Alhamdulillah, 1 June ini selain dari rakyat Malaysia meraikan hari 0% GST, ada juga kawan-kawan kita yang kita kena raikan ulang tahun kelahiran mereka.
Salah seorangnya rakan blogger KBBA9, YB Shehan yang aku lebih senang panggil dia YB. Nama panggilan yang ringkas dan menjimatkan space.
Tapi bukanlah maksud YB tu Yang Berhormat, cuma katanya dulu YB tu maksudnya Young and Beautiful. Entah betul ker tidak Young and Beautiful tu korang nilailah sendiri.
Sebagai kawan yang baik tapi suka nganjing aku haahkan jerrr. ( ehehehehe…)
MACAMANA KENAL ?
Macam biasalah, boleh dikatakan 90% peratus blogger yang aku kenal semuanya dari group Kelab Blogger Ben Ashaari yang ditubuhkan oleh Ben Ashaari sendiri. Aku rasa, kalau dia tak buat camni, sampai bila-bila pun aku tak akan kenal mana-mana blogger.
Dan aku rasa masuk tahun ni dah tahun ke 3 aku mengenali insan bernama YB.
Jujurnya aku senang berkawan dengan dia. Bagi aku YB ni bukan sahaja cantik dan baik tapi pakej dengan bijak sekali.
Sejak dari awal kenal aku sentiasa positif dengan dia. Kenapa ? entahlah ! cuma kau yakin kehadiran kawan-kawan yang baik disisi kita juga adalah aturan dariNya. Kawan-kawan ni pun macam jodoh jugak, bila-bila boleh datang dan pergi.
Allah berhak tarik kawan-kawan yang tak sesuai untuk kita dan Allah juga mampu berikan kawan-kawan yang baik untuk kita.
Kalau ada kawan yang pergi dari kita tu bukanlah bermakna dia atau kita yang tak baik, cuma dia dan kita tak sesuai untuk berkawan lama-lama jer.
Walaupun belum cukup lama aku kenal dia tapi dia antara orang yang banyak bantu aku yang serba serbi tak pandai dalam hal ehwal blog. Dia sabar melayan soalan aku yang berulang kali dan sedaya upaya berusaha buat aku faham.
Adakalanya dia bukan sahaja melayan aku sebagai kawan tapi juga melayan aku seperti ahli keluarganya sendiri.
Dia juga antara orang luar yang boleh marah dan tegur kesalahan aku secara direct jika perlu tanpa aku terasa hati.
Kalau aku susah hati dan sedih dialah yang akan pujuk dan tenangkan aku. Dia sentiasa ada masa untuk aku.
Dalam masa yang sama aku juga kagum dengan semangat dan kecekalan hati dia yang memilih untuk bersama keluarga lebih dari kerjaya.
DOA DAN UCAPAN SEMPENA ULANG TAHUN KELAHIRAN
Maka pada hari ini sempena hari ulang tahun kelahiran dia , aku bermohon semoga Allah permudahkan segala urusannya , cukupkan segala keperluan dia dan tunaikan hasrat dan impian dihatinya.
اَللّٰهُمَّ اِنَّانَسْئَلُكَ سَلَامَةًفِى الدِّيْنِ، وَعَافِيَةًفِى الْجَسَدِوَزِيَادَةًفِى الْعِلْمِ وَبَرَكَةًفِى الرِّزْقِ وَتَوْبَةًقَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةًعِنْدَالْمَوْتِ وَمَغْفِرَةًبَعْدَالْمَوْتِ،اَللّٰهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِيْ سَكَرَاتِ الْمَوْتِ، وَنَجَاةًمِنَ النَّارِوَالْعَفْوَعِنْدَالْحِسَابِ
ALLAHUMMA INNA NAS-ALUKA SALAMATAN FIDDINII WA’AFIATAN FILJASADI WAZIYADATAN FIL’ILMI WABAROKATAN FIRRIZKI WATAUBATAN QABLALMAUTI WARAHMATAN ‘INDALMAUTI WAMAGFIRATAN BA’DAL MAUTI, ALLAHUMMA HAWWIN ‘ALAINA FISAKARAATIL MAUTI, WANAJAATAN MINANNAARI WAL AFWA INDAL HISAABI
Ertinya : Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada engkau akan keselamatan Agama dan kesihatan tubuh badan, dan tambahnya ilmu pengetahuan, dan keberkahan dalam rizki dan diampuni sebelum mati, dan mendapat rahmat waktu mati dan mendapat pengampunan sesudah mati. Ya Allah, mudahkan bagi kami waktu (sekarat) menghadapi mati, dan selamatkan dari siksa neraka, dan berilan pengampunan waktu hisab.
Kepada YB Shehan,
Terima kasih kerana sehingga ke hari ini YB masih setia berkawan dengan akak
Terima kasih sebab sentiasa ada untuk mendengar dan melayan karenah akak yang kadang normal kadang tak.
Terima kasih kerana tak pernah takut untuk tegur kesalahan akak.
Terima kasih juga sebab YB sentiasa menenangkan hati sewaktu akak bersedih dan tak pernah putus untuk memberi akak semangat sewaktu akak diuji.
Dan akhir sekali …
Terima kasih sebab sentiasa percaya dan menerima akak seadanya.
happy birthday yb!
terima kasih
So sweet kak long
kita pun sweet gak masa kat korea
Aamiin….
Best nya siap ada special entri.
Happy birthday shehan ♥
hahahaha special entri untuk orang special
perghh.. special tribute
Tu dia…special entri..moga persahabatan korang kekal selamanya…HB to She