Bila aku tulis tajuk-tajuk entry yang macam ni mesti semua nak assume aku meroyan. Aku pun tak tahu kenapa.
Salah ker aku menulis sampai boleh luak beras kat rumah kau ?
Tapi bila aku baca orang lain punya luahan hati yang kadang bukanlah sebab dia sedang alami tapi kadang dia tulis sebab dia mungkin dengar dari orang lain atau sebab pembacaan dia yang kita tahu datang dari mana sumbernya.
Aku lebih suka ambik dan jadikan iktibar bukan assume orang tu meroyan.
Kalau sikit2 kau nak kata asal tulis luahan perasaan jer meroyan , kau tu yang kena check hati kau dulu.
Kau sendiri tak pandai nak menulis pasal hal hati dan perasaan jangan sibuk pasal orang lain yang pecah kepala nak menulis.
Barangkali penulisan dia tu yang akan jadi inspirasi pada orang lain yang sedang struggle nak teruskan kehidupan.
So kat bawah ni aku nak kongsi dengan korang satu cerita yang mana ianya bagaikan satu jalan penyelesaian bila kita buntu untuk membuat satu keputusan yang besar.

KISAH SEBUAH JAM BURUK
Seorang lelaki sebelum beliau meninggal dunia, berkata kepada anaknya,”Jam ini datuk kamu beri kepada ayah dan berumur lebih 200 tahun. Sebelum ayah beri kepada kamu, sila ke kedai jam di Jalan Utama dan beritahu kepada tauke tu yang kamu mahu jual jam itu dan tanya berapa harga yang tauke itu boleh tawarkan”.
Lalu si anak pun pergi. Selepas beberapa minit, dia pun kembali kepada ayahnya dan berkata, “Tauke itu hanya tawarkan RM5 sahaja sebab jam itu sudah lama dan banyak calar”.
Kemudian, ayah menyuruh anaknya ke kedai kopi pula.
Si anak pun ke kedai kopi itu dan selang beberapa jam, dia kembali dan berkata:”Tauke kedai tu dapat tawarkan RM5, ayah”.
Kemudian ayahnya berkata, “Pergilah ke muzium dan tunjukkanlah jam tersebut”.
Lalu si anak pun ke muzium dan balik bertemu ayahnya dengan hati yang gembira dan berkata kepada ayahnya, “Mereka tawarkan jam ini dengan harga sejuta ringgit!”
Ayahnya seraya berkata,” Ayah hanya mahu kamu tahu, apabila engkau berada di tempat yang betul, engkau akan dinilai dengan baik dan adil. Oleh itu, jangan sesekali letakkan diri kamu di tempat yang salah kerana di situ kamu akan dilayan seperti sampah. Hanya mereka yang tahu menghargai kamu sahaja akan tahu bahawa kamu seorang yang bernilai. Ingat, jangan biarkan diri kamu terlalu lama di tempat yang tidak pernah menghargai kamu meskipun kamu telah sentiasa melakukan yang terbaik.”
Kredit : Arieyana Rose
Ibrah dari kisah jam ni aku sendiri pernah hadapi , bukan sekali dua tapi banyak kali sampai aku sendiri pun tak ingat sebanyak mana aku telah dikhianati selepas kau berikan segalanya.
Sampai satu saat aku ambik keputusan yang aku rasa sangat betul demi kebaikan diri aku sendiri.
Dan Alhamdulillah aku tak pernah menyesal dengan keputusan yang aku dah buat.
Aku bukanlah seorang yang terburu-buru dalam membuat keputusan tapi setelah aku fikir maruah diri aku lebih penting lebih berharga dari apa yang aku kena hadapi iaitu penghinaan dan pengkhianatan dari mereka yang “berkuasa” , maka aku pilih untuk pergi dengan rela hati dan bahagia untuk meninggalkan mereka semua.
Trust me gais, satu saat bila kau mula sedar diri kau dilayan macam sampah, jangan tunggu lama-lama lagi. Angkat kaki dan blah.
Perasaan dilayan macam sampah tu bukan sesuatu perasaan yang boleh dibuat-buat tapi ia hadir dengan sendirinya sampai kau tersentak dan tersedar ada benda yang tak kena.
Kau akan rasa apa yang kau buat tu betul bila kau tiada penyesalan dalam membuat keputusan. Just rasa sedih sebab dikhianati jer. Tapi rasa tu akan hilang ditelan masa.
Just ingat, rezeki kita semua datang dari Allah SWT bukan dari mereka yang berkepala besar.
Kadang orang luah tu ada mslh dia sendiri.. Patut tak pelru cakp meroyan..
yup …sebab ada segelintir manusia bajet positif 24 jam nilah yang selalu kata orang yag meluah perasaan tu meroyan …dan dia rasa dia tak pernah ada masalah dan anggap semua orang tak pandai handle masalah macam dia ….walhal respek jerlah perasaan orang lain, itupun susah ….