Hai korang …! datang sini nak baca gosip ker ? ishhh korang ni , cam tetau jer aku ada cerita hot nak habaq …mami jarum betui hangpa semua ….

Ahahahahaa …amender jerlah aku cakap slang utagha nih …berterabur kot !

Ok siyes , camni citanya …tapi kenapa aku macam pelik kalau korang ni tak tahu apa-apa langsung pasal hal ni , takkan kot ?

Aku ada updet tau citer ni kat FB aku , berpuluh komen dan like aku dapat weihh . Takkan korang tak tahu langsung ? huhuhuhu

Ok fine ! aku cerita

Terima Tawaran Tanpa Sengaja

Gini , hari tu dalam group borak KBBA9 kitorang cam biasalah sembang-sembang pasal blog dan apa tahap pencapaian blog masing-masing setakat ini , sekali Juju masuk bawak perkhabaran ,  yang serius aku tak ambik port langsung nak tahu .

Dalam nada bergurau ada yang suruh aku cuba . Aku punya gelak masa tu bawah sikit jer dari Hantu Kak Limah . Yerlah kot kelakar , ada ker nak suh aku join rancangan di RTM 1 untuk segmen Blogger Tumit Tinggi Minggu Ini , buang tebiat ker apa ?

Dalam gelak tu Juju wasap aku mintak detail , entah macam kena pukau ker apa , aku pun setuju dan bagi detail yang diperlukan kepada Juju .

Tak sampai beberapa minit aku dapat panggilan dari penerbit rancangan Tumit Tinggi .

Borak punya borak , dia pun setuju nak shooting kat rumah aku selang sehari selepas dia call .

Aku terima sebab aku rasa macam aku boleh buat , kacang goreng jer task nih , sebab aku kan banyak cakap . Dan aku pun memang tonton  rancangan Tumit Tinggi tu sebab ramai kawan blogger KBBA dah join untuk segmen Blogger .

Antara blogger KBBA9 yang pernah terlipat dalam rancangan Tumit Tinggi ialah  Julia Johari ( Juju ) , Yanty Lee , Mera Amera , Ayu Jean  , Cik Nor , Umminani , Cikza , Fiza Fantagiro , Bella Idura dan Nadia Johari 

Tengok diorang semua ok jer depan kamera so aku pikir aku pun ok jugak kot . Lagipun ni peluang besar yang aku kena grab demi masa depan aku sebagai seorang blogger .

Kau Pikir.. Kau Blogger.. Kau Hebat ?

Hari yang dinantikan pun tiba , walaupun lari dari jadual tapi sebab shooting kat rumah so tak kisahlah sangat .

Isu yang dibincangkan adalah rahsia , ( ececece rahsialah sangat ) . Topik dia aku blogger tapi dalam masa yang sama aku juga seorang usahawan yang mengushakan produk berasaskan pes-pes makanan .

Siap-siap setting lokasi masa untuk aku perkenalkan diri .

Tahu tak apa jadi ? lidah aku kelu , aku kaku , aku blur dan otak aku mati idea tak tau nak cakap apa .

Kak ! Cakap …Cakap 

Sampai aku tanya diorang , nak cakap apa yer ? sepatah haram ayat aku tak leh susun lepas tengok kamera .

Lebih 5 kali aku ulang ayat yang sama tapi semua cam tak kena . Korang pernah tengok cerita Seniman Bujang Lapuk yang scene P.Ramlee disuruh action dengan director Ahmad Nisfu tapi P.Ramlee tak cakap-cakap .

tuan suruh saya action , tuan tak suruh saya cakap 

Camtulah kayunya aku . Ahahahahaha adehhh gelakkk ahhh korang yerrr .

Dalam hati aku kenapa aku nih ? dah jadi bodoh ker ? aku cuba anggap kamera tu sebagai PC …aku nak cakap selancar yang sama macam aku menulis kat blog .

Bagilah aku task menulis , aku boleh siapakan . Tapi bagi aku cakap seminit depan kamera gabra bewok aku dibuatnya .

Dan-dan tu jugak aku rasa menyesal sebab anggap benda ni adalah mudah ( patutlah harga pelakon mahal namateyyy ) .

Akhirnya aku minta rehat sebab aku dah tak boleh pikir apa dah pun .

Dada aku sesak dan berdebar sebab gugup . Masa tu aku cakap dalam hati ,

padan muka aku sebab berlagak , sebagai seorang blogger yer bolehlah kau berlagak , sekali kena cakap depan kamera baru kau tahu apa erti penyesalan 

Benda dah jadi , nak tak nak kena teruskan juga .

Dan aku bukan seorang pengalah , aku cuma ambik semangat yang kawan-kawan KBBA9 yang bersungguh nak tengok aku pakai kasut tumit tinggi .

Sebab tulah aku gigih habiskan shooting pada hari itu .

Blogger Tumit Tinggi Minggu Ini

Akhirnya pukul 5 petang semua rakaman berjaya disiapkan . Alhamdulillah .

Oh tak lupa terima kasih pada Shima yang berjaya mengawal keadaan dan membuat aku tak kekok . Dan terima kasih pada kru-kru yang terlibat sebab sabar melayan dan menenangkan blogger tumit tinggi minggu ini .

Rata-rata cakap diorang faham masaalah aku .  Hebat menulis belum tentu hebat bercakap depan kamera , sedang yang pegang kamera pun kata :

kak , saya ni yang pegang kamera tapi suh cakap depan kamera pun saya lari …. – abam cameraman

Betul atau tak allahu a’lam , yang penting aku dah mula calm down dan mampu beraksi depan kamera dengan baik .

Ok , ada lagi sambungan episod kedua , nanti aku cerita yer .

Tugas korang baca dan komen atau gelak jerrr …ok ? ahahahaha

Jumpa lagi….

Categorized in: