Kann , nasib baik aku nak baca apa 10 nasihat dari Prof Madya ini sampai jadi viral. Lepas aku baca terus aku cepat-cepat salin dan tampal balik dalam blog supaya aku boleh baca ulang kali.
Aku paling setuju dengan nasihat pasal memilih kawan. Aku dulu tak nak memilih kawan. Aku rasa semua orang berhak berkawan asalkan dia nak jadi kawan yang jujur.
Definisi jujur bagi aku ialah cukuplah dia tidak berpura-pura baik di hadapan tapi di belakang sebenarnya dialah pengkhianat terbesar.
Tapi kalau mengikut kata bekas kawan-kawan aku , diorang kata aku bukan kawan yang baik walaupun aku rasa aku dah cuba sehabis baik untuk menjadi kawan yang baik.
Aku sendiri tak tahu nak jadi kawan yang macamana lagi. Banyak yang aku dah korbankan untuk diorang semua tapi rupanya pemikiran aku salah. Aku ingat bila aku buat salah maka semudah itu aku akan dimaafkan rupanya bagi diorang once aku buat silap semua apa yang aku akan buat selepas itu juga semua silap dan segala kebaikkan aku padsa diorang pun dah tak bermakna apa pada mereka.
Yang diorang nampak hanya AKU YANG JAHAT.
Tapi untuk menafikan apa yang diorang katakan itu tidak mungkin. Bagi aku itu adalah apa yang mereka rasa dan bukan apa yang aku buat. Cumanya lama-kelamaan aku mula sedar dan terfikir seperti ini, “boleh jadi akulah punca kepada ketidaksenang mereka terhadap aku, cuma aku sahaja yang tidak menyedarinya…”
Alhamdulillah segalanya kini sudah berkakhir. Aku harap mereka semua lebih tenang, lebih gembira dan lebih bahagia kerana berjaya membuang kawan yang tak berguna seperti aku ini.
Ada masanya bila aku teringat pada bekas kawan-kawan aku, aku hanya mampu mengangkat tangan dan berdoa semoga Allah kurniakan mereka dengan kawan-kawan yang jauh lebih baik dan jauh lebih bagus dari aku sebagai balasan ganti untuk mereka yang pernah mensia-siakan masa berharga mereka bersama aku.
Kini aku juga lebih senang untuk teruskan kehidupan tanpa perlu ada ramai kawan. No more group kawan baik ker apa ker semua dah tak ada.

Bila usia 40an-50an ni. Banyak benda kau kena ubah !
Antaranya :
1. Bersederhana dalam bekerja, sebab kau kena lebihkan usaha mendekati Allah dan keluarga.
2. Ambik cuti dan tinggalkan hal-hal kerja seketika untuk kau lebih mendekati anak-anak yang sedang membesar.
3. Berhenti untuk fikir masalah kerja dirumah, rumah adalah masa terbaik kau untuk tenang.
4. Tak perlu korbankan masa kau untuk orang lain, tapi korbankan masa kau untuk Allah dan keluarga.
5. Jangan teragak-agak berkata TIDAK untuk kerja orang lain yang kau kena buat, kerana diusia ini kau perlu memilih untuk bekerja dengan tenang!
6. Tinggalkan manusia-manusia yang mengambil kesempatan pada kau! Biar kawan tak ramai dari ramai yang haram jadah.
7. Jauhi mereka yang hipokrit, terutama yang fake!
8. Cari kawan yang ikhlas dan lebih mendamaikan, jauhi mereka yang berlagak baik tapi hati busuk.
9. Jaga kesihatan, kawal pemakanan dan bersenam! Enjoy dengan keluarga!
10. Berehatlah dari dunia yang sementara, 40an-50an adalah masa mencari ketenagan untuk 60an dan seterusnya yang lebih baik bila bersara. 40an usia terbaik untuk pergi umrah pada yang belum pernah pergi, kerana badan masih sihat.
Ikhlas
Prof Madya Dr Kamal
Comments