Ramadan Mubarak! Ramadan Kareem!
Assalamualaikum semua. Entry kali ni aku nak share dengan korang salah satu cara nak bayar zakat fitrah di musim wabak Covid19. Saat-saat ini mesti hati semua tengah rasa sayu dan sedih sebab rasanya ini kali pertama kita bahkan seluruh umat Islam di dunia melaksanakan ibadah puasa dalam situasi wabak yang sangat berbahaya.

Jangan kat nak berbuka puasa di luar rumah, nak bersolat terawih kat masjid lagilah tak boleh. Biasanya dalam pukul 12 tengah malam aku suka bukak TV Al-Hijrah sebab nak layan live solat terawih dari Masjidil Haram. Tapi tahun ni aku tak bukak TV langsung sebab belum bukak pun dada aku dah berombak menahan rasa sedih dan pilu melihat kawasan Kaabah yang kosong.
BACA : BUKTI PEGAWAI ZAKAT PEMALAS
Namun begitu sebagai umat Islam yang beriman dan beramal dengan ajarannya, kita kena percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Bagi aku terlalu banyak hikmahnya sampai aku sendiri tak dapat nak huraikan. Tapi bagi mereka yang berfikir dan sentiasa beriman dengan Qada – Qadar pasti korang juga akan rasa seperti apa yang aku rasa.
InsyaAllah bagaimana sekalipun keadaan di luar sana, pastikan ia sedikit pun tidak akan mengurangi cara kita meneruskan ibadah.
Walaupun korang rasa macam kurang feel sebab tak dapat berjabat tangan dengan amil untuk membayar zakat fitrah, masih ada cara lain yang lebih selamat dan juga efisien.

Nampak tak ? Islam ini sangat mudah. Tak boleh buat cara begini kita boleh buat boleh dengan cara begitu.
E-ZAKAT PAY ? MACAMANA TU ?
Haa macamana tu ?
Ok , memanglah sebelum ni ada jer orang bayar zakat secara online tapi cara ni tidaklah di guna pakai sebegitu meluas dan dipraktikkan oleh semua orang.
Lembaga Zakat Selangor juga tidak ketinggalan menyediakan platform mudah untuk pembayar zakat di Selangor melalui apps Go Payz di Apps Store & Google Play.

Tetapi di sebabkan Ramadhan kali ini kita berhadapan dengan ujian yang besar sehingga kita kena menjaga jarak pergaulan. Maka cara paling selamat untuk semua orang bayar zakat firah kena gunakan kali ini ialah dengan membayar zakat secara online.
Jadi macamanakah caranya ?
Tenang yer gais tenang. Kat bawah ni aku dah siapkan tutorial mudah untuk korang follow. Tapi aku harap korang juga boleh tolong tunjuk ajar pada saudara mara , jiran-jiran dan kawan-kawan korang juga cara nak bayar zakat secara online.
BACA : BIADAP ! PEGAWAI ZAKAT GELEDAH PETI AIS RUMAH ASNAF
Kalau boleh cuba tanya-tanya pada orang-orang tua yang korang jumpa. Mungkin diorang pun tercari-cari kaunter zakat tapi tak jumpa. So apa salah korang yang celik teknologi ni bantu mereka. Pahala weihh pahala.

TUNAIKAN ZAKAT ANDA SECARA ONLINE MELALUI E-ZAKATPAY
- Log in : https://fpx.zakatselangor.com.my
- Isi maklumat peribadi yang di perlukan seperti nama , nombor KP , nombor telefon dan bilangan tanggungan.
- Pilih jenis zakat dan juga bayaran mengikut jenis beras yang korang makan dekat rumah seharian. Jangan menipu pulak yer sebab nak bayar kurang. Kalau dah memang korang tu kat rumah sepanjang tahun makan beras mahal macam beras wangi atau beras basmathi , maka korang kena pilih yang jenis itu sahaja . Ingat satu jer, menipu dosa nanti masuk api neraka.

- Pilih cara pembayaran , kalau korang nak bayar guna online banking macam Bank Islam , Maybank2u atau apa-apa bank pun boleh janji ada dalam senarai.

- Selepas tu baru isikan email sebab resit bayaran zakat korang akan di hantar melalui email korang.

- Haa sampai part ni baca niat zakat yer. Sendiri baca sendiri aminkanlah yer.

- Selesai. Alhamdulillah dan tahniah di ucapkan kerana korang dah berjaya menunaikan zakat fitrah bagi tahun ini kerana Allah Taala.
Macamana ? senang jer kan ? korang boleh buat kat smartphone korang jer. Dan bagi yang nak semak bayaran dan mendapatkan penyata zakat pulak korang boleh semak di sini : https://ezo.zakatselangor.com.my
BACA : APA ITU ZAKAT@FAMILY

Ibadah selesai, tanggungjawab tertunai!
dulu dulu p opis derang.. pastu dah tau online jer .. senang.. so dah dkt 5 thn byr online jer utk zakat simpanan semua tu