Korang tau tak….sebenarnya sejak kecil lagi aku dah bergelumang dengan artis-artis Malaysia…..dari umur aku 3 tahun lagi aku dah mula berjumpa artis , pembesar – pembesar negeri macam Menteri Besar dan Sultan .

Yang paling aku ingat ialah aku jumpa Sahara Yaakob dan Dato Shake masa umur 6 tahun kat Hotel Dayang di Petaling Jaya pastu pada tahun bila tah ditukar nama pada Hotel Quality…tah ada lagi ker tak hotel tu sekarang….masuk surat khabar gitu…..

Setakat masuk majalah , masuk surat khabar tu dah kerap sangat sampai naik muak . Itu tak campur lagi dengan program TV……berlakon pun pernah…..setakat artis datang berjumpa tu biasa dahhh….macam Ella , Dato Jamali Shadat , Raja Ema , Yusni Jaafar , Julie Sudiro dan ramai lagi …..Dj Radio Mariamah Tijo paling legend…..senang cerita memang tak putus datang sampai kadang aku naik rimas kena peluk cium ngan diorang … aku rasa diorang sembur minyak wangi sampai sebotol pastu lipstick merah menyala tebal berapa inchi pun aku tak tau…..

Pergi kediaman Menteri Besar Selangor , pergi mengadap Sultan Selangor pun biasa…..istana tu macam taman permainan jer …..

Aku juga pernah tidur kat hostel UM Kolej Perubatan walaupun aku bukan pelajar Universiti….

Pernah sekali aku naik Helikopter Nuri keliling Lembah Klang….naik Feri Malaysia dan jumpa dengan Feri Anugerah Makmur …..dan macam-macam lagi yang bukan semua orang mampu rasa .

Macam best kan…..?? Itu semua aku rasa masa aku duduk di Asrama Anak Yatim ….itulah penghibur hati lara yang ketiadaan ibubapa untuk dicurah kasih dan sayang ….aku faham kehadiran diorang semata untuk menghiburkan hati kami anak-anak yataim miskin yang kurang bernasib baik .

Tapi percayalah…itu semua hanya sementara….aku gembira aku suka diorang datang , tapi lepas tu aku kembali sunyi kembali termenung kembali bertanya pada Allah….kenapa dan dimana akan aku cari ganti ibu dan ayah….

Sebab semua tu aku tak merasa sejak aku dilahirkan….mak aku meninggal masa umur aku 2 bulan selepas melahirkan aku dan bapak aku pulak dah meninggal sebelum aku dilahirkan .

Tiap kali tiba malam raya aku mesti akan menyorok disatu tempat yang sunyi dan lepas tu aku akan menangis sepuas hati aku sampai mata bengkak dan tertidur….saudara mara belah mak aku dan bapak aku pun takder yang sudi nak ambik bela aku ….masa tu aku rasa nasib aku paling malang dan sedih sebab kawan-kawan lain ada jugak saudara mara diorang datang ambik bawak balik kampung …aku pulak , sendiri mereput kat asrama…

Nak tak nak berayalah aku ngan orang-orang yang jaga aku macam nak tak nak jer ….sabar dan redha ….waktu tu aku doa dan berharap semoga Allah gantikanlah kesedihan pada hari itu dengan kegembiraan yang banyak pada satu hari nanti .

Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang…..andai korang lihat aku hari ini pasti korang tahu bagaimana kegembiraan dalam hidup aku bermula .

Inilah kehidupan…….

KEHIDUPAN

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan

Categorized in: