Sewaktu aku sedang bertugas di Bandung, aku menerima perkhabaran gembira dari Malaysia. Terpampang wajah kakak dengan keptusan PT3 yang tak berapa jelas. Cumanya aku dikhabarkan oleh biras aku yang kakak dapat 10A dalam peperiksaan PT3.

Sebenarnya aku tak tahu nak react keputusan kakak tu bagus ker tak ? Almaklumlah aku mana pernah hadap peperiksaan besar dalam hidup. Paling besar pun UPSR. Ni lagi PT3 memang aku tak tahulah samada bagus ker tidak keputusan tu.
Bagi aku 10A tu mungkin biasa2 kot cuma orang lain jer rasa hebat. Dalam hati aku asyik tertanya , hebat sangat ker kalau PT3 dapat 10A ?
Jadi aku hanya up sahaja dengan ucapan tahniah. Tak terfikir nak berbangga langsung, cuma sebagai mak aku wajib bangga dengan apa sahaja keputusan yang dia dapat sebab aku tahu dia dah berusaha.
Terima kasih pada yang sudi ucapkan tahniah kat wall aku tempoh hari.
So sampai KLIA aku disambut oleh dd dan kakak. Tapi aku lupa aku peluk cium siapa dulu. Hati mana tak gembira kan dapat jumpa keluarga yang kita tinggalkan. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk berjumpa lagi. Kalaulah ajal aku kat luar negara mesti diorang sedih.
Ehhh bukan itu aku nak cerita yer gais.
Dalam perjalanan pulang dd bagitahu aku sesuatu. Mama nak tahu tak ? kakak tu walau dapat 10A tapi 2 subjek kakak tak capai gred yang sekolah nak. Usul Ad Din kakak dapat C manakala subjek Syariah kakak dapat D. So kakak kena buat rayuan kalau nak sekolah balik kat situ.
Aku pun macam tepuk dahi dulu then baru “whatt..?? biar betik ???”
Tapi itulah dah sekolah nak gitu maka begitulah ko kena buat. 10A yang kakak dapat tu memang macam takder nilai pulak rasanya. Sedih pun ada tapi itulah prosudernya. Sekolah ni antara sekolah aliran sains terbaik di Selangor gais haruslah memilih yang terbaik juga sebagai muridnya.
Ikutkan akupun dalam situasi bingung dan pelik tapi opkos aku tak boleh tunjuk depan anak2. Aku hanya mampu bagi dia galakkan dan sokongan penuh padanya.
Dan tiberrr aku teringat satu ayat yang aku dengar dari mulut seseorang bercakap dengan salah seorang anak peserta trip Bandung yang juga mengambil PT3.
Katanya , takper dapat result macam tu ” its not the end of the world..”
Dan aku cakap benda yang sama pada kakak juga, kalau ikut dia memang givap nak sekolah situ dan nak pindah sekolah biasa sahaja sebab dia rasa dia tak boleh bawak subjek2 tersebut yang dalam bahasa arab.
Tapi aku kata padanya yang kat sinilah kakak boleh belajar lebih dari sekolah biasa.
Mungin kakak tak cemerlang subjek tersebut tapi at least kakak dah tahu sebab kakak dah pernah belajar. Jangan ada rasa putus asa dan teruskan sahaja.
Mama akan buat rayuan supaya sekolah terima kakak balik. Tapi kalau sekolah tu rejek jugak anggap jer dah tak rezeki, tapi mama dan ayah akan usahakan cari sekolah lain yang bagus dan nak terima kakak dengan keputusan yang kakak dapat.
So gaiss,tadi aku baru selesai print surat rayuan dan esok nak hantar rayuan kat sekolah tersebut dan mohon doakan semoga kakak diterima masuk sekolah tu kembali.
InsyaAllah , Aminn.
agree, kakak dah buat yang terbaik tu..bukan mudah tau..respect you kakak