Nama Cafe Cerita Kambing rasanya dah tak asing buat warga Shah Alam. Untuk pengetahuan korang awal tahun 2018 ni Cafe Cerita Kambing telah berpindah lokasi ke Anjung 7 , Shah Alam. Landmark paling senang nak cari kalau tak tahu kat mana Anjung 7 , korang boleh waze atau pergi terus ke belakang UNISEL tu haa. Nanti jumpalah.
Kat situ kawasan luas dan parking pun banyak serta Percuma.
BUFFET RAMADHAN MAMPU BAYAR
Dah 2 tahun berturut aku tak pernah gagal untuk berbuka puasa dengan Buffet Ramadhan Cafe Cerita Kambing. Selain dari sedap, harga Buffet Ramadhan Cafe Cerita Kambing memang mampu bayar sebab murah dan sangat berpatutan. No wonder pelanggan setia CCK akan tetap mencari dan datang walau dimana lokasi CCK beroperasi.
Pernah sekali tu lokasi Buffet Ramadhan telah ditukar ke pinggir Shah Alam tapi bagi yang tahu bertapa lazat dan istimewanya hidangan Buffet Ramadhan yang disediakan oleh Chef Zack, pergilah celah mana pasti akan ada yang follow.
So, bagi korang yang masih tercari-cari lokasi nak berbuka puasa diluar bersama keluarga dan rakan-rakan di sekitar Shah Alam. Suka untuk aku syorkan Buffet Ramadhan Cafe Cerita Kambing ni kepada korang semua.
Antara menu utama terbaik yang merupakan signature dish Cafe Cerita Kambing ialah Nasi Briyani ,Kambing Masala dan Kambing Salai dengan Sos Black Pepper ciptaan Chef Zack sendiri.

ngencesss

kambing + sos black pepper
Untuk yang nak makan nasi putih pulak, akan ada beberapa menu kampung yang bakal mengimbau kembali nostalgia berbuka puasa dikampung halaman.
Tak lupa Ayam Masak Merah yang sedap dan memang menjadi kegemaran aku. ( menulisnya pun dah membuat air liur aku pecah dan terasa-rasa bertapa sedapnya ….)

ayam masak merah
Lagi satu menu yang aku memang akan makan dan tambah 2 3 kali semestinya Laksa Johor, entah kenapa Laksa Johor air tangan Kak Yan ni ada rasa sentuhan kasih sayang. Bila makan jer aku terus teringat first time aku makan Laksa Johor ni masa aku kecik kat daerah Johor, daerah Johor belah mana jer aku tak ingat.

kuah laksa johor yang sedap dan pekat
Oleh kerana namapun buffet kan, jadi aku bebas nak makan Laksa Johor sebanyak mana yang aku nak.
Bab pencuci mulut pun sedap, nampak simple jer tapi kuih muih yang dihidangkan pun semua sedap dan menepati selera aku. Memang kuih muih tu semuanya ditempah khas dari pakar pembuat kuih muih tradisi Melayu dirumah.

ada kurma

pelbagai kuih talam

donut gebu

tapai ubi pun ada…bagus untuk perut

kuih kemboja atau pecah 8
HARGA BUFFET RAMADHAN 2018 CAFE CERITA KAMBING
Apa lagi korang nak tahu ? Oh ! ok, kita cerita bab harga pulak. Berbaloi atau tak harga buffet yang dikenakan ? Bagi aku harga sangat reasonable dengan 33 jenis juadah dan hidangan utamanya pulak adalah kambing.
Dan ini adalah harga Buffet Ramadhan Cerita Kambing untuk tahun 2018
Dewasa : Rm33.90
Kanak-Kanak 7-12 : Rm17
Kompleks Anjung 7, Jalan Tungsten 7/23 Shah Alam
Call / Whatsapp : http://wasap.my/60192816308/buffetramadhan
Call/ Whatsapp : http://wasap.my/60122813848/buffetramadhan
Call/ Whatsapp : http://wasap.my/60136186825/buffetramadhan
BUAT TEMPAHAN AWAL
Oh yer , kalau nak datang tu jangan main serbu jer tau. Call atau wasap sehari sebelum datang atau selewat-lewatnya sebelum jam 3 petang jika korang bercadang nak datang ke Buffet Ramadhan Cafe Cerita Kambing.
Aku pernah datang ke Buffet Ramadhan CCK dengan main serbu jer tak booking, agak last minit jugaklah sampai dalam 30 minit lagi nak berbuka puasa, sekali takder meja daaa , mujur pengurusan Cafe Cerita Kambing ni cekap dan tak nak menghampakan pelanggan . Diorang cari dan sediakan jugak table untuk aku sekeluarga.
HIDANGAN DULANG SELEPAS BULAN RAMADHAN
Tapi jangan risau, kalau korang tak sempat nak datang time Buffet Ramadhan, korang boleh datang selepas habis bulan Ramadhan.

indomie kambing kegemaran budak2

set dulang kambing + ayam

sup kambing makan masa tak sihat , lepas makan terus rasa sihat

ni kalau order ala carte
Aduyai… Terliur nengok kambing bersama sos black pepper tu.. Menyelerakan nya!
Harga berpatutan sangat!
Semua kuih muih tradisional, sedapnya!
ishhhh tensen.. nk jgk
sedapnya lahaii…kambing tu..pernah makan cafe cerita kambing ni dulu masa dekat anggerik, memang sedap
Sesuai untuk famili dan lepak lepak.