Tapi…aku hampa….sebab soalan2 tu aku yg kena jawab sendiri….aku yg kena bersabar dengan setingi-tinggi kesabaran….kenapa aku…??? aku bukan ustazah…suami aku bukan ustaz….anak2 aku bukan Al-hafiz dan Al-hafizah…aku takder degree…aku takder sijil perguruan…sijil kecemerlangan…dan sijil PMR…..
Kadang2 aku pun ada rasa kecewa….aku bukannya mengeluh cuma bertanya sendirian kenapa perkara2 yg tak sepatutnya terjadi telah terjadi dan sentiasa terjadi dalam keluarga aku…
Aku bukan suka berkira dengan keluarga lebih2 lagi dalam bab2 rezeki….dan aku bukan kategori kaya dengan hidangan dan sajian yg mewah2…..aku bukan juga suka beli2 makanan dar luar….aku sedar siapa aku dan kedudukkan kewangan suami aku…
Andai kata aku atau anak2 aku teringin hidangan yg agak mewah cam KFC barulah beli itupun berkira-kira jugak…bukan asal nak beli asal teringin jer beli…selalunya kalau anak2 aku tertengok iklan KFC nampak begitu menyelerakan aku selalu pujuk anak2 dengan kata ” nanti mama suruh ayah belikan ayam nanti mama goreng macam KFC yer….” dan selalunya anak2 aku bersetuju dan takmintak2 lagi ayam jenama KFC….
Aku selalu mesihatkan anak2 supaya bersyukur dengan setiap rezeki yg ada….makan apa yg ada…jangan meminta-minta jangan ambik apa yg bukan hak dan jangan ambik apa2 tanpa izin….alhamdulillah anak2 aku walaupun selalu nampak sepupunya ada makanan2 yg sedap2 belum pernah aku dengar anak2 aku mengicak kalau bahasa kasarnya….beza betul dengan anak2 buah aku…setiap apa yg anak2 aku makan atau pegang dn ada…pasti akan dikicak…kalau tak dapat cara baik kadang ada yg merampas…kalau tak dapat secara paksa mulalah kata2 yg ak sepatutnya dihamburkan ke anak2 aku….
Kalaulah aku bukan seorang yg penyabar dah lama anak2 buah aku yg kurang sopan bahasanya tu makan penampar dari aku….tapi aku selalu bersabar…sabar terhadap perilaku anak2 buah aku….menggigil perasaan aku dibuatnya….tapi demi Allah aku minta biarlah marah ku meletup hanya dalam perasaan yg sedih dan kecewa….aku tak faham kenapa anak2 buah aku punya sifat begitu….aku sentiasa berusaha mendidik akhlak anak2 aku…
Kenapa aku kecewa sangat….???aku kecewa sebab diorang dan anak2 diorang selalu berkira dengan keluarga aku dalam segala hal….boleh nak dikatakan dalam semua aspek….tapi kenapa aku tak pernah dan tak terlintas untuk berkira-kira dengan diorang dan anak2 diorang….???kenapa aku tak tegar seperti diorang…kenapa aku selalu ada sifat menolong diorang….kenapa aku selalu nak bekorban untuk diorang…kenapa aku baik…kenapa aku selalu positif dengan diorang….kenapa diorang kadang tergamak dan adakalanya macam kejam dengan keluarga aku…menyakiti dan mengguris hatiku dan keluargaku tanpa rasa bersalah….kenapa aku tak punya sifat pentingkan diri sendiri macam diorang ….kenapa dan kenapa….????sedangkan diorang semua berkedudukkan tinggi dari segi pelajaran dan harta….tapi kenapa aku yg selalu tertindas dan ditindas oleh mereka….???
Aku tak harapkan balasan aku tak harapkan ganjaran dari diorang semua…tapi aku cuma harap diorang tidak memperlakukan aku dan keluarga aku seperti begitu…aku ikhlas tapi aku kecewa….walaupun hati aku sedih dan dilamar kecewa…tapi aku sedar dan aku insaf…aku juga bersyukur kerana aku tahu Allah melihat segalanya…aku tahu Allah sayangkan aku …aku tahu erti jihad dalam diri….aku tahu yg Allah sentiasa memurahan rezeki ku…memudahkan segala urusan aku…sentiasa mengkabulkan hajat dan doa ku…allah selalu berihsan dengan ku…Allah adalah kekuatan ku…Allah juga harapan dan tempat aku mengadu segalanya…namun begitu…Allah telah pun mengantikan segala kesulitan dan kekecewaan ku dengan keluarga yg bahagia…suami yg beriman dan terbaik…anak2 yg soleh dan solehah….
Walaupun aku kecewa…kecewaku hanya pada manusia…kecewaku hanya pada perangai mereka…disuatu sudut lain…merekalah keluarga besarku…merekalah kebahagiaanku…merekalah segalanya untukku…merekalah kekuatanku…dan merekalah yg akan mendoakan aku…kecewaku hanya sedikit untuk mereka….tapi kasih sayangku untuk mereka adalah buat selamanya…..kerana mereka juga pernah buat aku tersenyum…gembira dan bahagia….
Akhirya aku redha…redha dengan ujian kecil dari Allah SWT tapi maha hebat buat aku yg kecil ini…aku tahu pasti ada hikmah disebaliknya….aku bersyukur kerana Allah swt cuba meningkatkan keimanan dan kesabaran aku dengan perkara2 yg tak terduga oleh aku…. aku berpegang dengan janji Allah buat hamba2nya yg bersabar dan redha atas segalanya…semoga keimananku sekeluarga kesabaranku sekeluarga dan akhlakku sekeluarga akan dilindungi dan dipelihara oleh Allah SWT tuhan sekalian alam…
Comments