Jawapan dari pihak Lembaga Zakat untuk kita semua yang sentiasa mempertikai dan mengkritik…bantu dengan bantuan bukan dengan kutukkan….
Selamat Membaca
dan di antara mereka ada yang mencelamu (wahai Muhammad) mengenai (pembahagian) sedekah-sedekah (zakat); oleh itu jika mereka diberikan sebahagian daripadanya (menurut kehendak mereka), mereka suka (dan memandangnya adil); dan jika mereka tidak diberikan dari zakat itu (menurut kehendaknya), (maka) dengan serta merta mereka marah.. “- At-Taubah: 58
Bayangkanlah, dalam keadaan Nabi Muhammad SAW sendiri yang begitu adil dan bijaksana mengagihkan zakat pun, masih ada orang-orang di sekeliling baginda yang tidak berpuas hati.
Maka, bayangkanlah pula hal keadaannya pada hari ini. Para pengurus zakat, jauh panggang dari api jika mahu dibandingkan dengan Rasulullah SAW, maka pastilah secara logiknya akan lebih menjadi sasaran kritikan bagi mereka yang sentiasa merasa tidak puas hati dengan agihan zakat.
Oleh itu, harus diingat bahawa dalam keadaan dunia hari ini yang kian terbuka, maka menyampaikan kritikan secara terbuka juga pasti ada pro dan kontranya. Ingatlah, setiap kritikan yang diberikan kepada institusi zakat, ia juga akan dibaca oleh mereka yang bukan beragama Islam.
Maka, andai kritikan itu lebih bersifat membina daripada meruntuhkan, pastilah ia memberikan citra yang baik mengenai agama Islam. Demikianlah sebaliknya, jika ia tidak tepat dan meruntuhkan, maka ia boleh merosakkan imej Islam di kaca mata dunia, khususnya kepada non-muslim.
Misalnya, jika ada yang terjumpa dengan orang-orang susah di mana-mana dalam kawasan mereka, maka jalan terbaik yang perlu dilakukan ialah memeriksa dahulu status orang berkenaan. Adakalanya, orang berkenaan baharu sahaja datang ke kawasan berkenaan dari kawasan luar, maka pastilah ia masih belum termasuk sebagai asnaf zakat.
Maka, jangan terus menunding jari, melainkan dibawa orang berkenaan ke pejabat zakat terdekat untuk dinilai statusnya. Boleh jadi dia mungkin tidak layak dikategorikan asnaf fakir dan miskin tetapi sesuai diberikan bantuan kecemasan di bawah asnaf yang lain.
Apa yang menyedihkan juga, kadang kala teguran diberikan tanpa terlebih dahulu melakukan usul periksa. Malah, ada yang hanya cerita atas cerita, tidak jelas sumbernya dan tidak objektif pula.
Misalnya, jika benar seseorang itu difikirkan layak menerima zakat, pihak institusi zakat boleh menyiasatnya, maka boleh sahaja mereka memberikan nombor telefon atau alamat orang berkenaan, agar tindakan susulan yang lebih tepat dapat dilakukan. Tidaklah
Info Kredit : Ustaz Hamizul Abdul Hamid
Ulasan Aku
Aku setuju dengan segala point yang ustaz ni sampaikan….jangan jadi masyarakat yang terlalu jumud dalam isu zakat…..korang pernah ikut ker diorang mencari dan memberi bantuan Zakat kepada ASNAF….??
Aku harap sangat kalau dalam isu ni korang tolonglah berfikiran waras….hal2 lain kalau korang nak menggila itu korang punya pasal…..tapi bab ni cukuplah petugas2 zakat dikecam oleh korang dengan membabi buta…..
Oklah….nanti aku ceritakan macamana sedih hati aku dengar luahan hati petugas2 zakat…..ada yg lebih satu dekad bekerja dan berkhidmat dengan pusat zakat walaupun teruk diorang dituduh dan dihina….
Insaflah korang sebelum dosa makin bertambah…..
Entry Berkaitan :
http://www.saidila.com/2015/09/zikra-2015-melawat-pusat-jagaan-warga.html
Leave a Reply