Alhamdulillah, bertemu juga kita dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan salam penghulu segala hari. Akhirnya jumpa jugak aku dengan artikel yang membincangkan pasal “adakah ianya dikira darah haid walaupun hanya keluar setitik darah ?”
Memang dah lama aku nak tulis jawapan mengenai persoalan ini sebab, aku sendiri kerap alami perkara yang sama. Tapi aku akan pastikan dahulu adakah telah sampai waktu sepatutnya untuk ia keluar ?
Situasi kali ni memang berbeza dengan kebiasaan apa yang aku alami sebab ia melibatkan 2 ibadah besar iaitu solat dan puasa.
Bermula pada hari Selasa sewaktu azan Asar berkumandang. Aku ke bilik air dan buang air kecil dan keluarlah tanda kecil aku sedang haid. Makanya solat Asar hari tu tak dapatlah dilaksanakan. Menjelang maghrib tiada lagi darah keluar, Isyak pun begitu. Ahh sudahhh, takkan keluar darah sekali jer ?

Kat situ aku dah jadi panik sebab esok nak puasa dah nih, rasa rugi pulak kalau tak dapat puasa. Tapi darah yang keluar dan hanya setitik sahaja. So apa aku harus buat ?
Sebelum aku bagitahu apa jalan penyelesaiannya, ada satu lagi perkara mengenai haid yang aku nak kongsikan dengan korang. Aku harap ianya bermanfaat untuk korang juga. Persoalan ini diajukan kepada aku oleh seseorang.
WAJIB QADA SOLAT ATAU TIDAK JIKA DATANG HAID SEBELUM MASUK WAKTU SOLAT ?
Seperkara lagi kita orang perempuan kena jaga, jika dah sampai pada tarikh datang haid, cek dulu sebelum masuk waktu Asar atau sebelum masuk waktu solat yang terdekat. Sebab akan ada 2 kemungkinan. Pertamanya jika darah haid keluar sebelum waktu Asar, makanya solat Asar hari tu tak perlu di Qada.
Tetapi, katalah hari itu masuk waktu Asar pukul 4:30 petang, sebelum waktu asar masuk dalam pukul 4:25 petang korang buang air, tapi tiada tanda keluar darah haid. Bila dah masuk waktu Asar pukul 4:30 tadi, korang pulak lewatkan solat.
Korang ingat nak solat pukul 5:00 petang, pastu korang pergi bilik air nak kencing then tetiba ada pulak keluar darah haid. Makanya selepas korang bersuci dari darah haid nanti, korang WAJIB QADA solat Asar yang korang lengahkan sehingga 30 minit tadi.
Seterusnya artikel dibawah ini yang aku Copy Paste dari blog Coretan Idea akan menjawab persoalan aku yang diatas tadi.
ADAKAH IANYA DARAH HAID WALAUPUN CUMA SETITIK ?
Pernah aku terdengar persoalan ini timbul dan bagaimana aku nak jawab persoalan ini. Semua ini memerlukan penelitian dan kefahaman yang baik dalam isu ini. Aku bukan lah orang yang arif dalam bidang ini apatah lagi memberi hukum terhadap sesuatu isu.
Dulu, pernah ustazah kat sekolah aku sebut, jika seseorang wanita melihat pada seluarnya darah setitik atau darah berwarna coklat, perlu baginya menunggu sehari semalam. Jika darah tidak keluar lagi, ia tidak dianggap darah haid. Jika darah keluar lagi dalam tempoh sehari semalam itu, maka ia dikira haid. Ini adalah tempoh paling minima. Pelbagai jawapan yang keluar dari ustaz atau ustazah menyebabkan kita bingung dan serba salah.
Kemudian aku merujuk kepada Kitab Ihathah yang ditulis oleh ulama’ Indonesia, Syeikh Nuruddin Marbu Banjar Al-Makki. Halaman 18, terbitan Darul Aman-Hussein-Qaherah,Mesir.
Menurut apa yang ditulis dalam kitabnya (menurut terjemahan aku yang tak pandai ni):
Persepakatan semua orang muslim, 3 jenis darah yang keluar dari faraj wanita
- Darah haid : darah yang keluar dari faraj wanita dalam keadaan sihat tubuh badannya
- Darah Nifas: darah yang keluar sebaik sahaja melahirkan anak (wiladah)
- Darah Istihadhah: darah yang keluar bukan pada hari-hari haid dan nifas tapi sebab sakit
Kembali kepada persoalan ‘Adakah haid jika keluar sekejap tidak sampai sehari semalam?’

Menurut kitab ini lagi:
Kadar haid
1) Pendapat Asyafieyyah dan al-Hanabilah: paling sedikit adalah sehari semalam secara berterusan dikira haid.
2) Al- Malikiyyah: cukup sekejap sahaja dah dikira haid
3) Yang masyhur dari kalangan ulama’ Hanafiah: 3 hari 3 malam paling sedikit.
Bila seorang perempuan mengadu darahnya keluar sehari semalam, adakah ia dikira haid atau tidak? Jawab Ibn Hajar Al-Haithami ia tidak dikira haid berbeza dengan Imam Ramly dan ia mensyaratkan haid paling sedikit adalah wujudnya darah bila kita letak kapas pada tempat keluarnya darah.
Untuk lebih berhati-hati, aku cadangkan kalau dah tahu semasa keluar darah itu dalam tempoh haid, ia dikira haid. Kalau puasa pada hari itu, ganti lah pada hari lainnya. Jika dalam tempoh sehari semalam itu tidak keluar darah lagi, perlu mandi wajib dan solat seperti biasa.
Wallahua’lam
Tq share kaklong. Sgt bermanfaat. Sebab kita kdg2 was2 dgn darah haid sendiri. Kena pakai kapas utk tgk keadaan darah.
yg mek tahu kalau keluar setitik tu kira istihadah, perlu sembahyang dan tak perlu mandi wajib. Sebab mek ambik suntikan perancang dan benda ni kerap berlaku pada mek. so lepas ditanya maka itulah jawapannya. kecuali darah keluar sehari semalaman tnpa henti.
Masalah sya plk klu masa kencing tu adelah dia kluar cair . kdg2 tk de.. Kdg2 masa buang kcil ade bersama lendir2 sdikit.. Bila pakai pad dia x kluar langsung.. Adakh itu istihadah.. Boleh tk klau nk sbhg.
maksud tanpa henti tu macam mana ya ? sebab saya sekarng kalau lap baru dpat kesan , itu pun warna keruh , semalam ada kejap , pastu bangun pagi takde , dalam pukul 10pagi tadi ada balik warna keruh , dan baru je sebelom mandi maghrib tadi pun ada , juga warna keruh dan perlu di lap . saya betul2 konfius saya perlu solat atau tak , untuk yang semalam saya solat sampai asar tadi , untuk maghrib ni , saya tak tahu perlu atau tak .. tolong saya ..
kalau masih dalam kitaran haid yg biasa 7 hingga 10 hari itu dikira darah haid jugak ….tapi kalau dah lebih 15 hari itu darah istihadah iaitu darah penyakit maka wajib solat macam biasa tapi bubuh tisu untuk elak darah mengalir
Maaf saya x jelas. Maksud darah setitik perlu tunggu seharian. Dan jika tidak keluar lagi maka tidak dianggap darah haid.
Maksud awak.. Bukan haid dan xperlu mandi wajib ..gitu ke?
Pendapat Asyafieyyah dan al-Hanabilah: paling sedikit adalah sehari semalam secara berterusan dikira haid.
2) Al- Malikiyyah: cukup sekejap sahaja dah dikira haid
3) Yang masyhur dari kalangan ulama’ Hanafiah: 3 hari 3 malam paling sedikit.
Bila seorang perempuan mengadu darahnya keluar sehari semalam, adakah ia dikira haid atau tidak? Jawab Ibn Hajar Al-Haithami ia tidak dikira haid berbeza dengan Imam Ramly dan ia mensyaratkan haid paling sedikit adalah wujudnya darah bila kita letak kapas pada tempat keluarnya darah.
Untuk lebih berhati-hati…dicadangkan kalau dah tahu semasa keluar darah itu dalam tempoh haid, ia dikira haid. Kalau puasa pada hari itu, ganti lah pada hari lainnya. Jika dalam tempoh sehari semalam itu tidak keluar darah lagi, perlu mandi wajib dan solat seperti biasa.
Wallahua’lam…
Maaf. Sye nk tnye lg.. Msih bljr baiki diri. Contoh.. Hari Rabu pkol 1 pagi bkn tgh hari keluar setitik dua. Kemudian berhenti. Sampaila pkol 11 mlm bru keluar lg. Maksud kat sini x berterusan darah. Tapi sudah 24 jam/seharian(betulkan jika salah).jadi ianya haid atau tidak? Adakah saya perlu gnti solat yg ketika darah tidak keluar itu?
Assalamualaikum ,saya nk Tanya .
Awak kata darah setitik tu kena tunggu sehari semalam….Klau tk keluar selepas
tu awak kata kena Mandi wajib Dan solat seperti biasa …..
Soalan:…dalam tempoh menunggu tu semestinya Ada solat waktu asar ,maghrib isyak..Kan
So,. Adakah Kita perlu ganti solat jugak dalam tempoh menunggu itu???
saya nak tanya…maaf sikit mendalam petanyaan saya nie….misal kata ada seseorg tu docter dah sahkan dia ada kena pembengkakan rahim,lepas tu setiap kali bersma ada keluar darah itu kira mcamana tu?itu sah tak untuk puasa atau sholat?
pada pendapat saya itu bukan darah haid, cukuplah selepas itu anda mandi wajib dan boleh solat serta puasa seperti biasa
dik, yg memerlukan kpd mandi wajib ialah bila haid tu. ni dah dinyatakan Rahim bengkak, darah cuma keluar sebab luka.. mana pulak perlu mandi wajib. sekadar basuh je salin pad (kalau perlu) sebelum solat.
Kalau keluar darah tapi bukan pada tarikh nya lagi adakah itu dikira haid jugak .adakah saya perlu solat
Nak tanya,klu dh hbia period cth hari keenam,esoknya kita nak kira hari ketujuh atau hari pertama solat?mohon bls dgn kdr yg cepat