Bagaimana kita nak jadi seorang yg berfikiran positif….??? aku pun tak tahu…..senang cakap….semua org mesti bersangka baik dengan diri sendiri yg dirinya adalah seorang yg positif….itu dari sudut diri sendiri….tapi bagaimana dengan pandangan org lain….mungkin setiap perbuatan atau bicara kita yg kita bajet positif telah dilabel negatif oleh org lain….aku pun tak terkecuali dari ditimpa persolan yg sama…..seringkali aku fikir aku berkorban dan seringkali aku merasakan aku tidak bersikap hipo dan seringkali aku sangka aku bersikap tak kisah dan seringkali juga aku bajet aku lebih baik dan bagus daripada org lain…..tapi disebaliknya org lain menganggap aku ni syok sendiri…bajet cam bagus….berpura-pura….menunjuk-nunjuk….dan mengada-mengada….dan apa2 ajer perangai yg negatif…..tapi beranikah diorang menyatakan secara berdepan dengan aku….jawapannya TIDAK….

Sesekali aku termakan gak denga hasutan syaitan tentang pandangan org lain pada aku….membuatkan aku rasa menyampah dan rasa cam nak hangin….namun aku lawan hasutan itu dengan beritighfar….aku kaji segala perkataan dan perbuatan diorang pada aku dari sudut positif…sekali dua fikir apa yg diorang buat memang cukup2 boleh buat aku jadi seorang pendendam….namun aku takut pada Allah….takut kerana aku tidak berani menghadapi situasi kecil ini dengan baik….takut2 aku mengikut hasutan perasaan yg selaluya bersifat negatif yg biasanya diketuai oleh syiatan laknatullah yg kerjanya adalah menghasut dan memecah belahkan manusia terutamanya org2 islam….

Setiap kali hasutan perasaan mula menguasai….aku imbas kembali apa dan kenapa….kenapa aku dilempar dengan pandangan yg amat2 menjengkelkan dari mereka2…?? perlukah aku membiarkannya….kadang2 aku tahu aku ni terlalu berusaha untuk menjadi yg terbaik untuk mereka2….sedangkan aku sedar sebesar manapun dan sehebat manapun aku baik dengan mereka2 itu….namun aku tetap takkan dipandang oleh mereka2 yg berada disisi aku….perlukah aku bersyukur….perlukah aku tingkatkan usaha untuk menarik perhatian mereka2 itu….??

Akhirnya aku sedar….biarlah….biarkan…..aku bermuhasabah sendiri….mereka hanya manusi seperti aku yg punya perasaan yg kadang2 diahasut tanpa kita menyedari benci kita kepada mereka telah dibangkitkan oleh musuh org islam….aku ingin punya hati dan perasaan seperti wanita2 yg Allah janjikan syurga….tapi klaya atau tidak itu bukan urusan aku atau mereka2 yg membenci tanpa bilang….sekilas ikan diaair pun tak dapat aku bezakan jantan atau betina….inikan pula sekilas pandangan dan perasaan org pada kita….untuk menyedapkan hati dan perasaan aku yg kadang2 dilanda bengkek….biarlah dan biarkan….aku tak pentingkan pandangan mereka tetapi aku amat perlukan pandangan Allah…..biarlah keihklasan aku untuk mereka Allah yg nilaikan…

Sepanjang aku melalui ranjau2 perasaan yg amat pedih lagi memedihkan ini hanya seorang yg dapat melihat dan memahami apa isi hati aku ini….tak perlu bicara atau penjelasan tapi hanya dia seorang yg cukup2 faham bertapa semua aku lakukan bukannya pura2 tapi kerana kasih dan kerana sayang….dalam membantu mereka2 itu bila perlu….sekalipun aku tak pernah fikir akan kesannya….sekalipun tak pernah aku persoalkan kenapa mengapa atau buat apa…..tak pernah aku mengambil masa seharian dan tak pernah pula aku merungut kerana membantu mereka dan tak pernah aku rasa terpaksa membantu mereka…..tapi apabila aku perlukan mereka kenapa mereka rasa teragak-agak….kena berfikir dan berbincang dulu…..sewenangnya kadang mereka menolak permintaan aku tanpa rasa bersalah….tegar betul mereka2 ini….

Akhirnya aku juga yg mengalah dan beralah….kenapa aku tak sekejam dioarang yer….apakah itu tandanya aku tak punya pendirian ataupun keperluan…adakah aku jenis tidak mementingkan diri….bagaiamana diorang boleh ada sifat2 yg macam tu aku pun tak tahu….aku nak hati aku sentiasa gembira bukan bersedih atau memikirkan perlakuan diorang yg macam takder akal takder hati takder perasaan….

Natijah perbuatan diorang pada aku tak pula aku minta dibalas….cukuplah Allah bukakan pintu hati dioarng untuk menerima aku seadanya sebagiaman aku menerima mereka seadanya….bukan salah aku kerana mereaka2itu tak berapa suka akan aku….itu semua kerana hasutan perasaan tak siapa boleh menghindarnya selagi kita tidak meminta pertolongan dari Allah swt agar hati dan perasaan juga iman kita semua dilindungi olehNya….

Semoga perasaan kita semua akan dilindungi oleh Allah dari di hasut….semoga iman akan menyelamatkan kita….kita tidak sempurna begitu juga dengan org lain…tetapi jangan jadikan itu sebagai satu alasan untuk kita jadi angkuh….sombong dan menghina org yg tidak berapa bernasib baik dan tidak sempurna….semua yg baik itu adalah milik Allah….aku pentingkan pandangan Allah lebih daripada pandangan manusia….

“ya allah pelihara iman ku peliharalah akhlak ku peliharalah hati dan perasaan ku daripada mereka2 yg membenci aku….dan peliharalah juga hati dan perasaanku daripada membenci mereka juga….semoga kau ampukan dosa2ku dan dosa2 meraka semua….amin….”