Pagi sabtunya aku cergas bangun…siap2kan diri ….anak2 biar inchik dd yang uruskan….inchik dd bagi aku peluang untuk bergaul dengan rakan2 blogger lain ….ada di antaranya yang baru pertama kali berjumpa…walaupun baru pertama kali berjumpa tapi macam dah kenal lama….sebab selama ni cuma borak2 saja dalam group whatapps….jadi takderlah kat situ ada yang membawa istilah sombong malu dan bajet retis kat situ…seronok bak angg
Pagi tu selepas sarapan….kitorang diajar menari poco2….walaupun aku pemalu tahap dewata raya….tapi semua itu aku tolak tepi…aku mahu jadi seorang yang sporting….aku mahu jadi diri sendiri ….aku mahu keyakinan membawa diri…..inchik dd pun join sama…anak2 pun gembira jer….dan takderlah diorang berkepit ngan aku 24jam….ahahaha
Sebelum tu masing2 dah tahu apa warna rumah sukan masing2…Mari berkenalan dengan
Team Biru Power
Saidila Angah Judin Qaseh Dalia Kyle Razi Nani Zati Bella Idura Azwar Nina Mirza dan Yayah Cendana
Lepas poco2 buat chicken dance pulak…tarian yang aku ngan anak2 biasa buat kat rumah untuk hiburkan diri….see bertapa pemalunya aku kann….nak belari dikhalayak ramai pun aku segan weihh…tapi di hari itu semua aku campak masuk tong sampah….kalau malu jangan jadi blogger….jangan jadi macam sesetengah orang….pandai baling batu tapi tak berani angkat tangan….boooo jer aku boleh bagi…..
Habis skill rappers aku keluar…. masa untuk bergayut…bukan panjat pokok tapi kena panjat bukit…tu dia aihhh…..walaupun aku gemok…tapi semua tetap cakap aku kurus….tengok bertapa positifnya ahli2 kelab blogger ben ashaari nih…..saja2 nak daki bukit idakler weihhhh….tapi disebabkan bersama kawan2 tersayang…aku gagahi juga….serius kurang rasa penat ….macam tak penat pun yer….dia macam ada satu aura kekuatan bila mendaki dengan kawan2 yang kita sayang dan menyayangi kita…..
Oleh kerana Cinta dah menangis masa aku nak naik…aku ambik keputusan untuk turun awal….lagipun giliran yang aku dapat memang agak awal…iaitu nombor 3…..Allah dah aturkan apa yang terbaik untuk aku….hebatkan….
Melayang dari ketinggian dan kejauhan Flying Fox terpanjang di Selangor buat aku teruja sangat….dah habis posing…sempat lagi guard Flying Fox tu pedajalkan aku…dia stop’kan aku kat tengah2 atas jalan dan biar aku tergantung beberapa saat…tapi lepas tu dia lepaskan aku….aku menghayati pemandangan dari atas sambil melayang….dekat hampir check point…aku kena pose ala2 model gitu…maklumlah kann retis…ramai yang nak ambik gambar…wakakakaka…..the best shot adalah dari Kaio Studio…gila gempak bak angggg…semua cakap gambar tu paling win…..happy mak nakkkk…..ahahahaha
Habis semua aktiviti Flying Fox…makan tengahari pulak….lepas makan semua balik bilik rehat….aku bukan rehat tapi tertidur…..sudahnya gambar aku takder semasa ahli kumpulan begambar bersama rumah pasukan masing2…mujur anak beranak aku yang lain ada jadi wakil….ahahahaha
Acara sukan yang paling ditunggu-tunggu….masyaAllah…seronoknya aku rasa…..memang serius best….banyak2 program Hari Keluarga yang aku pernah sertai…ini adalah Hari Keluarga yang paling TERBAIK pernah aku sertai….maksud aku bukan ahli keluarga sendiri tak bagus tapi Program Hari Keluarga syarikat lain2 yang pernah aku sertai…..rata2 semua ahli pun cakap perkara yang sama….sangat2 berbeza tapi kami semua sehala sehati dan sejiwa…..**dah macam tema hari kemerdekaan pulak…..ehehehe
Masa tu semua perangai budak sekolah rendah keluar…..no hide and seek….terbogel semua perangai keanak-anakkan…yang mencuri tin lawan…yang acah2 tak puas hati…yang tak nak mengalah dan yang nak menang jer pun ada….tapi takder rasa marah takder rasa nak terajang orang takder rasa jengkel dan rasa tak best….semuanya bermula dengan kelakar sangat dan diakhiri dengan kelakar nak mapoh …..
*** tengah taip ni pun aku masih terbayang muka masing2 yang tengah ketawa dan senyum dengan gembira….miss you koranggg
Habis acara darat kitorang beralih ke acara air….masa untuk melenjunkan diri sendiri dan orang lain….yang menang adalah kumpulan yang ada strategi…..tapi aku tak rasa apa2 melainkan mengiktiraf kumpulan yang tanpa startegi adalah kumpulan yang paling havoc….bergembira dengan kesalahan dan kelemahan masing2….takdernya pulak hari tu mulut puaka kata…ehh ko ni tak pandai main ker…eehh ko ni lembab lahh dan apa2 ayat puaka yang bakal keluar dari mulut puaka….serius takder langsung puaka hari itu…semua happy walaupun kalah….
Ada yang jatuh sebelum kena tolak…ada yang tersepit terhentak dan ada yang mengalah sebelum lawan….tapi itu semua tara apaa punya hal….masing2 mencipta memori…..masing nak gembirakan hati kawan2……
Habis game air…aktiviti bebas pun bermula……masing2 tunjuk bakat buat back flip…..seronok gilerrr….aku jadi tukang rakam bidio2 yang osemm….edit sikit letak lagu pastu taraaaaa…..Alhamdulillah semua suka…..next time aku akan ambik gambar yang lagi bagus walaupun tak sehebat Kaio…..
Antaranya…..
Video 1 : https://youtu.be/cZDaK-flwZc
Video 2 : https://youtu.be/111XALT6VVk
Video 3 : https://youtu.be/pzGbPS1e5Jg
Dah penat tonggang terbalik dalam sungai baru semua naik….kalau ikutkan memang tak puas lagi…banyak aksi2 yang belum sempat dibuat…. tapi dek kerana sungai tu ada kumpulan lain nak guna maka kitorang terpaksa naik kedarat dan seterusnya kebilik…..
Malam pukul 8.00 pergi kedewan makan untuk makan malam….kali ni hidangan ala2 western dan kambing golek juga…..dalam masa yang sama….diadakan penyampaian hadiah dan juga cabutan bertuah untuk para blogger yang bertuah….
Dalam pukul 10:30 pulak kitorang diajak ke padang untuk meyaksikan persembahan sarkas …ehh
silap bukan sarkas tapi persembahan Abang Api2…..dari awal kemunculan pun dah macam orang baru kena ketum…high semacam…tapi mungkin itu adalah salah satu cara diorang nak menghayati watak dan persembahan ala2 red indian…..
Selesai persembahan makanan kat tray semua lesap diangkut dek kakak kecik penjaga makanan….haishhhh….air pun takdop……sebab tu nama tempat tu terpaksa dirahsiakan….
Pastu acara potong kek oleh semua yang berkongsi bulan kelahiran..
Walaupun layanan pihak resort kurang meuasakan ahti…tapi oleh kerana kami adalah keluarga maka kelemahan2 yang ada kami tutup dengan ukhuwah dan hadapi segalanya bersama ….
Senarai Penaja
Penaja Terbesar : COSMODERM ( penginapan , goodie bag , hadiah cabutan bertuah dan hamper )
Gambar Dan Video Rasmi : Kaio Studio
Penaja T-shirt Sukan : AJ Cetak District
Penaja T-shirt Santai : Az-zuha Tours & Travel
Penaja Cabutan Bertuah : PTS ( buku )
Penaja Cabutan Bertuah : Qaseh Su ( mesin jahit mini dan kain ela )
Comments