Sabtu semalam aku dan 3 lagi keluarga plan nak gi berehat kat satu kawasan yang ada kolam untuk mandi manda tapi nak yang murah dan dekat sebab malamnya masing-masing ada urusan . Macam biasa abang ipar aku yang kuat berjalan itulah yang akan tentukan tempat . Aku dan yang lain-lain ikut jer . Kebetulan dd pun tengah cuti .
Kalau ikut waze so far memang tepat waze bawak ke tempat yang nak dituju .
Sampai sana kitorang makan dulu kat luar sebab makanan langsung tak dibenarkan untuk dibawak masuk ke kawasan kolam . Jangan mengada nak cuba-cuba seludup sebab kat pintu masuk kawasan kolam tu akan ada pekerja yang cek setiap beg pengunjung .
Makan ala kadar jer dulu , kang melahap mau muntah pulak nanti sebab dah tertelan air kolam . So sila jaga sikit bab itu .
Harga Tiket Masuk
Harga tiket masuk pun bagi aku murah dan berbaloi sangat .
Dewasa : Rm10
Kanak-kanak : Rm5
1 Tahun Ke Bawah : Percuma
Kemudahan Sedia Ada Di Singgah Santai Resort
Tempat baru jejak kan , kenalah aku tinjau-tinjau dulu kawasan sekitar sebelum terjun kolam .
Bersih : tahap kebersihan memang ok , takder pemandangan dan kawasan yang menyakitkan mata .
Kolam : ada 5 kawasan kolam berlainan saiz dan kedalaman . 4 daripadanya sesuai untuk kanak-kanak dan 1 kolam lagi memang khas untuk orang dewasa yang tahu berenang sebab kolam tu adalah sedalam 1.5 meter ( agaknyalah ) .
Aku yang masuk pun cecah dagu sikit . Kalau orang yang rendah dari aku confirm tenggelam . Tapi tak kisahlah asalkan korang pandai berenang . Dan amaran “sila awasi anak-anak anda” pun sentiasa diulang setiap 10 minit .
Kat kawasan kolam juga ada disediakan gelungsur . Tak kisahlah kau kanak-kanak atau dewasa , takder larangan langsung untuk kau meluncur . Aku pun join ngan anak-anak buah , adik beradik ipar duai aku meluncur dengan macam-macam gaya . Sampai aku rasa kawasan kolam tu macam kawasan bapak kitorang punya jer .
Tapi kitorang tak tamak , kitorang masih bagi ruang untuk orang lain sama-sama guna dan bersukaria seperti keluarga kitorang . Petang tu sememangnya rahmat dari Allah swt kerana mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan sesama kitorang .
Wakaf/ Gazebo : kemudahan wakaf/gazebo juga ada disediakan untuk pengunjung yang tak nak mandi . Kita boleh gunakan untuk meletak barang dan berehat . Dan itu juga adalah percuma tanpa dikenakan bayaran tambahan tak macam kat water park tempat lain yang serba serbi nak dicaj .
Surau : kawasan surau pun luas juga , sesuai untuk team building yang nak buat pengisian rohani macam buat ceramah agama ker tazkirah ker , so tempat tu memang sesuai’lah sangat .
Cafe : sebab resort ada sediakan cafe maka makanan luar tak dibenarkan dibawa masuk . Setakat air tu boleh jer . Harga dan rasa pun ok .
Bilik Persalinan : ni best , aku suka , feeling duduk asrama gitu . Banyak bilik persalinan disediakan di dalam kawasan kolam dan kita boleh juga gunakan bilik air dan bilik persalinan kat luar kolam . Aku guna yang kat luar kolam sebab dalam tu ada satu kolah yang air bukitnya sejuk sekali . Alahai segar betul rasanya .
Penginapan : ada beberapa pilihan disediakan tapi rate dia aku tak tahu . Aku cuma datang mandi manda jer .
Program & Aktiviti : yang ni antara program aktiviti yang korang boleh buat kalau korang nak ambik pakej besar-besar untuk syarikat atau family korang .
– Jungle Trekking
– Courses and Seminars
– Team Building Program
– Family Day and Private Functions
– Obstacle Courses and Treasure Hunter
Apa lagi ehh nak cerita …itu jerlah kot . Aku tulis ni sebab aku rasa nak datang lagi ke sana . Kalau dapat menginap semalaman pun ok jugak . Insyaallah kalau ada umur dan rezeki , aku ingat nak ajak BFF aku yang lain-lain ke sini untuk berehat dan melepak dihujung minggu .
Nak tahu lebih lanjut korang boleh layari sendiri laman web Singgah Santai Resort dan hubungi diorang sendiri untuk sebarang pertanyaan yang korang nak tanya .
Website : Singgah Santai Resort
Nombor Telefon : 013-372 7706
Waze : singgah santai resort , sungai semungkis , hulu langat
( Video ) Bila Kanak-Kanak Dewasa Bersukaria
bes sebab dekat. murah pula tu. wah.. makanan tak le bawak masuk. ala2 sunway lagoon dah ni. ekekek.. ok la nak bsuka ria dekat2. leh pergi..
YB Shehan recently posted…LIRIK SEJATI – FAIZAL TAHIR (OST JASMINE)
hahaha…nanti pergi ok…dekat pun yer…tapi harga makanan pun ok kan…kalau sunway tak tau lahhh…
Bestnya! Murah laa entrancd fee. Nak bawak si kembaq pi lah nanti
Mama Kembar 3 recently posted…Nak Menang Scooter Dengan Dominos The Perfect Deal?
bawak jer nani…mesti si kembar suka…..kolam bukak sewal 9 pagi gitu
Bestnya kalau dapat bawa anak-anak ke sini.. anak-anak saya memang suka main air.. hehehe…
anuar recently posted…3 Cara nak jadi BOS secara part time dari rumah. Berpeluang Mempunyai ratusan hingga ribuan pekerja tanpa perlu kita pantau!
kena bawak nanti time cuti…..dapat menginap kat situ pun ok …
Ooo sini.. Dah shortlist kak.. Tengok tempay cantik jer. Harap minggu ni tak pack sgt org hihii
Dkna Abza recently posted…Jom Mikhail Pergi Sekolah… Tak Nak Bu !