Apa ada kat Balakong ? itu soalan yang aku tertanya dalam diri aku sendiri bila Kak Laila ajak aku pergi makan kat kawasan Balakong . Lalu tu biasalah jugak tapi tak pernah nak menyinggah sebab tak tahu apa yang best kat situ .

Aku suka ikut Kak Laila pergi makan kat mana-mana kedai makan terutamanya kat tempat yang aku tak pernah cuba . Bagi aku apa yang sedap dengan tekak Kak Laila pasti akan sedap jugak kat tekak aku .

Sabtu lepas bila Kak Laila ajak aku singgah makan sambil review satu kedai kat Balakong ni aku pun ok jer memandangkan aku macam dah rindu sangat nak makan masakan Malaysia sejak balik dari Korea . **nampak sangat aku masih tak move on ….ahahahaha

Aku ke sana dengan dd selaku partner , Kak Laila dan kawan blogger aku iaitu Ben Ashaari join sekali , tujuan aku sambil lepak-lepas sambil makan . **walaupun ben tu selalu buli aku tapi aku tetap ajak dia lepak ngan aku …hebatkan aku ? ahahahaha

Sampai sana tengok nama kedai terus aku WOW !! ayam penyet tu biasa dengar tapi nama Bulldozer tu sempena apa ? apa kaitan ? penasaran kot nak tahu .

So kalau korang nak tahu apa kaitan nama Bulldozer dengan menu makan yang dihidangkan . Jom terjah sana dulu .

Cara nak kesana korang hanya perlu waze atau google keyword “Ayam Penyet Bulldozer” . Parking pun senang . Tak lah susah mana . Kalau korang nak tahu landmark dia ialah dia dekat jugak dengan The Mines Shopping Mall , pastu korang terus ke depan lagi sampai lalu depan Columbia Hospital dan dari situ ko gunalah waze . Senangkan ..?

Nikmati Signatured Dish Ayam Penyet Bulldozer

Antara hidangan yang aku sangat syorkan kat korang ialah Nasi Goreng Bulldozer . Itu adalah signatured dish Restoran Ayam Penyet Bulldozer dan memang menjadi pilihan aku sebab ianya bukan sekadar nasi goreng . Dengan portion yang besar sampai aku terpaksa hulur pada dd untuk menghabiskan dan harganya pun berbaloi hanya Rm11 sahaja .

Dalam Nasi Goreng Bulldozer kau akan dapat separuh chicken chop bersama gravy black pepper , coleslaw , telur mata dan udang goreng dalam 3 ker 4 ekor dan walahhhh !! jadilah hidangan lengkap .

nasi goreng bulldozer ni boleh makan 2 orang

Aku jugak sempak mengicak sikit hidangan lain pada Kak Laila yang makan Ayam Penyet Bulldozer ( Rm8.50 ) dan Ben pulak makan 2 hidangan iaitu Ikan Keli Penyet ( Rm8.50 ) dan Kuetiau Kungfu ( Rm6.50 ) . Yang aku tak sempat nak kicak hanya hidangan yang kat dd iaitu Grill Chicken Chop ( Rm11 ) , sebab dia duduk jauh dari aku .

ikan keli penyet Rm8.50

Kuetiau Kungfu yang kat Ben tu aku sempat senduk ngan sudu 2 3 kali jer , rasa di memang sampai . Aku nak mintak separuh Kuetiau Kungfu tu kat Ben , tapi aku risau dia cuit aku , mahu tak jejak tanah aku lari kang .**bahahahaha….jangan risauuu , dia tak baca punya blog aku nih….banyak kali aku kutuk dia dalam entry tapi dia tak tahu pun…hahaha bijak tak aku ?

ni kue teow kungfu abam sado punya…

Shellout Bulldozer Dengan 3 Sos Pilihan

Ok yang ni pun recomended sangat kalau korang gemar makan shellout , untuk 2 orang makan hanya Rm25 yang sebenarnya boleh 3 atau 4 org makan kalau korang jenis tak makan banyak . Ada 3 jenis sos pilihan yang korang boleh cuba iaitu Thai Spicy Chili , Curry Masala dan Lemon Buttermilk .

Tapi kalau memang korang datang saja nak cuba Shellout Bulldozer , sila ambik set yang sesuai dengan tahap kelaparan korang .

banner rujukan korang yang bercadang nak pergi

Yang kitorang makan hari tu Shellot Thai Spicy Chili, sos dia bagi aku sedap sebab pekat tak cair macam setengah kuah shellou yang lain . Ada rasa pedas , masam manis secukup rasa . Kak Laila kata rasa dia memang sampai .

aku panggil shellout saranghae sebab kebetulan dia jadi bentuk love

Kak Laila ni kalau dia rasa masakan tu ada yang tak kena atau tak sampai dia akan bagitahu terus terang kat situ jugak . Bukan complaint bukan kondem tau , tapi lebih kepada nasihat sebagai penambahbaikkan . Makanya kita yang ditegur oleh orang yang lebih senior dalam bidang yang kita ceburi tu janganlah mudah sentap tapi harus lebih berlapang dada dan menerima pendapat .

Ok dah habis bebel .. jom sambung makan .

ai kat sinilah bang …tengoklah sini

masih tak pandang bini

Sambal Ayam Penyet Terangkat

Nasib dengan Kak Laila ok jer aku nak makan banyak . Tu yang aku dapat rasa sambal Ayam Penyet Bulldozer , perghhhh ….memang terangkat weihhhh .  Yang uniknya cara ayam dan ikan tu dihidangkan . Senang cerita platting memang cantik . Sampai jer hidangan atas meja , hati pun gembira sebab platting yang dia buat tu buat kita rasa gembira nak menikmati hidangan .

Dilayan bagaikan orang have-have bila kau dapat hidangan yang dihias cantik dan kena pulak dengan rasanya yang lazat . Gambar khas sambal tu sahaja takder , sebab aku memang sengaja tak nak tunjuk kat korang . Aku nak korang pergi sendiri dan rasa . Baru adil , tak gitu ?

Air pulak aku pilih Green Tea Cincau Milk . Memang taste aku nampaknya restoran Ayam Penyet Bulldozer nih .

mata orang baru balik Korea memang gini…nasib ada eye treatment gel

green tea milk yang pekat pastu ada cincau

ini tembikai laici rasanya

Untuk hidangan lainnya korang boleh tengok senarai menu yang aku sempat snap untuk korang buat rujukan .

dahlah murah , portion pulak besar

memang harga mampu bayar

next aku nak cuba kue teow tomyam

fresh juice pun murah weihhh

air yang aku pilih pun cuma Rm3 , memang murahhh

best makan kat sini sambil lepak ngan kawan

So amacam ? ada apa-apa lagi yang korang tak jelas ? nak tanya lagi ?

Jangan tanya aku tapi ada baiknya korang terus terjah Ayam Penyet Bulldozer dan jumpa sendiri pasangan Chef Bulldozer di alamat :

Ayam Penyet Bulldozer

No 49 Jalan Cengal 4 Taman Impian Ehsan

Seri Kembangan

Phone : 019-647 4067

Waktu Operasi : Buka Setiap Hari

Facebook : https://www.facebook.com/APBulldozer/