Sekarang ni agaknya Nina mesti wonder kenapa aku tak wish apa2 ker dia. Ekceli birthday dia yang ke 18 tu semalam 11/12/2018 . Tapi aku kena trainlag sampai ke hari ini. Tengok phone kejap pun boleh tertidur.

Tapi aku tahu Nina ni sejenis manusia yang berpikiran positif jadi dia tak akan terbawak-bawak wondering dia tu sampai ke mimpi sampai hilang mood. Kalau aku bukan setakat hilang mood tapi siap pakej meroyan kat media sosial gituuu. Ekekekeke !

Walaupun agak terlewat tapi aku harap taklah terlewat sangat. 

Happy Bestday Nina Mirza !

Pastinya ai akan doakan segala yang terbaik untuk u. 

Kalau korang nak tahu Nina juga seorang blogger sama seperti aku. Kalau korang sejenis manusia yang rajin mengugel resepi tapi buatnya tak jugak , mesti korang pernah ternampak blog Nina ni.

Yes correct !! www.ninamirza.com itulah blog beliau.

So korang mesti nak tahu kan camner hubungan aku dengan seorang insan bernama Nina ? 

Ok meh baca alon2 atau orang jawa kata pelan2. Herherher !

Tarikh exact aku tak ingat. Tapi tahun tu aku ingat sebab itu adalah kali pertama aku turun pergi event blogger dan berjumpa dengan lain-lain penulis blog termasuk Ben Ashaari sendiri, iaitu founder Kelab Blogger Ben Ashaari.

Masa tu tahun 2015 tak silap aku Kelab Blogger Ben Ashaari , yakni kelab yang menghimpunkan seluruh blogger dari seluruh Malaysia ada event dengan Aman Palestine di sebuah hotel di Bangi. Itulah first time aku jumpa Nina. Orangnya kecik comel jer. Aku bajet umur dia muda dari aku ataupun baya2 aku. Rupanya fizikal tak melambangkan umur. Itu untung orang badan kecik , awet muda sokmo. 

Tapi bila aku dah anggap orang tu bawah umur dari aku dan dia pun jenis tak tekankan yang dia lagi tua dari aku maka idaklah aku gelarkan dia kakak. So aku cuma panggil dia Nina sahaja. 

Aku suka cara Nina yang sangat cool menangani sebarang situasi . Bukan jenis aku yang cepat baran tak kira masa. Tu yang bila aku berkawan dengan dia aku belajar untuk jadi lebih cool dan lebih positif . Kalau korang perasanlah kan aku memang dah kurang marah dan kurang kisah dengan perangai orang lain yang menjengkelkan aku. 

Pernah ada satu kes yang melibatkan aku dan Nina. Tapi Nina sangat2 cool , paling kuat pun dia cuma tanya “kenapa Nina…” dengan nada yang sangat rendah. Sedang aku “perhal libatkan aku ? nak mati ker apa ..?” dengan muka tak puas hati dan rasa nak lanyak jer mulut orang yang fitnahkan aku dan Nina. 

Tapi lepas Nina tunjuk penerimaan dia pada segala cabaran dan ujian . Aku mengalah dan aku ambik yang baik darinya untuk memperbaiki kehidupan aku. 

Nina juga seorang yang berani . Nampak jer macam kecik macam senang kena buli tapi enggak semudah itu dong. 

Adakalanya dia juga jadi seorang yang sangat merendah diri sesuai dengan saiznya. Tapi aku dan kawan2 lain selalu angkat dia naik ke atas agar dia tak perlu merasa seperti itu. 

Nina seorang yang sangat menghargai persahabatan. Dia juga seorang yang sangat setia. Walaupun Nina ni dah masuk kategori blogger yang hebat sebab sentiasa menjadi pilihan PR dan client, tapi Nina tetap setia bersama KBBA untuk berbahagi rezeki. Pendek kata aku belum pernah nampak unsur2 riak sombong dia apatah lagi kekwat dalam dunia blogging walaupun dia boleh sahaja berbuat begitu. 

Selain dari hebat dalam dunia blogging. Cara dia menguruskan keluarga juga sentiasa aku jadikan contoh. Anak-anak Nina sangat berdisiplin. Masing-masing memainkan peranan dan sangat bekerjasama. Dia juga ada suami yang sentiasa menjadi penyokong nombor 1 dia . Mendengar kisah Nina dan suaminya yang dipanggil Geng juga sangat sweet. Its like macam kau tengah dengar kisah cinta Awie dan Erra Fazira waktu muda-muda dulu. 

Dan aku juga lebih mengenali Nina bila aku dan 2 kawan aku yang lain pergi cuti bersama ke Hatyai baru-baru ni. 

Kebanyakkan masa aku disana banyak habis berjalan bersama Nina. Walaupun Nina agak tak sihat dari sebelum pergi tapi demi janji dan demi persahabatan kami dia gigihkan diri juga untuk bangun dan berjalan menikmati negara orang. 

Last but not least ( kenapa orang suka guna idiom ni yer ? kalau translate bulat2 mesti buruk maknanya….) 

Aku doakan semoga kehidupan Nina dan keluarganya akan sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Diberi kesembuhan jika sakit , diberi kesenangan jika susah , diberi kegembiraan jika sedih , diberi kemudahan dalam urusan rezeki untuknya sekeluarga dan semoga persahabatan aku dan Nina juga diberkati yang maha esa dan maha kuasa diatas segala-galanya.

Love u Nina and happy bestday , please stay strong and always stay cute. 

Categorized in: