Assalamualaikum…

Wahhhh….sekali tengok kat luar macam Cameron Highland…tapi awat tak sejuk….ohhhh jerebu dah rupanya…..

isnin semalam….one city puchong dalam kejerebuan

Bila jerebu melanda…macam biasa negara jiran kita Indonesia pasti akan dipersalahkan….bagi aku itu cuma sebab…walaupun dikawal dipantau dielak tapi kalau dah ketentuan Allah SWT adalah begitu…begitulah hendaknya….rasa cam tak patut jugak bila Presiden Indonesia ( Susilo Bambang Yudhyono ) meminta maaf pada Malaysia dan Singapura kerana kejadian jerebu kali ni…tapi aku rasa PM diorang patut dipuji kerana sifat merendah dirinya….walaupun aku anggap itu takdir serta ketentuan dari Allah tapi dia tetap ingin bertanggungjawab atas kejadian itu….oiii bangga aku sebagai saudara seagamanya….jangan jadi yg macam lagi sorang PM negara tu sudahhh…dahlah buat salah pastu tak nak mengaku….nak minta maaf jauh sekali…sombong nak meninggal….hehhhh

Oleh kerana jerebu semakin teruk dari hari kehari….sehingga ahad semalam kelas berenang anak2 terpaksa ditunda demi kesihatan….ditambah aku yg dah mula mendapat kesan2 jerebu…batuk2….sakit kepala selsema…dan blablablabla …..mujur anak2 aku masih sihat semuanya….oleh kerana aku risau dan tak mahu kesihatan mereka terjejas maka aku turunkan perintah berkurung kepada anak2 aku semua…..aku tak benarkan diorang keluar rumah hatta untuk kerumah makcik2nya walau kat sebelah rumah jer pun….

Pintu sentiasa aku tutup…tingkap aku bukak sedikit jer….seriusnya kali ni kesihatan aku benar2 terjejas….tapi aku masih gagah untuk membuat segala kerja rumah itupun setelah segala jenis ubat yg ada aku telan setiap malam….jamu aku bedal…ubat sepital pun aku balun…janji aku boleh bangun pagi dengan cergas…..

Isnin semalam memang dah diumum cuti…..hari ni ( Selasa ) pun aku tahu keadaan masih tak mengizinkan aku hantar2 anak2 kesekolah….dengan bacaan IPU sehingga 289…pehhhh…mangkuk apa aku nak hantar anak aku gi sekolah…paling tidak tunggu IPU bawah 200 barulah aku ada berani nak hantar anak2 kesekolah….bukan syok memontengkan anak…tapi kalau kesihatan anak2 aku terjejas…sapa nak tolong jaga…sapa nak rawat dan sapa yg bercekang mata jaga diorang..aku jugak kannnnn….nak2 si Qaseh yg paru2 dia aku kena jaga betul2 kalau jatuh sakit…..jadi walau ada yg kata dah boleh pergi sekolah…aku tetap dengan keputusan aku tidak akan hantar diorang keluar selagi IPU masih diatas 200….titik…..walaupun aku dah kata pada yg lain2 hari ni tetap kena cuti atas insiatif sendiri…tapi masih jugak ada yg hantar anak2 kesekolah….akhirnya pukul 10.30 pagi tu cikgu2 minta ibubapa datang amik anak masing2 kat sekolah….kan dah jadi 2 3 kali kerja….

Esok ( Rabu ) walaupun ada yg kata kena sekolah jugak sebab hujan dah turun tapi aku tetap tak pasti nak hantar anak2 kesekolah….takperlahhhh…..aku bersabar dan tahan telinga sikit…. yg penting anak2 aku tengah riang ria gembira dan ceria dalam rumah…..aku sakit takper yg penting anak2aku tak sakit…..

Dalam pada memebebel tak tentu pasal…laman web yg selama ni aku tak pernah jenguk akhirnya jadi rujukkan aku….eloklah juga yerrr…jangan harap org lain bagi sumber…..sila merajinkan diri untuk gugel dan amik tahu…..

carta IPU /API…..

Dah baca dah selidik…ok bagus…..nampaknya kawasan puchong ni masih berada ditahap tak sihat…..nak dapat line biru tu tah bilanya pulak….tak dapat biru…dapat hijau pun ok….hurmmmmm kesian yg kat belah2 Pelabuhan Klang nunnn…..simpati dan rasa seram dengan bacaan IPU untuk kawasan situ pun ada…..

Walaupun penanaman benih awan untuk menggalakkan hujan tengah galak dilakukan…. tapi jangan lupa dan jangan sesekali lupa….hujan buatan kaaaa…angin tiruan kaaa…semua terletak pada keizinan Allah semata…..berdoalah dan bersolat hajat padaNya mohon diturunkan hujan rahmat keatas muka bumi Malaysia ini untuk membersihkan jerebu yg melanda…..

Selain dari itu…..tolong pastikan diri sendiri dan keluarga meminum air masak yg cukup banyak…..rajin2kan mandi dan cuci muka juga….selain dari tu kalau terpaksa jugak keluar…sila pakai topeng tutup hidung dan mulut….—> errr aku masa keluar nak ambik barang kat klang…dalam kereta pun aku pakai mask…ehehehe….

Kesan bahayanya jerebu pada manusia biasa sama bahaya dengan hisap rokok pada manusia yg tak faham bahasa…..takder beza pada paru2 dan sel2 otak serta organ dalaman badan jika tersedut partikel2 halus yg berterbangan diudara…..

Ok…sebelum nak tidur ni….kita layan dulu dialog antara mak ngan anak2nya…..

Aku :- “anak2….mama umumkan….esok masih cuti…..

Anak2 :- “yeahhhhhhhh…..

Aku:- ………………………….




—-> layari sumber rujukkan disini http://apims.doe.gov.my/apims/index.php

Categorized in: