Marathon semalam aku tengok 3 filem zombie . Train To Busan , World War Z dan I Am Legend . 3 filem zombie ni semuanya ada kelemahan dan kekuatan tersendiri temasuk Zombi Kampung Pisang .
Aku memang benci tengok citer seram-seram nih sebenarnya . Tapi lepas tengok TTB yang tak seram terus aku nak tengok WWZ yang aku pernah bukak nak tengok tapi akhirnya WWZ yang tengok aku sebab aku tertidur daaa …yang IAL pulak aku tahu pelakon dia Will Smith jer ..jalan citer apa semua aku tak tahu …tapi lepas tengok kak Nur Misnan up status pasal TTB , WWZ ngan IAL lagilah mengundang rasa ingin tahu aku nak tonton jalan ceritanya .
Well aku tak sekolah dan tak kerja..maka bolehlah aku ber full movie ikut suka aku..yer dakk …? ehehehe
Zombie Ganas Dan Bijak Sebab Ada Ketua Bahagian
Sebenarnya juga aku tak biasa tengok zombie yang ganas , boleh lari laju , boleh melompat dan memanjat . Biasanya aku tengok zombie jalan lembab jer macam zombie dalam Walking Dead . Mungkin sebab dah lama tak layan citer zombie maka aku tak pasti bila zombie mula berevolusi jadi ganas , kuat lari , boleh lompat dan memanjat .
Jadi filem TTB ni macam permulaan aku tengok zombie yang dah upgred . Makanya aku feeling kelakar bila zombie TTB ni aktif semacam . Dan yang bagusnya filem TTB telah buat aku hilang terus rasa seram terhadap zombie .
Itu pasal aku layan terus tengok WWZ ngan IAL sebab aku nak tengok apa perbezaan zombie-zombie tu semua .
Perangai Zombie Lebih Kurang Manusia Biasa ?
Rupanya semua sama , aktif dan ganas . Tapi zombie TTB ( Train To Busan ) dan zombie WWZ ( World War Z ) tak pandai buka pintu dan zombie IAL ( I Am Legend ) pulak zombie bijak …boleh pikir , boleh merancang , ada ketua dan zombie IAL terer buat perangkap , boleh bertolak ansur dan takut cahaya . Zombie TTB ngan zombie WWZ pulak bongok -bongok sikit , tak pandai bukak pintu , sensitif ngan bunyi walaupun diorang tak takut cahaya dan bebas berkeliaran ditengah-tengah panas .
Zombie TTB juga boleh hilang deria melihat bila waktu gelap…no wonder zombie TTB boleh beraksi time siang ngan terang jerr . Beza ngan zombie WWZ , terang siang ker gelap malam ker aktif saja .
Dan aku dah tahu apa punca Busan dijangkiti virus zombie …korang kena tengok WWZ baru korang tahu …
Dekat situ ada jawapan’nya ..virus zombie dari WWZ telah menjangkiti salah seorang doktor kat Korea yang tengah rawat askar yang dibawa dari Israel .
Mungkin doktor Korea tu dah dijangkiti virus dan tu yang tersebar terus sampai ker TTB….hahahaha acah jerrrr
So itu sahaja komplen aku pasal citer zombie . Entry aku nak kutuk TTB sahaja aku delete sebab aku tak sangka zombie alaf 21 dah boleh lari laju . Apapun Zombie Kampung Pisang jugak yang best .
Sekalipun kita dah jadi zombie , jangan derhaka ngan ketua dan sentiasa patuh pada arahan . Itulah zombi IAL punya polisi dan tengok apa nasib zombie TTB ngan WWZ yang takder ketua ? kan dah kucar kacir jadinya …
Hidup zombie !!! hidup Zombi Kampung Pisang !!!! ahahahaha
I am legend for sure. Olahan & jalan cerita, penghayatan karakter, teknik penggambaran & CGI I am Legend antara yang terbaik pernah saya tengok untuk genre zombie ni. Start je tengok filem tu dah boleh rasa suasana dan environment post apocalypse tu. Seram, sedih, sebak, semua feeling ada masa tengok cerita tu hehe. The Walking Dead pun ok, jalan cerita memang tip top tapi kena tengok dari season 1, zombienye memang slow tapi make up & kostum zombie memang menjadi. WWZ macam chaotic, agak kelam kabut jalan cerita dia, tapi zombienye memang menakutkan. TTB macam average, overrated sikit tapi tak mengecewakan & jalan cerita memang layan. Rata-rata kebanyakan orang malaysia yang dah tengok TTB ni tak pernah tengok pun I am Legend & The Walking Dead rasanye, cuba suggestkan kengkawan tengok IAL, mesti tak tido malam hehe.
yup betul….pas tengok 3 filem tu semua memang lebih suka I AM Legend dari TTB dan WWZ…
feeling lonely …lagi2 lepas Sam dah mati….berdebar sangat masa dia pengsan dan tergantung sebab kena jerat dengan ketua zombie…
TTB pulak macam sambungan WWZ …
saya rasa…u punya ulasan tentang 3 filem zombie ni juga adalah ulasan yg terbaik ….tq tq
I Am Legend paling best.. Zombie Kampung Pisah pun layan jugak..
Cerita “Warm Bodies” dah tengok? Kisah zombie dan manusia bercinta.. Hehe..
Anarm recently posted…Tukar Nama Facebook Guna Nama Sebenar
oooo ok macam menarik kisah tu walaupun agak pelik ….zombie ni biasanya tak berakal kan…? hahahaha tapi takper…alang-alang nak jadi peminat zombie kenalah tengok gak….tq tq