Kelmarin iaitu pada hari Isnin 20 Februari 2017 aku berpeluang untuk untuk ke Majlis Penyampaian Amanat sempena Hari Antidadah Kebangsaan 2017 oleh YBHG Dato Sri Mustafa Bin Haji Ibrahim , Timbalan Ketua Setiausaha ( Keselamatan ) Kementerian Dalam Negeri .
Selain dari majlis perasamian HADK bagi tahun 2017 , kehadiran aku juga bagi menemani Ben Ashaari iaitu founder Kelab Blogger Ben Ashaari untuk menerima sijil penghargaan khas kategori blogger dari AADK kerana terlibat secara aktif dalam kempen-kempen antidadah di blog dan juga dilaman-laman sosial seperti facebook dan instagram .
Sebagai salah seorang ahli KBBA yang terlibat dengan kempen-kempen Antidadah AADK , aku cukup berbangga dengan apa yang kelab kami telah sumbangkan kepada masyarakat .
Pernah aku terima satu email dari seorang pembaca blog aku yang mempunyai ahli keluarga yang menghadapi masaalah ketagihan dadah sehingga mengancam nyawa ahli keluarga yang lain .
Email itu aku forward kepada pegawai AADK untuk tindakan lanjut . Alhamdulillah ianya dapat ditangani dengan kepakaran skuad bantuan dari AADK .
Dari situ juga aku sedar bahawa bertapa besarnya fungsi blogger untuk menyebarkan pentingnya kewujudan AADK dalam membantu masyarakat yang terlibat dengan masaalah dadah .
Pencegahan DADAH Bermula Dari RUMAH
Kebetulan pulak pagi semalam kat Radio IKIM aku baru dengar salah seorang dari pegawai AADK memberi nasihat dan cara mengenali ahli keluarga yand ada terlibat dengan dadah .
Memang benar yang pencegahan dadah seharusnya bermula dari rumah . Ibubapa dan penjaga seharusnya memantau aktiviti luar rumah anak-anak dan paling penting kena tahu dengan siapa mereka bergaul . Majoriti yang terlibat semua kerana pengaruh dari kawan-kawan .
Memandangkan kos sara hidup semakin meningkat maka ada ibubapa yang terpaksa menghabiskan masa diluar bekerja untuk mencari duit lebih sehingga tidak menyedari perubahan-perubahan fizikal pada anak yang terjebak mengambil najis dadah .
Antara Tanda Jika AnakTerjebak Dengan Najis Dadah
1. Perhatikan jika mata anak-anak menjadi merah tapi bukan sakit mata .
2. Berat badan berkurangan secara tiba -tiba dan berlarutan .
3. Sentiasa memakai pakaian berlengan panjang jika sebelum ini berlengan pendek .
4. Selalu meminta wang lebih kerap .
5. Tidak bertutur dengan sempurna .
Dan lain-lain simptom yang berkaitan .
So itu sahaja perkongsian dari aku . Masalah dadah bukan masaalah AADK tetapi masaalah kita semua . Sebaiknya kita juga perlu ambik peranan masing-masing dalam usaha menangani gejala dadah bermula dari rumah .
Lagu Dadah Durjana
ya btoi tu…kna mula dri kita dahulu
lokmanamirul recently posted…Live Streaming Magwe FC vs JDT 7 Mac 2017