Hurmm , membaca kisah yang dikongsi Cikgu Abdul Ghani Haron ni buat aku terfikir balik semula tentang diri aku sendiri . Bukan mudah wanita nak masuk syurga tapi tak susah juga wanita menuju neraka . Bila berkait dengan derhaka hati wanita mana yang tak kecut . Aku sendiri pun takut , sebab tu aku cuba semak balik perangai-perangai dan perbuatan aku yang semalam atau yang lepas-lepas.Dengan sifat sedikit panas baran tak hairan sangat kadang-kadang aku pun boleh jadi isteri derhaka tanpa sengaja.
Elak Dari Menjadi Isteri Derhaka
Kita sekarang dah bukan macam perempuan melayu terakhir . Lagi-lagi jika berkait dengan meminta izin.Nak jadi seperti wanita solehah yang dijamin syurga pun macam tak terlaksana . Berkata memang mudah , nak melaksanakan tu memang payah . Sebab situasi kita tidak seperti dia dan dan situasi dia juga tak seperti kita . Buatlah semampunya diri mengikut ajaran dan panduan dari al-quran dan as-sunnah . Allah juga yang akan menilai kita.
Tak salah rasanya kalau kita minta keizinan awal untuk perkara-perkara yang biaa kita buat dan bakal buat.Sebab aku bimbang aku akan terlupa dan aku bimbang jika inchik dd tak dapat dihubungi.Dan jangan lupa minta maaf selalu dengan suami sebab kadang-kadang perangai kita yang tanpa disedari pun boleh menjadikan kita isteri derhaka tanpa sengaja..
Aku pun selalu minta izin awal-awal dengan inchik dd , paling senang “abang , ayang nak minta izin keluar rumah untuk uruskan anak-anak , rumah dan berniaga dan kadang-kadang urusan yang tak dijangka ? adakah abang izinkan ? atau perlu kah ayang meminta izin abang setiap kali ayang nak keluar rumah ?
Dia kata “tak payahlah sampai macam tu …abang izinkan ayang buat apa-apa yang ayang suka asalkan pandai jaga diri dan maruah cukuplah .
Sama juga bila nak post gambar kat media sosial. Keizinan tu perlu tapi tak perlulah tiap kali nak post kau nak minta izin . Dan jangan jadikan suami sebagai alasan untuk mengelak diri.Suami kau ok tapi kau jer yang melebih-lebih kata suami tak bagi . Berani giler kau fitnah suami sendiri yer .
Inchik dd pernah cakap kat aku camni “kalau abang tak bagi ayang berblog dan berkawan takdernyalah abang ambik pakej UNIFI untuk kegunaan ayang..” dia faham isterinya juga perlukan kawan sealiran dan kawan yang punya minat yang sama . Syukur sangat inchik dd seorang yang memahami. Sebab tu bila berkawan aku berkawan betul-betul . No skandal -skandal .
Mangsa Fitnah Skandal Suami Orang
Pernah sekali aku menjadi mangsa fitnah , dituduh punya skandal dengan suami orang.Hampir-hampir jugak aku nak diserang.Oleh kerana aku tahu aku dipihak yang benar dan inchik dd pun kata yang kegilaan apakah orang tu nak fitnah aku yang keluar bilik pun nak disuruh lagi nak skandal .
Aku tak pernah rahsiakan apa-apa dari inchik dd , sebagaimana dia percayakan aku sebegitu jugalah aku jaga kepercayaan yang diberikan tanpa aku berkurang walau 1% .
Jika aku anggap kau kawan walaupun lain jantina , maka kau akan jadi kawan aku dan ianya akan kekal begitu sampai bila-bila .
Apapun dalam setiap perbuatan kita , izin dan redha suami tu sangat-sangat penting ok .
BUAT SEMAK BILIK SAJA
Ada satu kisah dalam masa saya menghantar buku tulisan saya kepada pembeli secara by hand, yg ingin saya kongsikan.Seorang wanita yang memesan buku,saya hubungi terlebih dulu dengan telefon untuk mengetahui jalan ke rumahnya disebuah taman perumahan.Saya ketika itu berada didepan sebuah sekolah rendah.Dalam perbualan itu,saya diminta tunggu didepan sekolah,kerana kebetulan dia nak menghantar anak yang bersekolah sesi petang.Saya memberitahu jenis kereta saya dan no plate.
Saya pun menunggu disitu.Banyak kereta ibubapa yg menghantar anak ,tiap satu saya perhatikan,tapi semuanya menurunkan anak dan berlalu.Ada sebuah kereta Myvi,berhenti dekat dg kereta saya, tidak menurunkan anak,tetapi pemandunya seorang wanita,dilihat memegang telefon.Agak lama juga menunggu,saya cuba membuat panggilan telefon kepadanya,tetapi ketika itu saya lihat wanita dan anaknya yang dalam kereta tadi turun dan berjalan kearah kereta saya.
Saya membuka pintu kereta lalu dia menegur,“Cikgu Ghani ka?”Saya cepat mengiakan.Dia menyambung lagi,“Minta maaf cikgu,buat cikgu tunggu lama.Saya sampai dah lama juga,dok cuba hubungi suami nak minta izin jumpa cikgu,alhamdulillah akhirnya dapat…”
Subhanallah!Gaya dan perawakannya memang berciri muslimah beriman,apa lagi perkara sebegini pun diambil kira kerana keizinan itu perkara besar,perkara syurga neraka dan untuk mengelak fitnah.Selepas menerima buku,baru dia melepas anaknya memasuki sekolah dan saya berlalu.
Teringat kisah wanita pertama masuk syurga Muthi’ah yang ziarahi oleh Fatimah anak nabi.Kali pertama Fatimah tidak dibenar masuk kerana membawa anaknya Hasan,dimana wanita itu mahu mendapat izin suaminya dulu.Esoknya Fatimah datang membawa Hasan dan Hussain,sekali lagi tidak dibenar masuk kerana tiada kebenaran untuk Hussain(bacalah seterusnya)..Jika anak dan cucu nabi pun tidak dibenar masuk dan perlu keizinan suami, apa lagilah kita.Nampak remeh tetapi itu menjadi faktor syurga untuk seorang isteri.
Jom lihat diri kita.Pergi kerja hari-hari mungkin dah diberi izin bekerja.Tetapi singgah shopping di Tesco,singgah di Jackle, di bank, da sebagainya tiada izin,buat ikut suka hati sahaja.Bukankah kena minta izin juga,jika dirancang dari awal atau jika urgent plan kenapa tak call,whatssap,sms dari tertitik satu dosa.
Jika dilihat pada kisah Muthi’ah dan ketaatannya hingga dijamin syurga oleh nabi,tidakkah anda sebagai muslimat mahu menjejaki tingkahlaku Muthi’ah.Selalulah dapatkan izin suami.Mungkin ada orang akan mencebek mulut, terpulanglah kerana ini nabi yang sebut sebagai teladan untuk mudah bagi seorang isteri ke syurga.
Sabda nabi
Apabila seorang wanita (isteri) itu sudah melakukan 4 perkara ini : solat fardhu 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan diri dan mentaati perintah suami, maka dia bebas masuk ke syurga melalui mana-mana pintu yang dipilihnya
HR. Ahmad , Ibnu Hibban dan Thabrani
Dari 4 perkara ini,perkara taat perintah suami dan memperolehi keizinan yg nampaknya banyak orang remehkan.
Sabda nabi
Dia tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya. Jika dia berbuat demikian, maka Allah akan melaknatnya dan para malaikat memarahinya kembali , sekalipun suaminya itu adalah orang yang alim.” (HR. Abu Daud)
Nampak seperti rumit,kena selalu minta izin.Ya lah,mana ada jalan mudah ke syurga,wanita dimudahkan dengan 4 syarat ini sahaja. Setiap kali minta izin itu menjadi kebajikan,menjadi tanda ketaatan pada suruhan nabi,melebihi solat sunat kerana anda sedang melakukan yang wajib ketika mohon izin.Berdasar hadis,mohon izin itu diganding sama dengan solat fardu dan puasa,menunjukkan tahap kewajibannya seperti solat dan puasa.
Maka rugilah para isteri yang berat mulut,berat jari untuk memohon izin suami.Untuk sedikit mudah,maka berpakatlah suami isteri di mana suami mungkin boleh memberi keizinan tetap pada perkara routine,perkara perlu.Seolah ditangan suami ada satu tiket ke syurga.
Saya hanya mencadangkan untuk para isteri mudah ke syurga.Kalau ada jalan lain,buatlah.Nabi telah tunjukkan.Itulah kelebihan wanita yang berkahwin.Teringat saya seorang pengetua sekolah yang saya kunjungi dan cadangkan ia berkahwin dengan guru yang digossip dengannya, tetapi katanya,“buat semak bilik saja”
Itulah bezanya antara orang yang mengetahui dengan tidak mengetahui, yang berilmu dan tidak berilmu.Melihat suami bukan sebagai jalan ke syurga,tetapi ibarat kain buruk.Wallahu a’lam
by Abdul Ghani Haron
Dapatkan buku Bicara Mata Hati sebagai sedekah kepada yang memerlukan .
Semoga kita tergolong sebagai isteri yang solehah. Amiin Ya Robb
insyallah , aminnn
Semoga Kak Sue dan kita para isteri berusaha untuk menjadi isteri yang lebih baik dan solehah..aamiinnya rabb
Bahaya tul fitnah dengan suami orang.. tak tahu hujung pangkal main tembak jak..
Banyak kisah2 zaman nabi menjadi tauladan buat kita semua.. InsyaAllah.. dengan memahami tangungjwb sbagai isteri.. akan mendapat keberkatan dan redha dari-Nya..
Aretikz recently posted…Kembara Jepun : Persediaan Dan Tips Ke Jepun