Alhamdulillah aku masih diberi peluang dan ruang untuk bernafas dibumi ini. Hal ni ikutkan terlalu sensitif untuk aku cerita. Tapi aku nak juga kongsi perasaan semasa aku rasa aku akan mati kerana virus covid19.
Bagi aku virus covid19 ni memang bukan sahaja effect pada kesihatan fizikal tapi turut mengganggu kesihatan mental kita juga. Kalau waktu kau sakit dan kau tak dapat sokongan dari sesiapa aku boleh katakan kau akan bertambah sakit dan juga lambat untuk sembuh.
25/5/2021
Hari dimana aku dapati mental aku koyak dengan teruk. Aku terlalu sakit sampai aku rasa aku dah redha jika nyawa aku diambil. Aku boleh rasakan virus covid19 dalam badan aku sedang mengganans dan serang aku dari pelbagai sudut. Aku juga dapat rasa yang organ-organ dalam badan aku sedang dikerjakan dan cuba untuk dirosakkan oleh virus tersebut.
Sejak dari DD masuk hospital aku tak boleh berhenti dari batuk, sampai badan aku jadi sangat-sangat lemah. Aku hanya boleh menangis dan terus menangis. Aku mohon semoga Allah bantu aku untuk hilangkan rasa sakit yang aku sedang rasa hingga tak terungkap dengan kata-kata.
Baca : Pengalaman Dijangkiti Virus Covid19
Batuk yang aku alami bukan batuk yang biasa tapi batuk yang buat rasa dada kau macam nak pecah. Setiap kali batuk aku kena tahan dan tekan dada aku supaya rasa sakit tu tak meledak keluar. Tekak aku pun dah rasa luka dan perit walaupun untuk telan air liur. Rasa sakitnya macam aku tengah telan kaca halus.
Dengan hilang deria bau , hilang rasa dan selera dan ianya sampai buat aku jadi berhalusinasi. Waktu tu aku rasa macam deria bau aku dah kembali. Aku mula rasa gembira dan rasa ada harapan untuk kembali pulih sperti sediakala. Untuk kepastian aku cuba hidu minyak wangi tapi tak ada bau , aku ambik miyak angin dan memang tak ada bau.
Waktu tu aku dah mula rasa takut , jadinya yang tadi aku bau apa ? Perasaan kecewa tu buat aku makin sakit dan putus asa. Sampaikan aku cakap dengan kawan aku “kalau aku gibab ko marah tak ?..”
Lama dia diam tak berjawab. Tapi aku tahu mesti dia pun blur tak tahu nak cakap apa dengan aku.
Aku cuba untuk bangun lawan dan kembali bersemangat tapi virus covid19 ni benar-benar dah melumpuhkan semangat dan kekuatan aku. Dalam tangisan aku hanya mampu menuturkan Syahadah dan membaca zikir Nabi Yunus semasa berada didalam perut ikan Nun berulang kali.

Kalau korang faham waktu tu aku memang dah putus asa, putus harapan dan tak berdaya dah nak fight dengan virus covid19 ni. Kalau waktu tu DD sihat dan ada disisi aku mungkin aku akan OK, boleh lawan dan bertahan. Macam masa aku disahkan ada brian tumor dulu. Aku cool jer, tapi Doktor yang rawat aku pulak yang gelabah bila tengok aku tenang dan senyum dengan apa yang aku hadapi. Padahal waktu dah terbukti aku boleh hidup atau mati kalau aku tak dapatkan rawatan yang betul.
26/5/2021
Waktu ni aku rasa sakit yang aku kena tahan mungkin dah sampai ke kemuncak. Aku dah jadi sangat lemah. Lepas aku habis memuntahkan buih. Aku baring dan melihat siling dengan pandangan yang kosong. Aku dah tak berdaya untuk bangkit lagi.
Dalam fikiran aku. Dah sampai ke masa aku untuk pergi ? Dalam linangan air mata aku text kawan-kawan aku yang paling rapat dan mohon ampun serta maaf dari diorang. Walaupun diorang kata aku tak ada dosa dengan diorang tapi aku rasa tak ada salahnya aku mohon dimaafkan. Cukuplah aku berdosa dengan tuhan dan aku tak nak ada dosa dengan kawan-kawan ataupun dengan mana-mana manusia lagi. Waktu tu aku rasa macam dah bersedia untuk mati dan pergi dengan hati yang tenang.
Maka aku keluarkan status ini. Mungkin ada yang nak kata aku ni drama jer lebih. Tapi tak kisahlah. Waktu itu hanya aku yang tahu apa yang aku rasa. Aku keluarkan status ni sebab andai tiba-tiba aku berhenti bernafas , sesiapa yang kenal aku akan baca status ini dan segera memaafkan aku.

Jujur aku mohon maaf maaf dengan semua dengan seikhlas hati aku. Walaupun tak semua orang dapat mesej maaf secara peribadi dari aku tapi cukuplah korang yang pernah kenal dengan aku ada baca atau terbaca dan sedia memaafkan segala kesalahan aku. Samada besar atau kecil samada sengaja ataupun tidak aku cuma harap aku dimaafkan walau apapun sebabnya.
Korang nak reply tak reply pun aku dah tak kisah. Waima sekarang ni dah tak kawan atau dah tak mesra macam dulu-dulu pun aku dah tak kisah. Yang penting aku cuma nak minta maaf.
From now on aku akan usaha untuk tidak menyakiti hati sesiapa. Kalau aku terbuat tegurlah aku dan maafkanlah aku. Aku juga seikhlas hati memaafkan segala salah silap orang lain kepada aku. Tak kisahlah besar atau kecil, lama atau baru aku ikhlas memaafkan. Tak perlu untuk minta maaf secara peribadi dengan aku tapi aku nak korang tahu aku dah maafkan. Aku memaafkan kerana aku juga ingin dimaafkan.
FOLLOW & SUBSCRIBE
Facebook : Saidila Abdul Rahman Instagram : @saidila Youtube : Saidila Lifestyle
alhamdulillah diberi kesembuhan. harap tabah. takut betul dengan covid ni kan. dia serang sesiapa sahaja.
nikkhazami recently posted…7 Laptop Terbaik Untuk Student 2021
Takutnya saya baca. Terima kasih kerana sudi kongsi pengalaman, semoga menjadi peringatan dan pengajaran untuk org lain. Bagi yg masih menyangka virus covid ni suatu konspirasi atau cuma selsema biasa, elok baca ni.
Ummi | Ummi Goes Where? recently posted…Staying at “Rumah Pohon” Tree House on Nusa Penida, Bali
Moga diberikan kesihatan dan dipermudahkan proses kesembuhan buat sekeluarga ye. Dalam nak sembuh nie, mentally kena positive sebab bila dalaman koyak, proses kesembuhan akan ambil masa. Saya doakan yang baik-baik je untuk sekeluarga ye.
Rawlins GLAM recently posted…Curve [Movie Review]
bertabahlah ye. moga kekal sihat.
dlm keadaan gitu, maybe aida pun akan bertindak sedemikian. rasa mcm da xde harapan, sedih, takut dsbgnya. boleh istigfar dan tawakal aje.
covid19 ni is reallly scary. takde pengalaman, alhamdulillah. but membaca pengalaman yg dah terkena, aduhai, rasa insaf.
Semoga diberikan kesihatan yang berpanjangan. Sampai sekarang saya masih pelik macam mana boleh ada satu golongan yang tak percaya tentang Covid ni.
Mohamad Khairil bin Hassan recently posted…Bumi Sebenarnya Bukan Sfera? | Ketahui 10 Fakta Menarik Tentang Bumi
perkongsian yang baik, biar mereka yang tak percaya virus ni tau, betapa sakitnya virus ni.. moga terus kuat ya
Can’t imagine how painful to experience this COVID-19 ya, semoga diberikan kesembuhan sepenuhnya buat semua…
Alhamdulillah sudah sihat seprti sediakala. Virus ni memang bahaya dan tak nampak dengan mata kasar. Moga terus sihat sentiasa…Aaminn
Alhamdulillah kak long dah sembuh. Bila kita dah terlampau sakit, macam2 perasaan timbul dan give up. Semoga kak long terus kuat
Ye Kak, rata-rata kawan saya yang kena covid ni semua rasa hidup entah panjang ke tak, sedih betullll… tapi tu laa, kita kena beri kekuatan pada diri, dan fikir bebaik ajaa kan.. alhamdulilah akak makin sihat.. yang tau kecam tu, tak kena diri sendiri boleh leee kann.. baca pengalaman semua yang pernah kena, memang takuttt…
Sis Lin recently posted…BOLEH JADI BODOH HARI-HARI FIKIR NAK MASAK APA EKK
Perkongsian yang best snagat kak. Biar golongan yang tak percaya dengan kehadiran pandemik ni bukak mata. Jangan ingat jangkitan biasa tu macam selsema..batu…sakit kepala .. just biasa . Mungkin boleh jadi itu adalah penyakit yang amat luar baisa . Btw … take care ye Kaklong & family . Syukur Alhamdulillah
takutnya baca. sekarang ni memang betul2 kena jaga diri dan family. lantak lah orang nak kata apa kan janji family kita selamat. kalau boleh sekaran pun nak cucuk vaksin.
Allahuakbar. Ini ke yg orang cakap selsema biasa? Konspirasi ini dan itu? Baca aje dah seram apetah lagi mereka yg merasa. Syukur alhamdulillah sis dah baik. Moga terus baik & dapat jalani kehidupan seperti biasa ya 🙂
Nur Decamellia recently posted…Alhamdulillah Menang Contest Masak Dapat Baucer Lazada RM500
COVID-19 ni benar berlaku. Camana la ada yang cakap COVID-19 ni fake news. Padahal dah nampak first wave berapa ramai meninggal dunia. Swab Test kerap. Frontliners keluar bekerja selamatkan masyarakat. Kalau kak Sai dah pernah rasa dan tahu betapa sakitnya kena COVID-19, ini bleh jd example utk semua. Sebab ada golongan antivaksin cakap bukan-bukan dan buatkan golongan berisiko seperti org tua jadi panik dan takut nak ambil vaksin. Akak bayangkan org tua yang antibodies kurang tu kena COVID-19. Mesti sakit sangat. Sedih kan kak. Antivaksin stop lah jadi penghasut. Sian kat ibu bapa kami.
Alhamdulillah.. Akak dah sembuh… Masih sedih sbb baca golongan anti vaksin ni kata covid tu mcm selsema biasa ja… Xperlu takut antibodi kita boleh lawan.. Geram ja baca… Geram sbb suka sebarkan dakyah2 yg tak betul dan myusahkan orang lain
I wish you speedy recovery. Now the pandemic is not over yet, let’s stay safe and take care!
Jangan fikir mati, you masih kuat and kita kena berusaha to fight covid. I m glad that you get thru this and stay healthy.
ohh dear….luckily you have recovered from it now, you’re strong ya, thanks for sharing your personal experience here with us. cheers, siennylovesdrawing
Alhamdulillah lega awak dah sembuh sis. Seramnya baca pengalaman bekas pesakit Covid. Baru-baru ni dengar suara kawan yang #covidfighter pun macam tak larat dia nak bercakap, so I can imagine sakit semput dada yg sis cakap tu. Stay safe ya, moga wabak ni berakhir tak lama lagi, ameen…