Ikutkan aku malas benar nak ulas pasal apa yang baru aku baca dan lihat di FB tadi. Tapi bila tengok ada saudara seagama aku yang macam hilang deria berfikir sekejap aku rasa kita yang masih boleh berfikir ni bolehlah memberi teguran supaya yang lain tidak buat benda yang sama.
Bukan niat aku nak suruh mereka dikecam tapi aku rasa benda ni kita sendiri patut dah sedia maklum.
Setiap rumah ibadah tak kiralah untuk agama apa pasti ada adab dan rules dia. Contohnya nak masuk Masjid , wajib memakai pakaian yang menutup aurat ataupun memakai pakaian yang paling sopan biarpun mereka yang datang melawat tu bukan beragama Islam.
So on dengan kuil.
Oh yer sebelum tu aku harap takderlah yang bingai sangat sampai nak kata yang aku beria membela rumah ibadah agama lain tu dah kenapa ?
And tolong jangan kata situ tempat pelancongan so sesiapa pun boleh datang. Yup memang betul tapi mana ada pelancong datang berjoging , berlari naik turun tangga dekat situ ?
Let say orang berlari naik turun tangga masjid macam tu apa yang kita rasa ? Aku yakin semua orang Islam akan melenting dan kata macam-macam.
So samalah dengan apa yang mereka rasa. Nak datang melawat ke apa ker ok jer tapi datanglah dengan beradab.
Jadi sebelum nak komen mohon bangang korang tu simpan sikit. If benda macamni pun korang tak respek dan ambik mudah aku tak tahulah kalau benda penting dan besar berlaku.

Somehow memang ada manusia ni rasa dialah terpaling acah-acah alim dan terpaling beriman. So dia rasa dialah penganut agama paling suci sampai sesuka hati menghina, tidak hormat akan rumah ibadah dan agama orang lain.
Baca : SOP Surau Masjid Dan Sejadah Besar
Rumah Ibadah Bukan Tempat Rekreasi
Apa yang terjadi dekat kuil di Batu Caves ni sebenarnya sangat mengecewakan aku. Mahu taknya bila dah sampai tahap mereka bersuara mengatakan “kita” mengganggu rumah ibadah mereka dan menjadikan tangga Kuil mereka sebagai tempat rekreasi, auto aku rasa malu dan bersalah.
Pernah dulu masa DD kata nak pergi sana sebab nak berlatih naik turun tangga untuk stamina tapi aku larang. Aku kata macamana tinggi dan mencabar atau cantik sekalipun tangga kat situ untuk menguji kehebatan fizikal kita , KUIL tetap KUIL.
Banyak lagi tempat yang sesuai. Sedangkan nak melawat pun aku rasa macam tak sesuai bimbang jadi fitnah, inikan pula hadir untuk suka-suka beriadah.
Kalau nak-nak jugak berlatih naik tangga, pergilah ke tempat sepatutnya seperti Steps Putrajaya atau ke Bukit Gasing. Tak pun pergi jer naik tangga mall yang bertingkat-tingkat tu, jangan naik lift atau eskalator. Ataupun korang pergi naik turun tangga MRT dekat Bukit Bintang. Aku tengok dia punnya tinggi pun auto pendek nafas.
So gais itu sahaja pesanan aku yang tak berapa cukup stamina nih . Sebelum korang yang lain nak buat hal dekat rumah ibadah orang lain just pegang satu ayat ni sahaja .
“bagi ku agamaku bagi kamu agama kamu”

Comments