Entah dari mana aku nak mulakan pon tak tahu……tapi kalo tak kerana somi aku bagitahu aku pon tak tahu….dan mujur2 juga dia nak bagi tahu aku walaupun aku tak bleh nolong……siannnya somi aku…..sebab….? tadi masa somi aku balik kerja…dalam menunggu nak buka puasa…..
Sesi Dialog Aku Dan Somi
Somi Aku : ” mama….ayah ada berita tak baik nih….
Aku : “apanya yah….
Somi Aku : “surat insuran dah keluar……kita kena bayar balik…..
Aku : “larrr bukan ker insuran kata cover sampai Rm50k…..mama punya cost hari tu baru Rm41k….
Somi Aku : “entahlah ma…..ayah pun tak tahu….diorang suruh bayar balik kat company
Aku : “kena bayar berapa yah…..banyak ker…
Somi Aku : “kena Rm8…..
Aku : “Rm8 berapa….puluh ke ratus….
Somi Aku : “Rm8’166.71……
Aku : ” ya allah…..banyak tu……camner nak bayar…..
Somi Aku : “tolak gaji….diorang mintak Rm700 sebulan….ayah kata tak mampu…..ayah minta Rm500….tapi diorang nak gak Rm700…
Aku : ” sebulan Rm700 tu banyak sangat….tapi Rm 500 tu pun banyak juga…..abis kita ni nak makan apa…..?
Somi Aku : “kita jimat2lah……
Aku : “mama rasa kitalah manusia paling jimat didunia…..memang dah cukup jimat sangat…..abis lepas ni tahun depan kan mama kena buat check-up lagi…..nak buat CT Scan…MRI….tu semua pakai duit ribu2 yah….
Somi Aku : “takpelah mama….yang penting mama dah sihat…..
Aku tahu hati somi ku susah……tapi aku pun susah gak…..dalam aku nak mencari-cari duit untuk rawatan aisyah….aku pulak yang kena cari untuk bayar rawatan yang telah dirawat …..dunia dunia…..
Walaupun begitu aku tabah dan sabar…..lebih2 lagi dalam bulan ramadhan ni……aku terima ujian dariNYA….semoga ada jalan keluar dan semoga Allah swt memurahkan rezeki somi aku dan aku sekeluarga….amin….
” Ya Allah aku mohon padamu agar engkau permudahkanlah dan tunjukkanlah kami jalan2 keluar dari segala masaalah yang kami hadapi ini……”amin
Nota Aku : sesiapa yang tak tahu dan nak tahu apa yang terjadi kat aku sampai jadi camni….bolehlah baca entry aku yang lepas….kat sini

Categorized in: