Sudahkah anda buat caruman zakat ? kalau belum apa kata mulakan buat dan pada yang dah buat pastu rasa nak tambah lagi caruman ini aku kongsikan caranya. 

Firman Allah SWT yang bermaksud : 


Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan (pahala) bagi siapa yang Dia kehendaki , dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha mengetahui

Al Baqarah : 261

Nak tahu tak kenapa korang perlu tambah caruman bulanan zakat  sedia ada ? antara sebab-sebabnya ialah seperti ini :

  • pendapatan harta dan pendapatan akan bertambah 
  • dapat menunaikan zakat dengan jumlah yang TEPAT
  • menunaikan hak orang lain yang ada pada (gaji) pendapatan kita
  • dapat membersihkan dan menyuburkan harta kita
  • keberkatan juga semakin berganda apabila menunaikan zakat

Sebaiknya jangan tunggu bulan Ramadhan sahaja baru kalut dan ingat nak  tunaikan zakat. Dalam rezeki kita pasti ada rezeki untuk orang lain.

HADIAH UNTUK MAJIKAN DAN PEKERJA YANG TURUT SERTA MENAMBAH CARUMAN ZAKAT DALAM KEMPEN 8 TO 8 BERBAHAGIA DENGAN MEMBERI  

Kini Lembaga Zakat Selangor sedang melancarkan kempen
Tambah Caruman Zakat Untuk 8 ASNAF dari 1 september – 31 Disember 2018.

So lepas baca ni cepat-cepat isi borang ( link ada dibawah ) dan minta syarikat ambik bahagian sama. 

SKIM PEMOTONGAN GAJI 

borang contoh yang perlu dilengkapkan

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

MENCARUM ZAKAT LEBIH MUDAH DENGAN SKIM PEMOTONGAN GAJI

Pembayaran zakat melalui potongan gaji adalah satu inovasi terkini dalam menyediakan kemudahan kepada pembayar zakat khusus pembayaran melalui potongan gaji atau lebih dikenali sebagai SKIM BERKAT.

Selaraskan Cukai Dengan Zakat – Mengikut Warta Kerajaan bertarikh 1 Januari 2004 kini setiap pembayaran zakat boleh dikurangkan daripada Potongan Cukai Bulanan.

  • Berkat
  • Mudah
  • Tidak membebankan

SEBARANG PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI

WEBSITE : LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

EN. WIRA B. MUSTAFA (Pengurus)
019 3880591
wira@e-zakat.com.my

EN. MOHD HATTA B. ZAINAL ABIDIN (Eksekutif Majikan)
019 3880 573
hatta@zakatselangor.com.my

PN. NORHAZIRAH BT. AHMAD (Eksekutif Majikan)
012 6296791
hazirah@zakatselangor.com.my

Categorized in: