Dengan lafaz “bismillahirahmanirahim” dan syukur kehadrat Allah swt yg menemukan aku dengan program ini…dengan senang hati aku mengumumkan dan merasmikan kedai buku aku yg pertama ini…walau pun secara alam maya…takper..sekurang-kurangnya salah satu impian aku untuk memiliki book store atau kedai buku telah pun terlaksana….mungkin mula2 ni secara maya pasni esok lusa mungkin sebijik kedai buku aku boleh dirikan dan usahakan…insyaAllah…dengan usaha dan izin dari Allah semuanya boleh berlaku…
![]() |
my e-store sedia untuk berniaga 24jam sehari…. |
Sejak kecik aku memang suka membaca dan suka simpan buku2…tak kiralah buku apa…janji masyuk dengan hati dan otak…
Sehubungan dengan itu aku harap korang2 yg baik hati…yang comel2…yang kacak bergaya dan yg osem2 sudi2lah kiranya menyokong usaha aku ini….tak nak beli pun sebar2kan sikitlah akan kewujudan e-store book ini kepada yg lain2…
Aku sememangnya pembaca buku Solusi dan Al-Ustaz terbitan Stormreaders ni…kalo korang nak jadi ahli pun boleh…tak nak pun boleh…korang tak yah nak susah keluar cari buku2 ilmu yg berfaedah kat luar…kat e-store aku ni berlambak buku…korang tinggal pilih dan ikuti arahan selanjutnya….
![]() |
ada banyak buku dan juga produk kat e-store ni…. |
Kat e-store ni macam2 buku ada….tak silap aku ada lebih kurang seribu jenis….mungkin juga buku2 yg ada kat sini korang tak pernah nampak kat kedai buku yang biasa2….yg pastinya lepas korang masuk kat e-store ni…korang akan rasa macam seronok sangat sebab banyaknya buku yang best2…
![]() |
pastikan nama aku kat atas ni dulu sebagai pemilik e-store…baru beli…. |
Untuk tunjuk tanda sokongan korang pada aku dan juga perniagaan MLM buku2 yg pertama yg dimana ahli panel dan syariah serta penasihat Stormreaders ini ialah pendakwah dan penceramah bebas iaitu Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman <—tapi aku dengan ustaz ni bukanlah adik beradik…nama bapak jer sama…hehehe…dan lagi satu ustaz yg paling aku suka dengar pagi2 kat radio ikim.fm tentang tafsir Al-Quran…Ustaz Zahazan Mohamed <—aku ada buat satu entry tentang ustaz ni sebelum aku join Stormreaders…pasal ada org tersalah tulis dan kutuk Ustaz Zahazan….dan yes…akhirnya korang ter’tau jugak nama sebenar aku…nama hanya untuk urusan rasmi sahaja….oleh kerana aku anggap perniagaan dan jual beli yg akan bakal berlaku antara korang dan aku…yesss aku tak perlu rahsiakan siapa nama aku yg sebenarnya….itu nak membuktikan aku jujur dan ikhlas untuk berurusan.
Kat bawah ni aku CNP dari syarikat punya Informasi Korporat..
STORMREADERS NETWORK SDN BHD (819400-M) (AJL-93178) , ianya merupakan rangkaian usahawan muslim melalui perniagaan secara ” ONLINE ” yang menggunakan kaedah sistem affiliate dan pemasaran bertingkat (MLM). Istimewanya, sistem MLM yang digunakan oleh STORMREADERS NETWORK SDN BHD adalah berlandaskan Patuh Syariah (Syariah Compliant). Dua tokoh agama yang dilantik oleh Syarikat sebagai Penasihat Syariah adalah Ustaz Zaharuddin Abd Rahman dan Ustaz Dr Hj Zahazan Mohamed.Alhamdulillah, setelah sistem affiliate dan MLM berlandaskan Patuh Syariah ini dilancarkan, kini STORMREADERS NETWORK bukan sahaja mengedar buku-buku terbitan Telaga Biru sahaja, sebaliknya produk-produk penerbit lain seperti Ana Muslim, MustRead,Galeri Ilmu, Kemilau Publika, PTS dan Tabung Haji juga boleh didapati di dalam “Kedai Stormreaders”. Insyaallah, dimasa akan datang STORMREADERS NETWORK SDN BHD akan muncul sebagai ONE-STOP CENTRE kepada penerbit-penerbit di Malaysia dan luar negara. Ia tentunya akan memudahkan kita semua untuk memiliki produk, menambah ilmu dan menjana pendapatan bersama STORMREADERS NETWORK.
Sekian pengenalan pertama hari ini….insyaAllah aku akan cuba dan usaha yg terbaik untuk memajukan e-store ni…sokongan dari korang semua amat aku perlukan….kasi semangat sikit…mana tau kot sukses ni aku akan buat giveaway buku2 yg ada jual kat sini…sebagai langkah pertama aku akan buat cabutan bertuah sikit…harap korang berminat dan akan sokong aku…
![]() |
dua tokoh agama sebagai penasihat Stormreaders |
Sebleum terlupa…ini adalah alamat e-store aku yg patut dan mesti korang kunjungi… :-
http://www.stormreaders.net/saidila79
Sekian Terima Kasih…Wasalam…
Subhanallah..congrats dilla…ade gak kedai buku online sendiri kan..untung nyee…
nana…terima kasih….baru nak mula jer nana….kalo nana berminat nak ada e-store macamni pun boleh….takder masaalah….sangat senang….saya boleh bantu sikit2…rezeki allah luas…siap2 pun boleh memilikinya….terima kasih sekali lagi….
permulaan yg bagus. meniaga online pun ok, sesuai dengan trend sekarang semuanya di hujung jari 🙂
insyaallah amirez…harap2 sangat inaya akan berjaya…tak banyak sikit pun memadai..yg penting keberkatan dariNya….terima kasih atas komen kamu…