Assalamualaikum gais, Ramadhan Kareem !
Alhamdulillah kita masih diberi ruang untuk bernafas dan masih berpeluang mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan.
Bulan seribu rahmat. Bulan keampunan dimana dosa-dosa akan diampunkan dan pahala atas segala kebaikkan dan kebajikan akan ditingkatkan.
Tapi itulah , aku nak menulis ni bukanlah sebab aku nak rasa pelik atau amggap itu adalah hukum karma atau sejenis sumpahan atau apa saja.
Tapi serius , memang setiap tahun setiap kali nak dekat bulan Ramadhan benda yang berlaku kat aku ni dah macam acara wajib tahunan pulak.
Apa dia ? Yup gais aku pasti akan hilang kawan. Kalau sebelum ni kita tak terfikir dan punyalah yakin mereka akan jadi sahabat kita dunia akhirat sampai bila-bila tanpa akan ada rasa syak , rasa tak selesa , rasa benci , rasa meluat dan apa sahaja rasa yang tak menyenangkan.
Walaupun pada mulanya aku cuba menafikan dan anggap ianya sekadar kebetulan sahaja. Tapi entah kenapa bila aku recap balik bagaimana hubungan aku dengan kawan-kawan yang lain berkahir, semestinya ia akan berlaku pada bulan yang sama , iaitu sebulan dua sebelum Ramadhan.
Aku hanya yakin Allah aturkan yang terbaik untuk aku. Cumanya aku lebih suka lebih redha dan lebih menerima segalanya bila aku terima dan akui apa yang terjadi semuanya berpunca dari salah dan silap diri aku sendiri.
Walaupun aku boleh nampak dengan jelas berlakunya tanda-tanda kau tidak diperlukan lagi dalam hidup mereka aku lebih suka jika yang memulakan langkah untuk berundur diri dulu.
Menyalahkan diri sendiri itu sebenarnya bagi aku lebih mudah dari menyalah-nyalahkan orang lain. Dan aku lebih suka fikir akulah yang tak sempurna akulah yang tidak pandai menghargai dan menjaga persahabatan kami.
Kalau sebelum-sebelum ni pasti air mata yang akan mengiringi kesedihan aku kerana kehilangan kawan. Tapi kali ni aku memilih untuk redha.
RAMADHAN YANG TERAKHIR
Tak disangka rupanya tahun lepas adalah Ramadhan terakhir aku bersama mereka manakala tahun ini pula tahun pertama Ramadhan aku tanpa mereka.
Mungkin ada yang nak kata aku jadi begini sebab aku ego dan mula sombong dengan apa yang aku ada. Tapi jujurnya aku sendiri tak tahu apa yang aku ada sehingga aku layak untuk sombong.
Yang aku tahu dan pasti aku memang tak ada apa-apa untuk dibanggakan dimegahkan apatah lagi untuk disombongkan.
Cuma itulah aku punya style bila berkawan , once kau dah buruk sangka dengan aku memang benda tu tak akan boleh patah balik. Yang buruk sangka dengan aku ialah kau bukannya aku. Aku sendiri tak dapat nak betulkan sangkaan2 buruk kau terhadap aku jika kau sendiri tidak mahu membetulkannya apatah lagi berhenti memikirkannya.
Sebab aku ada prinsip, once kau dah tak percaya aku , dah salah anggap dengan aku memang tiada peluang untuk berpatah balik. Apa yang aku mampu buat ?
Tarik nafas , hembus dan biarkan ianya berlalu begitu sahaja. Aku tak akan pertahankan sesuatu yang orang itu sendiri tidak mahu percaya.
Aku sendiri dah penat nak betulkan tuduhan dan salah anggap orang pada aku.
Now aku hanya mampu doakan semoga kawan-kawan aku hidup lebih bahagia dan lebih gembira tanpa aku. Walaupun dah tak berkawan lagi namun kita masih boleh mendoakan mereka dengan doa yang baik-baik. Allahu indahnya Islam.
Sebelum mengakhir bicara izinkan aku berkongsi satu hadis Nabi yang berbunyi :
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.“
So apa sahaja baik buruknyang orang lakukan kepada kita biar sahaja Allah yang balas dan jangan kita pula nak buat kerja tuhan.
Leave a Reply