Assalamualaikum and hai gais . Entry kali ini aku nak kongsi dengan korang satu cerita aku yang kena jangkitan kulat dekat dalam telinga sebelah kanan. Mulanya aku rasa telinga aku gatal-gatal. Lepas tu ada ketikanya rasa macam ada benda bergerak dalam telinga yang aku ingat mungkin semut masuk. Tak lama pulak telinga rasa berdengung macam rasa ada air dalam telinga.

Lama-lama mula rasa sakit dalam 3 ke 4 hari. Memang rasa tak selesa. Orang cakap apapun aku tak dengar sangat dan selalu aku kena hembus hidung macam nak buang tekanan air pocket. Tidur pun tak lena. Bila aku miring rasa macam ada cecair turun dan bila aku lap atau guna cotton bud untuk bersihkan nampak macam air kuning-kuning tapi bukan tahi telinga. Macam bernanh gitulah.

Sakit dia sampai aku nak makan pun tak selera. And dia boleh tiba-tiba sakit yang tak tertahan. Dari situ aku dah mula suspect yang telinga aku dah kena infection yang aku tak tahu apa.

Baca : Ruam Kerana Simptom Covid19

Pergi Fraser Hill pun waktu tu telinga aku sakit tapi tahan jer dan buat macam takder apa.

And aku juga tahu aku tak boleh simply pergi klinik lagi-lagi klinik biasa. Mesti kena pergi specialist klinik ENT. Google punya google akhirnya jumpa klinik ENT yang terdekat dengan aku tapi tak buka pula waktu tu. So aku kata dengan DD kita pergi hari Isnin sahaja.

Punca Jangkitan Kulat Dalam Telinga

Sampai klinik aku bagitahu doktor yang aku rasa sakit telinga macam ada infection. Doktor cek dan terus kata yer telinga dah kena jangkitan kulat. Bila aku tanya macamana boleh kena doktor kata mungkin sebab mandi dekat kolam yang airnya kotor atau mungkin sebab penggunaan cotton buds yang tercemar.

gambar jangkitan kulat dalam telinga

Waktu tu terus aku macam hurmm tahu dah dari mana, sebab dekat rumah ada cotton buds belum guna tapi terdedah begitu sahaja dekat luar. Dan memang aku yang guna dan habiskan cotton buds dalam bekas tu.

So doktor kata kulat tu dah berakar dekat dalam, kalau tak cuci dia akan block pendengaran aku atau jangkitan tu akan merebak ke bahagian lain.

Perghh seram betul aku dengar. Dahlah telinga aku yang sebelah kiri dah total lost. Bila aku cakap telinga saya ni tinggal satu jer yang berfungsi doc. Pastu doc kata kenapa ? Aku cakap jer saraf rosak doc sebab brain tumor. Terus doc kata takper kita jaga yang satu ni elok-elok.

Rawatan Untuk Jangkitan Kulat Di Telinga

Lepas tu doktor buat rawatan dekat telinga aku untuk buang kulat tu dulu. Caranya doktor spray dekat air yang agak kuat supaya kulat yang dah berakar tu boleh tertanggal. Nak kata tak sakit boleh tahan jugaklah sakit campur gatal-gatal. Tapi sebab memang doktor pakar so memang cekap dan pantas buat kerja.

Then nak balik dapatlah sebeban ubat untuk tahan sakit, antibiotik dan ubat tahan gatal. Dan dalam tempoh seminggu nak baik tu aku kena jaga betul-betul supaya telinga aku tak dimasuki air. Sebab katanya kulat suka tempat lembap dan kalau tak jaga dia akan tumbuh balik.

punca jangkitan kulat dalam telinga

Selepas seminggu Alhamdulillah, telinga aku dah tak sakit dan gatal-gatal lagi. So gais apa yang aku nak sampaikan dekat sini ialah berhati-hati bila nak mandi manda dan jangan gunakan cotton buds yang terdedah sebab kemungkinan sudah tercemar. Nasib tak baik dekat cotton buds tu ada kuman atau kotoran dah tak memasal dah telinga korang kena jangkitan kulat.

Dan lagi satu kalau sakit telinga sebaiknya pergilah dekat klinik specialist ENT juga bukan klinik biasa. Untuk yang duduk dekat sekitar Puchong boleh datang ke sini. Memang terbaik rawatan yang diberikan.

Klinik Mediprinz
25, Jalan Puteri 7/9, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor

Terima Kasih Doktor.

Categorized in:

Tagged in: