Alhamdulillah….

Hari ni hari yang paling manis buat aku , Allah aturkan cukup cantik dan cukup baik . Walaupun politik di Malaysia makin lama makin nazak , sebagai hamba allah yang mengaku beriman kepadaNya kenalah yakin di satu sudut terpencil pasti ada cahaya .

Memikirkan yang hidup kita ni tak lama mana , lagi-lagi aku sendiri yang dah pernah rasa berada di situasi 50-50 antara kehidupan dan kematian , maka lagilah aku nak nikmati kehidupan yang berbaki dengan meniti hari penuh dengan kebahagiaan bersama orang-orang yang aku sayang .

Aku mula kenal ngan Eynda Yusoff pada tahun 2009 hanya melalui blog sahaja , masa tu aku rajin komen blog dia , dan dia pun rajin komen blog aku . Seriusnya aku suka cara dia bersosial ,nampak tenang dan sentiasa positif , aku baca diary dia hampir setiap hari , aku baca macamana dia membesarkan 2 anaknya iaitu Adam dan Hannah dan si bulus yang bernama Fluffy .

Akhirnya pada saat Donald Trump menang undi untuk kerusi Presiden  Amerika Syarikat aku pulak bertemu empat mata buat pertama kali dengan pemilik Eynda’s Diary iaitu Eynda Yusoff . Rasanya agak lama jugak aku tak baca sesama blogger menulis pasal keterujaan berjumpa blogger lain .

Ker aku jer yang masih ada perasaan teruja tu bila berjumpa pertama kali dengan blogger-blogger lain kat Malaysia nih ..siap buat entry kauuu…..**ehehehehe

Memandangkan aku mula dah ada sindrom short term memory lost jadi aku tak nak lah peristiwa manis hari nih berlalu begitu sahaja .

9/11/2016 mungkin ada yang anggap ianya tarikh hitam atau tarikh disaster buat seluruh dunia , tapi tidak bagi aku . Aku yakin Allah ada rancangan yang lebih baik untuk kita jika kita yakin pada bantuan dari Allah swt .

saidila-dan-eynda

Inilah dia Eynda Yusoff , dulu masa zaman aktif blog ada satu game tag , masa tu aku kata yang gambar khawin dia sebiji macam muka model dan pelaon bernama Wilma . Alhamdulillah sampai sekarang kitorang masih keep intouch walaupun sekadar di alam maya .

Bukti yang kalau kita nak berkawan dan bersahabat tu sekarang memang dah tiada sempadan .

Al-kisah camner leh terjumpa tu pulak sebab aku nak sangat beli kasut Adidas Superstar Slip On yang aku idamkan sejak ternampak kasut ni lalu kat timeline FB pada 8 September .  Itupun sebab masa aku sampai kat Aeon Shah Alam inchik dd ajak makan dulu , lepas duduk kat satu sudut yang inchik dd pilih aku ngan inchik dd pun makan sambil tot tet tot tet maknanya berboraklah .

Masa aku pandang ke depan terperasan sisi tepi satu orang yang macam aku biasa nampak . Hati aku terus kata eh itu Adam tu . Aku perati jer dia duduk mana , memang nampaklah dari tempat aku duduk . Pastu nampak potongan seorang budak perempuan yang aku tak nampak mukanya .

Sekali lagi hati aku kata rasanya itu Hannah , walaupun aku tak nampak muka dia langsung sebab terlindung ngan plastik shopping atas meja kat tempat yang diorang duduk . Tapi gerak hati aku kuat giler kata itu Adam dan Hannah . Risau gak kalau itu sekadar imaginasi jer kerrr .

Aku panjang-panjangkan kepala aku cari maknya adam dan Hannah . Plop muncul ….terus aku kata …allahuakbar . Allah nak pertemukan aku dengan dia rupanya .  Bila aku kata ngan dd , bang…rasanya itu kawan blogger mama’lah … terus dd kata pergilah tegur dan jumpa .

Apa lagi …terus aku bagi salam kat eynda dan alhamdulillah dia pun ingat aku nama aku jugak . Kalau tak ingat pun bagi aku tak menjadi hal . Sebab dari tak kenal maka itulah masa nak perkenalkan diri yer dak ..?

Allah maha besar ….tak terucap rasanya masa tu perasaan gembira . Aku borak-borak sekejap ngan Eynda macam dah biasa jumpa jer padahal baru pertama kali . Dia pun mungkin terkejut jugak betapa ramah tamahnya aku tadi . **hahahaha

kasut-adidas-superstar-slip-on

Adam tu aku tengok dia melalui blog dari dia chubby masa kecik sampai sekarang dah hensem dan meninggi orangnya , yang Hannah pulak dari dia baby , pastu ngan rambut panjang kerinting sampai dah sekolah aku baca kisahnya . Sekarang rambut paras bahu dan masih cantik comel ..macam mama’nya jugak yang awet muda gitu .

Sesungguhnya hari ini kami berjumpa kerana Allah SWT dan asbab perjumpaan kami adalah kerana sepasang kasut Adidas .

Well …kasut , ko dah cipta sejarah ko tersendiri pada hari ini ..eh semalam’lahh…ehehehehe

Adidas Superstar Slip On

Meh citer pasal kasut pulak yer….

Warna yang aku pilih pulak adalah satu warna yang agak 8 juta kali nak kena fikir . Tapi mungkin kerana pemikiran aku yang agak rare disertakan pulak dengan gaya aku yang agak MJ maka aku pilih jugak warna putih yang memang tinggal satu-satunya size yang ada ngam ngan aku .

Senang cerita take it or leave it …ko tinggalkan ko kena tunggu lagi kasut tu masuk butik yang ko tak tahu bila lagi sampai dan macam-macamlah kisah seramnya…

Pilihan yang agak berani oooo . Kalau ikutkan sayang nak lenjan tapi bila aku pikir balik ini hanyalah sepasang kasut yang memang dibeli untuk di pakai jadi kenapa nak di sayang-sayang . Harganya memang agak WOW ….tapi sekali lagi aku ambik pendekatan alah membeli menang memakai .

Aku bukan pecinta barang branded ok , tapi aku tak suka setiap bulan nak kena berhabis duit untuk memiliki benda yang sama cuma lain fesyen dan warna serta kegunaan .

adidas-superstar-slip-on

Bila aku suka , aku beli dan aku akan guna dengan sebaik-baiknya . Kasut ni akan pergi pasar , pergi kenduri , pergi kubur , pergi berkelah , pergi mall atau sekadar lepak kat kedai kak Laila . Aku takder banyak kasut macam orang lain yang kasut pasar lain kasut mall lain kasut kenduri lain . Total-total pun confirm dah sama harga dengan sepasanga kasut aku yang pelbagai guna ni .

Inchik dd pun takderlah bising ker apa ker bila aku kata harga kasut tu sekian-sekian . Dia tahu aku macamana . Kalau orang lain tiap raya beli kasut tapi aku tak . Aku guna sahaja apa yang ada .

Sampai satu saat bila kasut aku dah tercabut tapak atau dah lunyai barulah aku survey kasut lain . Itupun makan masa oooo . Bukan bila rasa boring ngan kasut yang ada terus gi mall beli .

Oh yerr…benda yang aku paling tak suka bila masuk mall besar ialah protokol . Kau kena dress up ala mak datin wanna be barulah seller-seller tu semua akan layan kau good-good .

Aku gaya kampung jer , bukan tak nak jaga penampilan tapi kau nak masuk mall acah-acah retis dan mak datin tu kau nak tarik perhatian siapa sebenarnya ?

Mujurlah masa aku melangkah masuk ke Butik Adidas kat AEON Shah Alam tu ada sorang budak lelaki yang semestinya pembantu butik Adidas dengan muka manis dan gembira bertanya dan melayan aku dengan baik .

Dia terangkan macam-macam kat aku ngan inchik dd pasal kasut yang aku suka tu .

Masa dia tengah ambik kasut untuk aku , aku belek pulak seluar kat situ , aku pun rasa nak test’lah ….tapi budak lelaki tu tak ada pulak yang ada sales girl melayu perempuan .

Hampehhh nak datang layan aku tanya padahal aku dah angkat turun seluar tu berapa kali dah .

butik-adidas-aeon-shah-alam

Kalau ikut buruk sangka aku mesti sebab aku punya dressing yang tak up to date tu adalah penyebab sales girl tu rasa aku tak macam nak membeli . Tapi ikut baik sangka pulak dia tak boleh layan aku sebab nanti dia dikatakan nak caras kastemer sales boy tadi tu .

Siapa punya kastemer yang beli dia akan dapat komisen ker kann . So aku ambik sangka baik saja sudah .

Seram dowhh kalau teringat kes aku ngan Butik Vincci dulu tu . Walaupun ada komen kata aku mengada-ngada sebab hal camtu pun nak buat entry , aku cuma mampu kata terima kasih . Tunggu jerlah saat kau dilayan macam sampah baru kau tahu apa itu erti adab .

Duit yang kita dapat dengan hasil susah payah bekerja dengan titik peluh jantan betina kita wajiblah kita hargai dengan mendapat layanan yang baik untuk sesutu benda yang akan dibeli dari sesebuah kedai . Kecuali duit tu kau dapat dengan cara yang mudah , memang kau tak rasa apa-apa .

Pendek kata aku akan beli kat kedai / orang yang menghargai duit aku . Ado paham ?

Aku tahu ramai jer yang berkenan ngan kasut nih , walaupun aku dah standby duit yang cukup tak sangka pulak aku masih boleh beli kasut ni ngan harga diskaun sebanyak 10% . Tapi….itu kau akan dapat kalau kau bayar guna kad Maybank . Debit ok bukan kredit ….ekau beli pakai kad kredit tu pun tak guna ..sebabnya itu kira kau beli secara hutang gak .

Seluar yang aku suka tu pun aku dapat beli dengan potongan harga 10% . **terima kasih kat budak sales boy tadi sebab bagitahu rahsia nak dapat diskaun  

Memang sedap dipakai seluar tu , kualiti opkoslah kan . Sebab aku ada survey online satu seluar sport untuk orang yang dah gemok cam aku nih . Harga lebih kurang jer kot tapi kualiti allahu’alam …so better aku beli Adidas…jenama yang boleh dipercayai sejak dibangku sekolah .

Ok lah….itu jer nak bagitahu apa aktiviti aku ….bukan nak me’riak yer….orang yang cakap orang lain updet itu riak …itu adalah kerana dia ada masaalah riak mental . Sekian macehhhhh

Categorized in: