Pejam celik pejam celik kurang 10 hari sahaja lagi kita dah nak beraya. Nak rentas negeri balik kampung pulak tak boleh. Tapi raya tetap kena diraikan.

Ok gais please jangan sedih-sedih. Aku faham perasaan korang. Sebab tu aku nak tunjuk dengan korang 1 aplikasi dari F&N yang bagi aku sangat-sangat membantu aku dan juga akan membantu korang semua pada saat perayaan semakin hampir.

Pernah dengar tak apa itu F&N Life ?

Apa Itu F&N Life ?

Ok secara umumnya F&N Life adalah satu aplikasi untuk memudahkan pelanggan membeli produk-produk keluaran F&N secara online.

Bukan setakat kita boleh membeli produk dari F&N yang berada dipasaran. Tapi Yang bestnya dalam aplikasi tersebut ada produk-produk Edisi Terhad dan juga pakej-pakej bundle tertentu.

Dan lagi menggunakan apps F&N Life ni bukan sahaja kita boleh beli untuk diri sendiri tapi boleh juga beli dan kirimkan kepada orang lain. Kos delivery juga sangat murah berbanding jika menggunakan perkhidmatan kurier dan juga boleh jadi PERCUMA untuk penghantaran sekitar Lembah Klang jika membuat pembelian dengan nilai tertentu.

Ok faham dah semua ? kalau dah sekarang jom kita download F&N Life dan lihat bagaimana ianya berfungsi dan bagaiman ia bakal menyenangkan kehidupan dan keingian korang semua.

1. Download aplikasi F&N Life di App Store atau Play Store

2. Di “ACCOUNT” register maklumat diri seperti nama, alamat, nombor telefon dan email yang betul

3. Pilih “GANDAKAN GANJARAN BERSAMA F&N LIFE”

4. Pilih mana-mana bundle yang berkenan dan “ADD TO CART”

5. Buat pembayaran

6. Tunggu penghantaran sampai ke rumah.

Amacam ? Mudah sangat kan. Caranya sama jer macam korang buat pembelian online yang lain.

Lihat Video Tutorial

https://www.youtube.com/watch?v=7WUy671DcZ8

Apa Pilihan Aku ?

Ok biasanya kalau nak raya mesti tak sah kalau takder air berkarbonatkan. Sesekali apa salahnya, lagipun hari lain memang aku jarang sangat minum air bergas kecuali hari raya. Dan jenama pilihan aku semestinya dari F&N. Aku pilih F&N sebab variasi perisa airnya yang pelbagai, lebih sedap dan lebih banyak berbanding jenama yang lain.

Untuk itu aku pilih pakej BB Raya Bundle.

Dan tahun ni pulak F&N telah mengeluarkan Air Bandung Edisi Terhad. Aku yang tengok buat kali pertama terus rasa tak sabar nak beli. Terus terbayangkan kalau minum air bandung F&N tambah aiskrim vanilla. Fuhhhh heaven sihh.

Tapi bukan itu sahaja yer. Aku juga pilih lagi satu bundle iaitu Masak-Masak Raya Bundle sebagai persedian untuk memasak juadah pada Hari Raya nanti.

So kita tunggu barang sampai dulu dan aku akan kongsi dengan korang apa menu yang aku akan sediakan dari bundle-bundle tersebut.

Maklumat lanjut ada dibawah :

Website : https://fnlife.com.my/campaign/gandakanganjaranbersamafnlife
Facebook : https://www.facebook.com/FnNFunMalaysia
Instagram : https://www.instagram.com/fn.life/

Selamat Mencuba !

Categorized in: