuma jangan masukkan sekali , kalau masak ayam boleh masukkan sekali tapi untuk daging masukkan masa daging dah cukup lembut dan masak sepenuhnya
- Aku tambahkan halia yang dikisar tapi kalau tak nak pun takper sebab dah ada halia dihiris
- Sentiasa cek masakan bimbang kurang air nanti hangit pulak
- Kalau suka kuah pekat jangan tambahkan air lagi atau terus sahaja didihkan kari sehingga dapat kepekatan yang kita nak
- Kalau suka kari yang agak cair boleh tambahkan air sesuai yang kita nak
- Kari tanpa santan lebih lama lebih sedap berbanding yang bersantan
Paling penting masa masak ni aku dah terbayang if kuah kari ni buat cicah dengan roti ke lempeng, mesti sedap weihhh.

Sekian perkongsian aku setakat ini. Harap ianya memberi manfaat kepada semua.
Selamat Mencuba !
FOLLOW & SUBSCRIBE
Facebook : Saidila Abdul Rahman Instagram : Saidila Youtube : Saidila Lifestyle TikTok : saidila79
SA pernah masak…sedap….