Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah masuk bulan Syaaban dah kita semua. Tanpa rahmat dan kasih sayang Allah belum tentu kita akan dapat hidup selama ini. Jika bulan Ramadhan adalah bulan kita diuji dengan lapar dan dahaga, tapi bagi aku bulan Syaaban juga adalah ujian untuk jiwa pula.
Dah beberapa tahun aku melihat dan mengalami satu situasi dimana Syaaban mendidik aku untuk menjadi seorang yang lebih bersabar, lebih redha atas ketentuan darinya.
Atas sebab ?
Haaa, camni ceritanya.
Ianya lebih kepada ujian berbentuk perhubungan, bukan perhubungan suami isteri atau keluarga tapi hubungan persahabatan aku yang selalu diujiNya.
Seperti tahun-tahun yang lepas, asal menjelang bulan Syaaban jer mesti aku akan diuji dengan kehilangan kawan, dan biasanya diorang pergi dari aku tanpa sebab. Gaduh tak apa tak tahu-tahu diorang cuma pergi menjauhkan diri sahaja dari aku.
Bukan aku tak pernah tanya apa salah aku apa sebabnya tapi tiada jawapan yang diberikan.
Pada awalnya memang sedih dan pedih tapi sedikit demi sedikit, lama kelamaan aku redha dengan perginya mereka dari hidup aku.
Aku tak anggap diorang yang pergi tu salah cuma kalau aku yang salah kau maafkanlah aku!
Bagaimana dengan Syaaban kali ini ?
Jujurnya belum dapat dipastikan, cuma situasinya sudah ada dan hanya perlu dilaksanakan sahaja. Tapi, dalam masa aku menghadapi dengan kehilangan, Allah kurniakan aku dengan sahabat yang masih setia, yang masih percaya sisi baik yang orang lain tak pernah nampak dan yang menerima aku seadanya.
“andai dulu,
kau yang dekat menjadi jauh,
dan kau yang jauh semakin menjauh
andai salah itu engkau yang salah
aku maafkan kesalahan engkau
andainya salah itu aku yang salah
engkau maafkanlah aku…”
Saya maafkan.. “kawan yang baik tak datang untuk persinggahan”.
Sama lah. Tanpa sebab nak jauhkan diri daripada eyqa. Kalau rasa salah, why not berterus terang. Hmm manusia!
maafin juga ya bukk