Sabtu 2 minggu lepas , lepas balik dari aktiviti mandi manda bersama keluarga di Hulu Langat aku ngan inchik dd dah plan nak makan malam kat luar dengan anak-anak . Balik dari sana singgah rumah dulu sekejap pastu baru aku gerak ke D’Kayangan Steamboat & Grill yang terletak di Seksyen 13 , Shah Alam .
Sementelah anak-anak pun dah lapar sebab seharian bermain air . Memang elok sangat bawak diorang pergi makan buffet steamboat dan grill . Masa kata sana lepas mandi pun makan ala kadar jer sebab aku dah janji ngan anak-anak malam ni nak bawak diorang makan steamboat sedap kat Shah Alam . Sekali jumpa kawan blogger aku iaitu Yanie Yusuf dan Syima Yusuf .

aku dan 2 blogger adik beradik..
Dari puchong nak ke lokasi yang ditetapkan adalah dalam 25 minit . Tak susah pun nak cari , Waze jer Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan confirm korang akan sampai . Kebetulan masa sampai sana dah masuk waktu maghrib , mujur kat situ ada sediakan surau cuma kena ambik wuduk kat bilik air sebelah jer . Yang penting ada ruang untuk pengunjung islam bersolat . Kalau tak memang reject .
Oleh kerana diorang dah tahu kitorang nak datang , lagipun dah buat tempahan awal . Maka tak perlu susah-susah nak cari tempat duduk . Terus jumpa PI ataupun person incharge jer dan diorang akan tunjukkan tempat yang diorang dah sediakan .

table kitorang yang dah ditempah awal….

full house tapi masih ada sahaja ruang pihak dkayangan akan sediakan
Pelbagai Pilihan Makanan
Anak-anak layan diri sendiri , ambik apa yang nak diorang nak makan . Macam biasa aiskrim dan kek jadi sasaran utama mereka dulu . Terlalu banyak kot pilihan makanan yang ada sampai naik rambang biji mata nak pilih yang mana .
Ada STEAMBOAT , MARINATE FOOD , BBQ & GRILL , KAMBING PANGGANG , MASAKAN PANAS , ABC , CENDOL , ICE-CREAM dan macam-macam .

kek yang simple tapi sedap….

banyaknya pilihan…….

otak-otak ni sedap makan dengan nasi goreng…

omnomnom…
Kuah steamboat pulak aku pilih kuah Tomyam…**pilihan paling tepat untuk tekak aku….ehehehehe . Bila celur makanan dalam tu , perghhh memang terasa meresap betul kuah tomyam tu . Sampai aku mintak tambah kuah sebab tak sangka kuah Tomyam kat D’Kayangan tu sedap hingga menghirup mangkuk . Kalau tak nak kuah pedas korang boleh jer mintak kuah sup , pun sedap jugak .

sepahat in the house yo….

macam-macam jenis mee ada….dan telur burung puyuh tu puas makan….

air pilihan …sirap dan anggur
Kambing bakar menu paling laju sekali habis , sempat jugaklah inchik dd ambik sepinggan dua . Kalau tak melopong ….
Katanya kat situ setiap hari ada kambing , so tak payah risau nak plan datang hari apa untuk menu kambing bakar .
Anak-anak aku pulak suka makan maggi yang dah celur ngan kuah tomyam , udang grill pulak baunya pun kemain wangi lagi sebab masa grill tu kita letak planta yang dah disediakan . Tak cukup boleh jer minta lagi . Takder masaalah punya . Pekerja D’kayangan Steamboat ni ramai jer lalu lalang , so senang nak panggil diorang mintak bantuan apa-apa macam gas memasak habis ker , planta habis ker apa ker .
Makanan Pilihan Yang Aku Rasa Paling Sedap
Ada satu makanan ni aku suka sangat , ni yang aku nak bagitahu kat korang . Malam tu aku rasa itulah makanan paling sedap dan paling banyak aku makan . Mungkin sebab dah perap dengan bahan yang sedap-sedap jadi bila grill tu bau dia sangat harum . Aku rasa ada lebih 5 cucuk aku makan siap bertarik-tarik lidi pulak dengan anak-anak .

terasa-rasa pulak ayam cucuk lidi sate tu……
Kalau korang bercadang nak pergi situ korang cari ayam cucuk lidi sate camni pastu grill .

sedap ,lembut dan juicy….
Aku jamin korang takkan menyesal sebab isi ayam tanpa tulang ni sangat lembut dan berjus . Ada satu makcik kat sebelah aku pun kata suka makan sebab lembut . So sesuai sangat untuk orang tua dan kanak -kanak . Yang sotong tu pulak grill sedap rebus dalam kuah tomyam , memang sedap .

kakak makan jagung….sedappp katanya…atas kuali panggang pulak ada otak-otak
Promosi Buffet Lunch Setiap Hari Ahad
Setiap Ahad tau….sesekali hujung minggu cuti-cuti boleh bawak keluarga lunch kat sini sebab harga cukup- cukup murah .
Dewasa : Rm22.90
Kanak-Kanak : Rm9.90
Memang murah sangat kata inchik dd….Tapi nak perginya kena tunggu inchikk dd cuti pada hari ahad . Sesekali beb , ada rezeki lebih kita belanja keluarga makan kat luar .
Untuk tahu harga buffet sekepala aku cadangkan korang bukak sendiri FB dan IG diorang , mana tahu time korang nak gi tu ada promosi best-best ker kan . Korang jugak yang untung .
Selamat ber’stemboat korang ..”ingat steamboat dan grill , ingat d’Kayangan” .**smile emoji
D’Kayangan Steamboat & Grill
Alamat : Sri Acapella Servis Apartment Seksyen 13 , Jalan Lompat Tinggi 13/33M , Shah Alam ( berhampiran Giant dan Stadium )
No. Telefon Untuk Tempahan Tempat : 012-297 1091 / 017-507 6274 / 03-5523 4979
FB : Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan
IG : @dkayangansteamboat
#Dkayangansteamboat
#buffet #grill #seafood #dessert #steamboat #shahalam #makanmana #foodlover#foodporn #seafoodlover #grilllover #buffetlover
Galeri D’Kayangan

kakak mau kambing…?

reaksi babang yang sedang menikmati kek…

nasi goreng pun sodappp

makcik sporting…
sedap..dah permah pergi.mmg best
umminani recently posted…JUZQ30 Beri Kesan Yang Amat Baik Kepada Minda
dah pernah dtg gak masa bulan puasa.. crowded sgt masa tu… perlu susun atur yg lebih sistematik
Banyaknya pilihan! Lapaq plak tengok
Mama Kembar 3 recently posted…Doctor Strange Best! Dah Tengok Ke Belum?
Abe dh pernah p sini, bnyk pilihan & sedappppppp
Murah laa rm22.90… budak baru 9.90..
ntah bila nak ada masa pergi sana .. ermmmmmmm
lisak recently posted…Senarai Pelakon HERO SEORANG CINDERELLA
Sedapnya steamboat…..jarang dpt tempat steamboat yg sedap…next time cuba sini plk la
[…] 38. D’Kayangan Steamboat , Shah AlamFB : https://www.facebook.com/dkayangansteamboatBlog : https://saidila.com/dkayangan-steamboat-grill-shah-alam-seksyen-13-meriah-dengan-pelbagai-pilihan-ma… […]