Tahun 2021 ni aku belum lagi hiking ke mana-mana sebab agak sibuk dengan aktiviti kayuh basikal. Tapi since lutut aku injured akibat terlebih buat jump rope, aktiviti berbasikal pun aku stop juga.
Entah macamana petang Sabtu lepas bertarikh 27/3/2021 , DD ajak aku pergi hiking dekat Bukit Wawasan, Puchong. Walaupun dekat jer dengan rumah tapi aku sendiri belum pernah pergi lagi sebab alasan aku sangat kuat iaitu MALAS.
Cuma kali ni aku tak sampai hati nak tolak. Sungguh lutut aku injured tapi sayang punya pasal, gigih aku tukar baju sukan dan ikut pergi.

Tapi awal-awal aku dah pesan dengan dd masa hiking nanti jangan paksa aku teruskan , jangan tarik muka dan jangan membebel if aku nak berhenti sebab tak larat.
Ikutkan taklah teruk mana pun hiking Bukit Wawasan ni. Jalan dia lebih kurang macam hiking dekat Bukit Jugra dan Bukit Cerakah jer, tapi bukit Cerakah lagi easy kot berbanding Bukit Jugra. Ke semuanya susah jugak ? Hahaha entahlah.

Mungkin bagi orang macam aku ni semua trail hiking pun susah. Dan aku belum lagi repeat buat kali kedua mana-mana bukit yang aku dah pernah pergi. Dia macam “ok cukuplah sekali..”.
Trust me gais kalau nak pergi hiking tapi setakat bawa semangat jer memang tak cukup. Tapi ialah kan kalau kau nak tungggu sampai stamina kau mantap memang sampai ke sudahlah kau tak pergi jawabnya.
So that day hampir pukul 4 petang baru aku start hiking. Itupun aku kurang stop ambik gambar dan rakam video sebab nak kejar masa. Cuaca pulak tak menentu kejap-kejap macam nak hujan. Walhal dari awal lagi naik kereta nak pergi dah gerimis. Tapi aku macam ala teruskan jerlah. Aku cuma doa semoga cuaca elok sampailah aku selamat turun.

Laluan Bukit Wawasan agak mudah sebenarnya sebab kejap landai, kejap mendaki, kejap menurun. Pendek kata sepanjang pergi dan pulang 3 jenis laluan tu memang akan ada.
Tapi laluan paling pacak 300 ke 400 meter terakhir rasanya. Aku rasa aku 3 ke 4 kali jugak aku stop ambik nafas. Masa balik pulak sedap jer menurun tapi kena jaga-jaga jugak sebab memang curam lagilah kalau laluan basah bila hujan.

Aku sendiri terpeleset masa nak turun terus injured belakang aku. Walaupun sikit tapi sakitlah jugak. Lutut aku hari tu dari senyap sampai dah keluarkan bunyi yang kuat. Dengar sendiri pun rasa scarry sangat. Tapi kalau aku tak teruskan macamana pulak nak balik.

Bukit Wawasan bagi aku agak cantik. Mungkin sebab hutan ni terpelihara. Banyak tumbuhan dan pokok-pokok yang kita boleh lihat dan ambik gambar. Tapi itulah kau pergi dengan orang yang hanya nak segera sampai ke puncak then turun, bukan untuk menikmati keindahan alam flora dan fauna, maka kau akan kurang dapat menikmati tumbuhan dalam hutan yang bukan mudah kau boleh jumpa dan sentuh.

Penjaga Bukit Wawasan
Untuk pengetahuan korang juga, Bukit Wawasan juga dikenali sebagai Hutan Simpan Ayer Hitam. Ia juga merupakan kawasan penyelidikkan dan pendidikkan untuk Universiti Putra Malaysia (UPM).
Hutan ini didiami 430 spesies tumbuhan bunga, 33 spesies paku pakis, 127 spesies balak dan 99 spesies herba. Di hutan ini turut terdapat fauna antaranya lima daripada 10 spesies mamalia besar di Semenanjung Malaysia, 208 spesies burung termasuk 35 spesies yang terancam dan 30 spesies berhijrah, 14 spesies mamalia kecil termasuk kongkang, 13 spesies kelawar,18 spesies katak, dua spesies reptilia dan 10 spesies ikan.

Haaa banyak kan ? Thats why’lah ada kawasan dilarang masuk terutamanya kawasan Blue Lagoon. Yang dah terlepas sebelum-sebelum ni tu kita HALAL jerlah.
Mungkin ramai yang datang situ langgar undang-undang seperti mandi manda dan berkelah kemudian membuat sampah selain dari berlagak dan cakap besar. Itu yang jadi kes ramai pengunjung sesat dan akhirnya laluan ke Blue Lagoon benar-benar ditutup atas permintaan pihak UPM dan orang asli disitu.
So selepas ni kalau ada yang tertangkap masuk ke kawasan larangn memang korang akan dikenakan denda yang sangat tinggi.
Sebaiknya kita biarkan sahaja khazanah tersebut dipelihara oleh pihak berkuasa supaya ianya selamat dari tercemar dan dirosakkan oleh tangan-tangan manusia yang tidak menghargai dan menghormati alam sekitar.
Cuma secara halusnya aku nak bagitahu yang Bukit Wawasan memang ada penjaga’nya. Nak cerita lebih-lebih aku malas plus aku rasa baik aku simpan ianya sebagai rahsia. Cukup hanya aku dan orang-orang tertentu sahaja yang tahu. Pokok pangkalnya datanglah dengan niat yang baik dan hati yang bersih yer.
Ketinggian Bukit Wawasan, Puchong
Overall masa yang aku ambik untuk sampai ke puncak lebih kurang 45 minit , kalau tak stop ambik gambar ambik nafas semua mungkin 30 minit pun korang boleh buat. Konsep aku mendaki, pelan-pelan jalan janji sampai. Laju-laju sangat pun nak pergi mana ?
Bukit Wawasan hanya berketinggian 233meter dari aras laut. Tapi kalau ikut jam DD katanya tak sampai. Tak tahulah aku dari mana dia kira.
Selain dari bawa semangat bawalah juga sebotol air mineral untuk menghilangkan dahaga. Hari tu aku bawak diri jer , air semua dekat DD.
Kalau perlu bawa jugak pole hiking untuk memudahkan pendakian dan jadi pembantu sewaktu menuruni jalan yang curam.

InsyaAllah next time boleh jer kot pergi lagi sebab aku suka ambience dia yang tenang, redup dan banyak tumbuhan dan pokok yang cantik-cantik untuk aku ambil gambar. Korang nak hiking jam 12 tengahari rembang pun tak ada masalah sebab trail Bukit Wawasan memang sangat-sangat redup. Tapi kalau jalan sensorang seram jugaklah. #ehh

Pendek kata perjalanan naik dan turun Bukit Wawasan ni juga tak pernah sunyi dengan orang. Ada yang hiking solo, berdua macam aku dan DD , berkumpulan dan juga berkeluarga. Tapi sebaiknya pergilah berteman, jangan sorang-sorang.
Dekat pukul 6 petang baru aku sampai parking itupun stop kejap dekat kolam kura-kura dan menyembang dengan satu family cina yang tengah bagi kura-kura makan kat situ. Seronok jugak tengok kolam yang penuh dengan kura-kura. Macam dah jadi sanctuary kura-kura pulak aku tengok.

Untuk ke sini korang just waze sahaja Bukit Wawasan Puchong. Dah sampai kang parking sahaja dekat tepi jalan. Tapi aku lupa nak rakam waktu terkakhir untuk masuk hiking. Tak ada bayaran atau permit diperlukan. Yang penting tulis nama atau scan MySejahtera.
Selamat Mendaki !
Cantiknya blue lagoon. Sayang dah tak boleh masuk.
[…] Baca : Hiking Bukit Wawasan Puchong […]