Sebelum aku share dengan korang pasal khasiat dan kebaikkan mengambil EM Drink Plus ni yang telah menjadi asbab akan sembuhnya sakit yang aku tanggung hampir sebulan lamanya. Izinkan aku berkongsi juga apa yang terjadi pada aku sebenar-benarnya.

Yang penting aku rasa bersyukur sebab akhirnya kini aku kembali sihat dan dapat menjalani segala aktiviti harian dengan normal selepas hampir 1 bulan menahan rasa sakit yang teramat sangat.

Memang kemurungan aku sebab banyak benda yang aku tak boleh buat sejak jatuh terhempas dari permainan Banana Boat. Lepas ni siapa-siapa ajak aku naik Banana Boat memang aku tak akan ikut. Taubattttt okey ! Biarlah itu jadi pengalaman pertama dan terakhir aku menaiki Banana Boat untuk seumur hidup.

BANANA BOAT

Dapat Sakit Kerana Banana Boat

Memang susah orang nak percaya jatuh terhempas air tu sakit, tapi percayalah yang ianya benar. Doktor sendiri kata sakit jatuh terhempas atas air sama macam kemalangan atas darat juga. Tapi aku punya sakit ni bukan sebab jatuh terhempas atas air semata tapi siap pakej kena flying kick dengan peserta lain yang duduk depan aku.

Bukan salah dia pun sebab benda ni berlaku terlalu spontan dan pantas. Know-know kau dah terlentang atas air. Masa aku naik atas boat pun ramai yang tegur mulut aku berdarah. Memang rahang aku rasa sangat sakit then bila cek betul-betul rupanya dah berlebam dan bengkak. Percaya tak yang sampai sekarang dagu aku ada kesan lekuk impact kena flying kick.

Khasiat Dan Kebaikkan Mengambil EM Drink Plus

Tapi tak apalah, yang tu bagi aku sikit jer berbanding kesan sakit dekat rusuk aku yang membuatkan hidup aku agak tak normal hampir sebulan lamanya.

Mujurlah aku sentiasa bertenang dan sentiasa percaya tiap-tiap penyakit tu ada ubatnya, cuma belum jumpa jer padahal benda dah ada lama depan mata.

Pain Killer Hanya Sementara

Kisahnya macamani, masa aku balik dari Sabah hari tu aku sebenarnya tengah cedera dalaman. Walaupun badan aku takder kesan lebam tapi boleh rasa bengkaknya. Turun flight sampai rumah letak barang semua terus aku pergi klinik 24 jam untuk dapatkan rawatan.

Ikutkan waktu dalam flight tu sebenarnya pun aku memang tengah merana menahan sakit yang teramat. Sakitnya tu sampai nak bernafas pun susah. Dia macam rasa paru-paru kau terhimpit dengan tulang hingga menyebabkan ia tak dapat nak mengembang dengan baik. Sampaikan nak makan pun takder selera. Tapi aku kuatkan semangat untuk terus bertahan sehingga mendarat.

And setelah doktor tahu apa yang terjadi . Doktor bagi aku injection untuk tahan sakit , dan ubat-ubat berkaitan seperti kurangkan bengkak , panadol dan pain killer.

Seminggu berlalu sakit aku langsung tak berkurang malah bertambah sakit. Aku tak dapat nak solat dengan normal. Tiap kali aku rukuk atau sujud rasa macam jantung ker paru-paru aku bergerak sama dan menyebabkan aku rasa sakit dan susah nak bernafas.

Kalau aku dah baring menelentang maka aku kena cuba kekalkan posisi tersebut. Rusuk kiri aku terasa sangat sakit sewaktu aku buat kerja. ketawa pun sakit sampai aku kena tekan dada aku supaya gegaran dari ketawa tu tak terasa sangat.

Time aku makan pain killer memang rasa lega sikit tapi bila kesan pain killer hilang memang sakit dia tak boleh bawak bincang langsung.

Buat X-Ray Dan Urutan

Bimbang mungkin dalaman aku memang ada cedera jadi sehari dua sebelum puasa aku pergi ke HPUPM untuk buat X-Ray.

Alhamdulillah result X-Ray menunjukkan tiada mana-mana tulang aku yang retak atau patah. Tapi itulah sakitnya tuhan sahaja yang tahu. Sampaikan doktor terpaksa jugak inject aku dengan ubat tahan sakit supaya aku dapat bergerak dengan mudah.

Bila makan ubat tak jalan jadi DD cuba panggil tukang urut. Aku pun buat jer. Namapun usaha. Aku ni dahlah sakit kena urut lagilah sakit. Tapi lepas 3 hari bahagian badan lain yang sakit-sakit tu memang ok.

Tapi bahagian rusuk aku jer masih tak baik-baik dan aku masih tetap kena guna kerusi untuk solat sebab aku tak boleh rukuk dan sujud dengan sempurna.

Terima Kasih EM Drink Plus

Entah macamana satu hari tu aku tergerak hati contact founder EM Drink iaitu Puan Wird . Aku bagitahu masalah kesihatan aku padanya, dan aku juga bagitahu yang aku tengah on pain killer so tak dapat nak mencuba lagi EM Drink ni.

Tapi kata Puan Wird sebaiknya aku ambik masa tengah sakit supaya aku boleh dapat kesan dn kebaikkan dia. Jadi aku pun stop ambik pain killer selama 3 hari. Lepas 3 hari baru aku mula minum EM Drink Plus.

EM DRINK PLUS

Masa mula-mula minum rasa aku rasa macam cuka epal tapi taklah semasam cuka epal. Aku minum begitu sahaja tanpa campur air. Yang bagusnya EM Drink Plus ni kita boleh ambik bila-bila masa sahaja tanpa dos tertentu.

Cara Mengambil EM Drink Plus

EM Drink Plus ni boleh minum begitu sahaja atau dicampur bersama air. Selepas tu banyakkan minum air kosong.

KELEBIHAN EM DRINK PLUS
CARA MENGAMBIL EM DRINK PLUS
APA ITU EM DRINK PLUS

Setiap Rumah Perlu Ada EM Drink Plus

Apapun berbalik kepada izin Allah SWT , lepas aku dah cuba pelbagai ubat dan rawatan rupanya penawarnya ada pada EM Drink Plus.

Siapa tak happy kan ? Terus aku wasap founder EM Drink Plus dan bagitahu yang EM Drink bagus untuk aku. And ada sekali tu masa mak sembelit pun aku bancuhkan juga EM Drink Plus ni untuk mak minum dan Alhamdulillah lepas minum sembelit mak pun hilang.

TESTIMONI EMD

EM Drink Plus bukan ubat, sebab itu ianya tak perlu sukatan tertentu. Dan bagi aku setiap rumah perlu ada sebotol dua EM Drink Plus ni sebagai alternatif untuk rawatan.

Bahan-bahan yang terkandung dalam EM Drink Plus juga semuanya memang terbaik untuk keperluan tubuh badan kita. So sangat-sangat selamat untuk diambil semua golongan baik kanak-kanak hinggalah orang dewasa.

Aku tak naklah overclaimed atau jelaskan secra terperinci kata apa penyakit yang EM Drink ni boleh rawat tapi secara jelasnya ia untuk pelbagai kegunaan. Bukan setakat untuk diminum tapi kalau nak sapu dekat kulit muka bermasalah macam untuk muka berjerawat pun boleh. Maksud aku boleh jadikan ianya seperti toner.

Banyakkan khasiat dia. Dan ini antara soalan popular untuk EM Drink Plus yang orang akan tanya.

EM Drink Plus Untuk Pesakit Positif Covid-19

And tahu tak yang EM Drink ni juga bagus untuk mereka yang tengah positif covid dan yang tengah post covid.

Sebab tu aku harap mana yang sedang membaca blog aku ni sila dapatkan EM Drink Plus sebagai backup. Lagilah sekarang dengan dah masuk fasa endemiknya. Covid-19 masih berbahaya untuk kita semua.

Aku sendiri sudah mengalami sakitnya dijangkiti Covid-19 cuma masa tu tak berjodoh lagi dengan EM Drink.

Baca : Pengalaman Dijangkiti Covid-19

Ikutkan banyak lagi testimoni EM Drink Plus yang aku nak share dengan korang tapi cukuplah apa yang ada sekali termasuk testimoni sebenar dari aku sendiri.

So gais pada yang nak mencuba atau nak tahu lebih lanjut lagi mengenai khasiat dan kebaikkan EM Drink Plus boleh terus hubungi :

Website : https://emdrinkpluss.com

Instagram : @emdrinkplus_hq/

Selamat Mencuba !

Categorized in: