Asalamualaikum , ni aku nak tanya sikit nih ! adakah korang yang membaca ni warga Ampang ? kalau yer untunglah korang sebab 3 Mac yang sudah aku ke soft launch Restoran Nelayan di Ampang .

Apa yang best , menarik sangat Restoran Melayan ni sampai aku nak kena tulis dalam blog ? Haaaaa itulah pasal korang kena baca entry ni sampai habis ! arasso ?

Selain harga lunch Rm3.50 yang aku highlightkan tu . Ada beberapa menu gempak yang bagi aku korang wajib cuba dan bawa keluarga bila ke sini . Antaranya ialah :

jom ke Restoran Nelayan Ampang

Shellout a.k.a Seafood Lambak 

Bagi korang yang suka makan shellout, korang wajib jugak cuba shellout kat sini , antara lauk shellout dengan pilihan seafood yang segar iaitu KETAM, UDANG GALAH, SHELL MUSHELL, SHELL BAMBOO , SHELL SCALLOP,KUPANG, LALA , SOTONG DAN SAYURAN SERTA JAGUNG REBUS

seafood lambak spicy green curry yang mabeles lain dari yang lain

Dihidangkan juga dengan 4 sos pilihan antaranya Sos Hongkong Spicy with Curry Leaf , Pearl Kristal Sweet Sour , Seafood Chili dan Green Curry Klasik .Semua sos ini adalah signature dari cheff Restoran Nelayan sendiri iaitu Cheff DD

chef dd yang cekap

Pada malam pengenalan tetamu diberi peluang untuk mencuba 2 jenis sos yang baru di adaptasi oleh Chef DD iaitu Hongkong Spicy dan Green Curry. 

seafood lambak hongkong spicy

Kalau nak tanya mana satu lagi sedap ? bagi aku keduanya menepati selera tekak melayu plus jawa nih.

Menu Seafood Lambak ini dijual hanya pada Harga RM20 sahaja seorang termasuk air cordial , air panas dan nasi yang diberi secara FREE FLOW iaitu free refill . 

Menariknya jugak , kalau beli satu atau 2 set Seafood Lambak ni nasi boleh tambah free tau. Best kan ?

Steamboat & BBQ

sambil makan sambil layan pemandangan bandaraya Ampang yang cantik

Lepas makan seafood lambak korang boleh terus layan steamboat pulak . Seriusnya banyak giler choice dia kot ! Aku sendiri pening nak makan yang mana . Kalau korang nak tahu aku memang suka makan steamboat ni dengan keluarga , sebab sambil makan sambil borak sambil santai-santai .Paling penting tak perlu nak rushing bila makan steamboat . Itulah yg bestnya.

teamwork

Dalam sebulan adalah 2 kali aku ngan dd bawak anak-anak layan steamboat kat mana-mana yang murah. Anak ramai ginilah, yer dak ! Kena pandai pilih tempat makan yang berbaloi untuk keluarga dan Restoran Nelayan Gombak / Ampang sangat sesuai untuk keluarga yang mementingkan bajet.

Untuk pengetahuan korang , Restoran Nelayan juga ada beroperasi di Gombak . Terdapat pelbagai pilihan secara buffet untuk menu Steamboat dan Grill selain dari menu utama akan ada juga pilihan sayuran , pilihan mee kering, pilihan barangan steamboat dan yang paling utama menu grill yang terdiri dari pilihan seafood , daging kambing , ayam dan daging dengan beberapa perapan pilihan iaitu perasa satay, honey, masala dan brown nelayan.

pilihan daging untuk di grill

sos steamboat pilihan

Untuk pencuci mulut pula disediakan rojak buah, buah-buahan, air panas dan kordial serta ais krim pelbagai perisa. 

Harga steamboat pula cuma Rm 28 sahaja untuk orang dewasa dan Rm16 sahaja untuk kanak-kanak ( 5thn sehingga 11tahun / serta warga emas 61 tahun ke atas ) .

Kalau nak harga happy hour korang kena datang pada pukul 12 tengahari hingga 5 petang sebab masa tu harga steamboat per person hanya Rm24 sahaja.

Dan kalau korang nak datang sebelum 31 Mac ni lagi bagus sebab harga cuma Rm20 sahaja per person

Memegang prinsip RESTORAN NELAYAN TIDAK MAHAL DAN KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN KAMI yang menjadi tagline mereka . Kata Tuan Fairiz “MISI kami adalah memberikan perkhidmatan yang terbaik dan mesra kepada setiap pelanggan dan menyajikan menu yang lazat pada harga yang murah” bukan aku yang kata tau.

Tuan Fairiz sedang berkongsi kisah dan sejarah awal pembukaan Restoran Nelayan

Harga Set Lunch Rm3.50 Termurah Di Bandaraya Kuala Lumpur

Masa aku terbaca flyers yang tercetak di atas meja , aku macam terkata dalam hati camni “biar betik lunchh hanya Rm 3.50 sahaja ?” takkan kot ??

Tapi lepas diterangkan memang benar ianya ada. Harga lunch Rm3.50 adalah termasuk nasi putih , sayur, pilihan lauk ayam goreng atau ikan goreng , pilihan kuah pula gulai kari , masak lemak dan asam pedas. Harga tersebut tetap sama untuk pelanggan yang nak makan disitu ataupun bungkus.

Aku tak nafikan tau , makanan dari Restoran Nelayan sedap sangat walaupun hanya mee goreng dan mihun goreng.

Pelbagai Pilihan Untuk Pelbagai Citarasa Di Restoran Nelayan Ampang

Selain dari 3 menu utama tadi, Restoran Nelayan juga ada menyajikan beberapa menu lain seperti masakan western , noodles selection, pasta selection, bowl selection , rice selection dan snacks selection untuk pilihan para pelanggan .

deretan mkanan pilihan

pasta carbonara

nasi goreng

So amacam ? cukup banyak tak pilihan makanan yang ada dibawah satu bumbung. Nak datang sini korang waze sahaja Restoran Nelayan Ampang . Ruang letak kereta pun luas dan percuma.

laksa johor

hati ayam masak kicap ni aku makan dengan nasi goreng

Kat situ pun kalau korang nak buat majlis makan-makan ker , majlis harijadi atau apa-apa majlis keraian pun boleh. Aku ada terfikir gak kalau nak buat majlis makan malam Kelab Blogger Ben Ashaari kat situ. Strategik sangat ! korang rasa camner ? ada nak usul tak kat boss kita nanti tempat nih ? **ehehehehehe

Malam tu jugak sambil makan , tetamu dihiburkan oleh Salma Mentor dan juga MC yang memang pandai nyanyi dan berceloteh.

jaga cik salma ..jaga

Apa Kata Aku ?

Sebagai penutup jujur aku katakan , apa yang aku suka dengan Restoran Nelayan Ampang ni , selain dari pelbagai pilihan makanan , kemudahan ruang parking , ada kemudahan surau .

View dari Restoran pun sejuk mata memandang . Sambil makan sambil lihat kenderaan lalu lalang , layan lampu-lampu neon dan dan angin sepoi-sepoi bandar Ampang . Pendek kata memang syokk lepak sini sambil membawang dengan kawan-kawan sehati sejiwa. **ecececece

paling last balik sebab sedap membawang kat sini

Alamat Untuk Di Hubungi

Restoran Nelayan Ampang
( Landmark : Crew Planet Cafe)
33A-1 Jalan AWF 1
Ampang Waterfront
58000 Ampang Selangor

Phone : 019-293 1397

Waktu Operasi
Selasa – Ahad (Isnin Tutup)
11am – 12 am

Facebook : Restoran Nelayan Ampang

Instagram : Restoran Nelayan Ampang

Categorized in: