Apa kes tah aku rasa nak ulas kat blog pasal kes viral abag botak yang baran pergi hentak cermin kereta orang dengan helmet sebab kena hon sampai viral satu Malaysia.

Rata-rata rakyat Malaysia sekarang ni mungkin tengah bertepuk tangan dan meraikan penangkapan abang botak yang viral kerana menghentak cermin kereta pengguna jalan raya, dan kini sudahpun dijatuhi hukuman penjara sehingga 12 bulan.
Yeahh tepuk semangat untuk netizen yang berusaha dan tak putus berdoa di bulan Ramadhan yang mulia ini.
Macam biasa , aku lebih suka tunggu sampai benda viral ni disiasat polis dan yang tertuduh memberikan keterangan. Bagi aku baru fair and square. Setakat tengok video yang bisu itu tidak menjanjikan cerita yang sebenar.
Aku tak kiralah siapa bangsa dan agam si pelaku mahupun pengadu. Isunya netizen, netizen yang terlalu awal menghukum. Mana hilangnya sifat tabayyun dalam diri kita ?
PROVOKASI PUNCA ABANG BOTAK BERANG!
Now aku nak jadi detektif Conan tak berlesen. Kalau tengok video memang nampak jelas abang botak tu salah. Kena ingat ehh video tu tak ada suara, apa sebenarnya yang si pengadu tu buat sampai abang botak tu sanggup kejar dia beratus meter ?
Korang tak nak tahu dan tak nak pikir itu korang punya pasal.
Aku rasa ( ni aku yang rasalah, korang punya rasa aku tak taulah ..) setakat kena hon jer tak akan menyebabkan dia hilang sabar dan sanggup kejar si pengadu tu. Hon tu benda biasa kot dalam Malaysia.
Kau tu tak pernah kena hon ker walaupun kau rasa kau tak salah ? Aku kena hon pun aku rilek jerr walaupun aku salah. Tapi kalau kau provok aku kau ingat aku nak tengok jer ker. Kenanya time tu aku tengah moody ker, memang aku kejar dan tanya apahal kau nak provok aku ?
Aku pernah mintak dd belikan aku sterang lock sebab aku kata kalau aku kena road bully aku nak keluarkan stereng lock dan jadi kiki 2.0, tapi dd tak belikan pun mungkn sebab dia boleh tahu tahap baran aku camner. Tak memasal dia kena kutip aku kat lokap.
Dan ada jer kat kawasan sekolah yang jelas dilarang menggunkan hon pun ada parents sohai yang buat, takder pulak kereta diorang kena hempuk dengan helmet ! abis kuat pun maki jerlah dalam hati.
Aku rasa ( aku punya rasa lagilah nih…bukan korang..) mesti masa si pengadu tu potong dia bukak tingkap and lakukan provokasi secara lisan dan fizikal. And mengikut statment abang botak tu , si pengadu telah bagi dia isyarat jari tengah. Aku rasa korang mesti tahu apakah isyarat jari tengah tu kan. Tak tahu kalu cuba buat sendiri and tunjuk kat mak bapak korang. Aku rasa lepas tu korang mesti tahu apa makna sebenarnya isyarat jari tengah.
HUKUMAN YANG TIDAK SETIMPAL DENGAN PERBUATAN
Yes aku fahaam , salah tetap salah tapi aku cuma mendalami dan cuba memahamkan kenapa abang botak tu bertindak sedemikian rupa. Orang kata kalau takder angin masakan pokok bergoyang, rupanya disebalik rimbunan dedaun kat pokok tu ada monyet sedang menggoyangkan pokok sambil buat isyarat jari tengah.
Dan bagi aku yer bukan bagi korang abang botak ni jelas antara orang yang baik. Kenapa aku kata dia baik. If dia seorang yang betul-betul panas baran tak mungkin dia akan mengaku kesalahan dia kat mahkamah sehingga mahkamah dengan senang menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara kepadanya dengan serta merta.
Kamonlah, kalau orang lain kompom berdolak dalih dan tidak mengaku kesalahan. Dengan tinggal berapa hari jer nak hari raya, tinggalkan anak dan isteri sambut Aidilfitri semata nak bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukan. Its not easy yarr. Dia boleh jer menipu dan berdoalk dalih Lepas dah puas beraya baru mengaku.
Pengakuan dia tu siyes buat aku rasa kagum. Dia macam rela dan redha kena hukum didunia asalkan dia tak dicari diakhirat untuk melunaskan hukuman. Kenapalah korang tak nampak macam apa yang kau nampak. Adakah ini petanda aku dah nak meninggal ?
Maksud aku meninggalkan Malaysia dan menetap di New Zealand.
Takper aku faham korang, korang boleh kata apa saja. Tapi ini adalah pendapat peribadi aku yang sesekali tak berupaya menjadikan hukuman mahupun mahkamah menimbang tara balik hukuman yang tidak setimpal dengan perbuatan.
Bab cermin tu pulak its a smal isu. Benda dah viral beb, setakat nak claim cermin kereta bikin baru bukanlah benda besar. Bukan dia guna cermin khas pun sampai nak kena tunggu abang botak keluar jail baru dapat ganti.
Lagi satu tolong jaga sikit mulut tu, jangan sesuka hati nak kata “tak nak mengaku saudara oarang macam ni…”. Statement macam malaikat subuh, macamlah kau tu bagus sangat.
Saudara sesama Islam takkan tergamak kot keluarkan ayat camtu. Aku masih ingat lagi tazkirah seorang Ustaz, sampai sekarang aku ingat.
Dalam Islam adalah normal untuk orang buat salah dulu kemudian barulah kesalahan tersebut diperbetulkan supaya tidak berulang..”
Mengikut laporan, ini kesalahan ataupun jenayah pertama si abang botak, nampak sangat dia takder rekod buruk dalam balai dan jelas juga dia bukan seorang samseng jalanan tegar. Hanya kerana hari itu dia gagal kawal nafsu marah akhirnya dia ke penjara.
Kita ni hidup macam roda bhai, kejap atas kejap bawah. Biar manusia tak mengaku saudara asalkan jangan sampai nabi tak mengaku umat. Aku doakan semoga kes abang botak ni sedikit sebanyak mendidk hati kita yang semakin keras dan semakin hilang sifat memaafkan.
Jangan yakin diri tu baik dan mulia, iblis dulu pun baik jugak dan tinggal dalam syurga. Tapi sebab sombong dan takjub dengan kebaikkan dan kemuliaan diri akhirnya kena laknat dengan Allah SWT sampai hari kiamat.
Disclaimer : Ini adalah pendapat peribadi aku yer. Tak suruh setuju pun. Tak setuju pun aku tak kisah tapi jangan tinggalkan komen berbaur provokasi.
Sekian Terima Kasih
Saudara Danial memang seorang yang gentlement kerana mengakui kesalahan dan merasa kesal diatas apa yang telah berlaku..betul telahan dari admin memang jarang orang yang sanggup mengaku atas kesalahan yang dilakukan..saudara Danial memang tahu implikasi diatas pengakuan bersalahnya sudah tentu pengakuan bersalah itu atas nasihat peguamnya..kita doakan semoga saudara Danial dan keluarga tabah diatas dugaan ini..sementara pihak peguam membuat rayuan dan semoga kes ini dapat ditangani dengan sebaiknya..sekurang kurang hanya membayar denda walaupun jumlahnya tinggi..semoga segala dipermudahkan.
Satu pengajaran utk kita semua gak agar sabar & jgn hilang kawalan kalau kena provoke sekalipun. Nasib baik hanya cermin kereta ja pecah, kalau dia bertindak lebih ganas sampai sebabkan kecederaan atau kematian, tentu lebih berat hukuman.
tak rugi kita merendahkan amarah sebab bila amarah menguasai diri kita boleh hilang kewarasan. Segalanya mengikut nafsu
Apapun beliau berani mengaku kesalahan. Tabik arrr… Cuma hukuman untuk dia berat untuk kita terima lebih lagi buat beliau dan keluarganya.
Benda boleh bawak bincang, kita pun nampak di mana letaknya budibicara dan akal fikiran pihak satu lagi.
Moga dijauhkan kita semua dari musibah sebegini. Aamiin
Nina Mirza recently posted…Suka laaaa SURYA S GREAT GRAIN ni sebab …
Kesian brother botak tu. Takkanlah setakat kena hon nak pecahkan cermin kereta. Mesti ada sebab musabab di sebalik kejadian tu.
Bebas recently posted…Kumpulan Botak yang Berdaftar dengan ROS