Hai anak , celik mata pagi hari , dah bangun tak boleh berdiri sendiri , disuruh mandi menghentak-hentak kaki …belum lagi bergaduh sesama sendiri .
Hai anak , makan pakai sudah disiapkan , itupun selalu salah menyalahkan , walhal dari malam sudah mama arahkan…sebelum lena siapkan segala kelengkapan .
Hai anak , cara lembut mama dahulukan , jika tidak rotan yang akan mama berikan , bukan sebab mama tidak sayang…itu tujuan mendidik sebagai pengajaran .
Hai anak , mama ini memberi tahu , jadikan diri sebagai orang berilmu , taat’lah apa yang diperintahkan kepadamu…agar sepanjang hidup tidak dikuasai ragu .
Hai anak , tiada harta dapat mama berikan , kerana mama bukan orang berpelajaran , hanya doa yang dapat mama iringkan…semoga kamu semua menjadi insan yang beriman .
Hai Anak by Halim Ahmad
Hai Anak
Penyejuk Mata
Penawar Hati
Yang Duka Lara
Teringatkanmu
Menghibur ayah
Juga Mama
Hai Anak
Kau Di Antara
Berjuta Nikmat
Yang Dikurnia
Amanah Buat
Ayah dan Mama
Jariah Kami
Dalam Menuju Ke Syurga
Chorus:
Hai Anak
Kau Dibesarkan
Dengan Kasih Sayang
Dengan Harapan
Menjadi Insan
Yang Beriman
Memberi Manfaat
Buat Seluruh Umat
Hai Anak
Kami Tak Minta
Untuk Hidup Mewah
Cukup Sekadar
Dengan Melihat Dirimu
Engkau Mencintai Allah
‘HAI ANAK’
Lagu/Lirik : Halim Ahamd
Susunan Muzik : Halim Ahmad
Penyusun Strings : Faridzz Roli TagiSembilan
Ukulele : Halim Ahmad/Along Exists
Drum : Ayie Spider
Bass : Kelly
Studio Rakaman (Live Music) : Ada Studio
Studio Rakaman (Vokal) : Neurotic Studio
Mixing : Greg Syafiq Henderson
Mastering : CL Toh
Konsep Video/Suntingan/Rakaman : Halim Ahmad
Hakcipta: Neurotic Studio (2016)
X pernah dengar. Fuh..
YB Shehan recently posted…FUNGSI WINDOWS BUTTON DI KEYBOARD ANDA
tapi bestkan….
Sedih bila membaca rangkap demi rangkap senikata lagu ni… 🙁
Anuar recently posted…Giveaway Carian Homestay Malaysia
sebab tepat dengan apa yang kita rasa…
Tetiba rindu sgt kat anak anak, tak sabaq nak balik keja ni
teringat dan rasa rindu walaupun anak depan mata jerrrr
anak yg soleh adalah saah satu kunci syurga..
yup setuju
Semoga kita menjadi anak soleh kepada ibubapa kita.
Shiqeen Sattar recently posted…Buffet Ramadhan Vivatel Hotel ala Sajian Ibunda