Lama nau2 tak buat entry personal kan kan. Sebolehnya aku nak jauhkan blog aku dari menjadi papan iklan macam blog blogger yang lain. Memang sesama blogger akan nampak macam asyukk jer blogger tu sebab asyik posting review produk itu ini. Tapi itulah lama kelamaan pembaca setia bosan dan nikmat menulis dan membaca tu akan semakin menipis dan menghilang.
Pastu pulak sekarang ni sekarang dah macam trend pulak orang nak cari duit menggunakan platform kat Youtube. Bukan orang biasa-biasa tapi ramai jugak penulis blog kini dah mula nak mencuba cabang baru dalam bidang You Tube.

Ada yang setuju ada yang tak. Macam aku sejenis tak kisah. Nak buat apapun buatlah. Asalkan benda tu bagus dan memberi manfaat. Cara orang nak cari maklumat pun dah tak sama macam dulu.
Kalau dulu mungkin kita kena jumpa orang tertentu atau kena pergi perpustakaan untuk menambah dan mencari maklumat. Sekarang semua dihujung jari.
Aku sendiri tak terkecuali ada channel Youtube sendiri. Dan akaun Youtube ni aku buat sejak tahun 2009 lagi, 8 oktober ni genaplah 10 tahun channel Youtube aku.

Tapi itulah subscriber pun tak sampai 1k lagi sehingga layak untuk di monetize oleh pihak adsense. Cuba orang popular buat, tak payah setahun , silap-silap tak sampai sebulan dah dapat 100k subs plus silver button plus dah jana pendapatan lagi.
Tapi aku dulu buat channel bukan sebab jana pendapatan tapi sebab nak abadikan video kenangan kehidupan sendiri jer. Dalam tahun ni jer baru kerja keras sikit dan buat research camner nak bagi channel youtube aku grow sekaligus mampu menjana pendapatan macam youtuber lain.
And rupanya nak naikkan channel Youtube ni taklah sesusah mana. Dia macam blog juga tapi ini vlog. Wajib gunakan teknik SEO, barulah channel ko dikenali walaupun kau tak popular.
BUAT CONTENT BERMANFAAT DAN JADILAH DIRI SENDIRI
Bila buat channel jangan tiru orang lain. Jadi jer diri sendiri biarpun kau tak perfect dan kekurangan equipment. Kau boleh buat macam-macam dengan channel kau contoh vlog mukbang atau makan-makan walaupun kau bukan Pian atau Shedot jauh sekali Rhys , tutorial pakai makeup walaupun kau bukan MUA , vlog travel walaupun kau bukan (err belum kenal lagi vlog traveller Malaysia yang menarik minat aku untuk follow) dan resepi serta cara masak walaupun kau bukan chef.
Dalam channel aku banyak jer video rojak. Ada pasal maasak2 , makan2, mekap2, travel , pasal kucing , pasal masyarakat dan pasal kesihatan.Ada orang kata nak buat vlog ke blog ke mesti ada niche. Sampai ke sudah aku tak faham tapi aku lebih senang guna lifestyle ataupun gaya hidup sebagai niche. Kadang aku begini kadang aku begitu. Tak hidup statik dengan satu situasi dan tema hidup.
So entry kali ni aku nak kongsi dengan korang pasal beberapa youtuber yang aku dah sub dan follow yang aku tak pernah missed tengok video diorang.
SUB ATAU UNSUB BILA PERLU
Ada gak youtubers yang aku follow pada mulanya sebab memula jer best, perkongsian bagus. Tapi lepas dapat silver button dia dah mula nampak content makin merepek dah serupa macam attention seekers.
Tajuk semua clickbait dan terlalu banyak drama, prank kawan dengan tunang sendirilah yang bagi aku terlalu banyak melalaikan dan banyak annoying. Itu BAGI AKU ! bagi orang lain entahlah yer. Sapa youtuber tu tak payah aku sebut. Dia sangat popular berbanding aku.
No wonder aku kawan aku cakap Youtuber ni banyak melalaikan orang dan dia elak dari terjebak. Well itu pilhan dia. Dan pilihan aku ialah aku pilih Youtuber yang bagus dan unsubscribe jer Youtuber yang hidup dalam dunia fantasi.
Ok nak tahu tak sapa Youtuber yang aku memang follow dan suka dengar diorang cakap walaupun diorang ni memang dalam bidang entertaiment tapi diorang tak buat kita yang melihat diorang ni sebagai sia-sia.
Hazeman Huzir – semua orang kenal siapa dia kan, host rancangan Motif Viral yang aku memang tak suka tengok dulu. Tapi sekarang aku sangat suka tengok dia bercakap dalam channel Youtube dia sebab nampak dia lebih bijak, lebih bebas bercakap dan lebih telus serta lebih mendekati hati para penonton.
Apa yang dia sampaikan kat channel dia sangat-sangat jujur dan kalau boleh aku nak dengar dia punya hujah dan pendapat jer sepanjang hari. Mulut agak lancang tapi dalam masa yang sama sangat jujur. Dia banyak ubah persepsi aku tentang kekurangan diri dan juga menjadikan aku orang yang lebih yakin untuk teruskan kehidupan.
Walaupun dia tak tahu dia sebenarnya dah banyak selamatkan orang dengan motivasi dia tentang hidup dan dia tak perlu jadi ustaz pun. Bagi aku Haze adalah anugerah.Semoga dia kekal memberi kebaikkan dan manfaat kepada orang lain dengan aura yang dia ada. (ehh panjang pulak aihh aku ulas pasal Haze ..bukan dia baca pun ..ekekeke)
Cardock – walaupun dia punya content banyak cerita tentang kereta , mekanikal , sport tapi ada content dia yang aku suka lagi-lagi tips Youtube. Cara dia sampaikan tips pun dalam cara paling sempoi dan logik.
Dia juga antara sebab aku dah tak kisah dengan apa orang kata pasal channel kita. Kata dia jangan pikir apa orang lain cakap, on kamera , rekod dan cakap jer terus asalkan apa yang kita buat tu original dari kita sendiri dan jangan give-up.
Brojep – banyak tips dan nasihat pasal youtube aku belajar dari dia. Malanganya dia kat Sabah. Kalau dekat nak jugak aku korek tips dari dia tentang content Youtube macamana sesuai dengan aku. Tapi cara penyampaian dia yang cool tu buat aku tak sabar nak tengok videonya yang lain.
Shaz – satu2nya Youtuber perempuan yang aku suka tengok. Sangat jujur dan selamba. Sebelum ni aku ada sub lagi sorang Youtuber perempuan yang popular gak, tapi aku dah unsub atas sebab-sebab yang kat atas tu menjadikan Youtuber perempuan yang aku follow sekarang hanyalah Shaz.
Shaz dan abang dia yang stay kat Swiss tu memang best. Content video Shaz yang aku suka adalah lifestyle dia yang kadang masak , buat mukbang sambil bebel dengan kawan-kawan dia , travel dan react dengan isu semasa.
Faizdickie – yang ni tak nafikan aku follow sebab aku kenal dia masa kami pergi umrah sama pada tahun 2017. Kat sana kami agak rapat sebab kami jer orang-orang muda yang tak bertitle. Sejak kenal dia kat sana aku mula sokong kerjaya dia. Walaupun sokongan aku tak memberi impak apapun kepada dia.
Tapi tak kisahlah yer. Dan aku juga nampak perubahan content dia dalam channel youtube yang nampak lebih matang tapi sangat-sangat berani. Paling best kalau dia jemput oarang bertopeng untuk berkongsi tentang realiti kehidupan. Tak semua orang dalam dunia ni hidupanya bernasib baik sentiasa.
Tapi amazing cara Allah uji seseorang, bagi aku orang yang diuji adalah orang yang Allah sayang. Tengok para nabi terdahulu betapa hebat dan besarnya ujian mereka.
Lagi beriman seseorang lagi besarlah ujiannya. Tajuk podcast paling buat aku respek ialah bila dia jemput seorang perempuan ni yang dahulunya liar tapi sekarang dialah wanita muslimah. Dia cerita supaya kita ambik iktibar dari kisah dia.
Walaupun dia cerita dalam nada gembira diselang gelak ketawa tapi aku faham keperitan dan kepedihan dan kepahitan hidup yang dia telah alami. Alhamdulillah Allah tak teruskan dia hanyut dan jahanam tapi Allah jadikan dia orang yang kuat dan boleh kata dia berjaya hadapi ujian tersebut.
Marjans TV – orang ramai kata dia tiru Princemeed, alaaa cerita pasal konspirasi Dajjal, Freemason, Illuminati semua tulah. Tapi aku lagi suka penyampaian dia yang nampak lagi santai dan taklah sampai buat aku tak tidur malam tapi sekadar bagi kita peringatan.
Dia juga ada kongsi pasal tips jana pendapatan dekat Youtube juga. Dia pun bukan cerita pasal konpirasi 24 jam tapi ada selit pasal makan dan travel. Yang terbaru ni aku tengok video dia travel kat New Zealand dan melawat masjid An Nur dekat Christchurch yang meninggalkan kesan dihati seluruh umat Islam didunia.
So itu sahajalah beberapa Youtuber Malaysia yang aku subs dan suka tengok dan ambik pengajaran dari apa yang mereka paparkan. ISunya kat sini ialah kita yang pilih apa yang kita nak lihat. Pilih baik maka baiklah, pilih hiburan semata memang berhibur sahajalah yer kita. Pilih nak tengok MUA nanti pandailah kita mekap, pilih tengok resepi masak-masak pandailah kita masak nanti.
Last sekali ….
Sebelum aku bye-bye aku harap korang sudi2 jugalah yer subscribe chnnel Youtube aku ni.
Youtube : https://www.youtube.com/user/mydila79
Instagram : @saidila
Facebook : Saidila Abdul Rahman
TRAVEL
TUTORIAL
RESEPI MASAK-MASAK
PRODUK REVIEW
pernah tengok haze punya youtube. Penat nak tunggu dia habis bebel.Sudahnya skip ajooo lah video dia. Btw betul kata kaklong saidila. Kena buat content sendiri,jangan copy. Dan kebanyakan orang sekarang suka guna content orang lain dan gunakan sebagai content dia pula. Huhuhuu~ Erkkk, youtube Ina pon ni dah makin sepi.Takde video dah lama, dan subs pon makin menurun. Arghhhhhhhhhhh