Hai gaiss , baru jer semalam aku publish entry pasal Trip Ke Pahang dan ajak seluruh rakyat Malaysia pergi jalan-jalan dalam Malaysia , tiber-tiber aku keluarkan entry ni suruh korang duduk rumah diam-diam dan jangan pergi mana-mana.

Uikk !! Apa kes ??

Ohh kes dia aku nak cakap pada orang-orang yang dulu kemahen kutuk , maki , sumpah seranah orang yang pergi travel luar negara.

Now apa beza dengan yang travel dalam negara ?

Kes Sivangangga tu jer sedang menular sana sini dalam negara.

Tak takut kah ?? Kenapa tak duduk rumah diam-diam dan menakutkan diri sendiri macam biasa ?

Helok pulak lepas satu trip pergi ke satu trip macamlah kita ni betul-betul dah bebas dari virus covid19.

Boleh pulak buat-buat lupa yer. Boleh pulak yakin selamat yer.

Walhal virus ni tak kenal pun kau sapa. Once nak kena kau tak pergi mana-mana pun pasti akan kena jugak sebab ianya virus yang kita tak nampak. Kita tak pergi ke dia , dia datang ke kita.

Tapi , harus diingat yer…

Aku tulis ni bukan nak perli sapa-sapa. If terasa aku minta maaf.

Aku just nak kita semua ni muhasabah diri sikit, jangan terlalu yakin sampai terpaksa ludah jilat balik kata-kata yang kita tak akan pergi mana-mana sebab takut kena virus covid19.

Mungkin korang lupa, jadi aku ingatkan balik.

Kita orang Islam , wajib kena percaya pada Tuhan dan percaya pada Qada & Qadar. Jangan melebih-lebih dan jangan lupa untuk bersederhana dalam segalanya baik dari segi kata-kata mahupun perbuatan.

Selepas tu pandai-pandailah jaga diri dan keluarga. Jaga jarak sosial jaga kebersihan diri , kerap cuci tangan dan pakai mask selalu.

Tapi ada satu masalah pasal mask ni !

Masalah dia masa pakai mask ni tengah jalan dekat tempat awam tiba-tiba papp , mask putus. Dahlah takder extra , baru nak cari ganti tak memasal jer dah kena denda 1k.

So aku nak cadangkan supaya korang order jer Cloth Face Mask dari aku.

Lebih jimat , sekali beli tapi boleh ulang pakai. Boleh elakkan pembaziran dan kurang sampah mask.

Anak aku pun guna pergi sekolah dan dia kata selesa sangat.

Apa ciri-cirinya ?

  • Boleh cuci dan tahan lasak.
  • Boleh print nama @ gambar atau kedua-duanya sekali.
  • Tali boleh adjust dan tukar.
  • Mengikut standart KKM dan ada 3 lapisan.
  • Ada ruang tambahan untuk letak filter jika mahu.
  • Terdapat pelbagai warna (hitam,merah,hijau,pink, maroon,biru,ungu dan putih.)
  • Paling penting SELESA dan tak rasa LEMAS
  • Ada saiz untuk dewasa dan kanak2

Harga : Rm10 untuk yang kosong
Harga : Rm15 untuk letak nama atau loga atau kedua-duanya sekali

Harga untuk kanak-kanak sama seperti dewasa.

Order lebih dari 10 helai , kita bagi diskaun special.

*Harga tidak termasuk post

http://www.wasap.my/60192692067/clothmask

Categorized in: