Alhamdulillah hari ni rezeki dapat melepaskan rasa rindu nak makan makanan atas flight Air Asia terutamanya Nasi Lemak Ayam Rendang Pak Naseer.
Setiap kali naik Air Asia menu ni mesti akan jadi pilihan utama aku samada pergi atau pulang. Aroma dia gais, kau tengah syok tidur pun boleh jadi terjaga.
Hari ni aku ke Sunway Pyramid nak cari kasut yang aku nak. Tapi sayang dah jumpa design yang aku suka saiz pulak tak ada.
Sebelum balik aku ajak DD makan kat restoran Santan. Nasib tak ramai orang dine in. Jadi dd pun ok jer. Aku kaau nak masuk sesuatu kedai pastu kena beratur lama-lama memang aku akan kira next time jerlah.
Kat sini nak order bukan kat kaunter tapi ada macam satu tempat layan diri macam kat McD tu haa.
Touch2 screen menu apa nak. Then pilih cara bayaran. Kalau nak bayar segera pakai kad boleh ataupun pakai cash pun boleh. Tapi untuk bayaran cash bila dah dapat resit kita kena pergi kaunter tunjuk resit order then bayar baru dia buatkan order.
Aku pulak tak tahu. So aku lepas dah ambik resit order kat mesin. Aku terus duduk. Ingatkan diorang dah dalat order tu then bila nombor kita di panggil baru kita pergi kaunter bayar.
Nasiblah ada seorang staff tu databg kat meja aku dan bagitahu kena bayar dulu. Kalau tak mahu sampai ke sudah makanan tak dapat.
And ada sepasang suami isteri tu lagi best. Masuk-masuk terus duduk sebab dia pikir nanti ada orang datang ambik order. Yerlab kan tipikal restoran kan mmemang gitu.
Nasib ada staff Santan datang tunjuk ajar kat uncle tu camner nak order. Good job staff.
Tapi kan best kalau yang layan tu pakai skirt merah. Barulah feeling atas flight betul. #ehh ! Hahaha
So aku order 1 set Nasi Lemak Rendang Ayam Pak Naseer. Harganya asal Rm21.70 tapi campur tax jadi Rm23 something.
Set tu ada Nasi Lemak Rendang Ayam , ada keropok ubi purple yang sedap , ada pop corn ayam dengan butter sos dan sebotol air jus pilihan sendiri.

Kenyang jugak makan berdua sebab portion agak lebih berbanding yang dihidang dalam flight.
InsyaAllah next time nak repeat makan menu yang lain pulak. Sesekali makan kat situ oklah, kalau selalu naya Pak Nasser. Ekekeke.
So gais if korang rindu giler dengan makanan atas flight Air Asia pergi jer ke restoran Santan.
Selamat Memcuba !
Leave a Reply