Doktor Fauziah Ad-Dabbus, seorang pakar psikologi yang amat popular di Kuwait pernah menulis mengenai rahsia-rahsia doa seorang ibu jika setiap malam dia mendoakan anak-anaknya, dan ternyata kesan dari tulisannya itu telah mengubah jalan hidup ramai orang. Alhamdulillah.Isi tulisannya sebagai berikut :

“Aku bersumpah demi Allah, wahai setiap ibu, agar jangan tidur pada setiap malam sebelum engkau memohon pertolongan Allah SWT dan mengkhabari-Nya bahwa engkau redha atas anak-anakmu seredha-redhanya, dan aku bersumpah demi Allah, agar Engkau tidak menghijab/menghalangi redha-Nya kepada anak-anakmu.
Dan aku memintamu wahai para ibu agar jangan engkau tidur setiap malam sebelum engkau angkat kedua tanganmu sambil menyebut satu persatu nama anak-anakmu dan mengkhabarkan kepada-Nya bahawa engkau redha atas mereka masing-masing.”
Begini doanya:
“Ya Allah aku bersaksi kepada-Mu bahawa aku redha kepada anak-anakku…(sebutkan nama-nama mereka satu persatu)… dengan redha dan sempurna. Maka turunkan Ya Allah keredhaan-Mu kepada mereka demi redhaku kepada mereka.”
Oleh kerana beratnya kehidupan sehari-hari seringkali seorang ibu melupakan doa untuk anak-anaknya, sering juga dia menganggap bahawa pusat-pusat bimbingan psikologi adalah jalan lebih baik untuk perkembangan anak-anaknya.
Padahal, doa seorang ibu itu adalah sebenarnya jalan tersingkat untuk mencapai kebahagiaan anak-anak di dunia dan akhirat.
Insya-Allah.
tq kak..peringatan yang baik
InsyaAllah akan amalkan tiap malam.
Mama Kembar Tiga recently posted…Guna Cetaphil Gentle Skin Cleanser Ja! Senangnya Boleh Cuci Muka Tanpa Air…