Dah beberapa hari ni cuba untuk menge’post satu entry….tapi satu pun tak berjaya aku publishkan…..semua jadi draft….aku pun tak tahu kenapa….aku akan menulis disaat ada masa dan disaat aku terasa aku ingin meluahannya….tetapi disaat itu jugalah anak2 aku akan datang berkerumun minta itu dan ini….disaat itu juga ana2 merengek nak main online game dora….disaat itulah sikecil semua minta susu…nak tidur ada yang bergaduh….jadi entry hanya tinggal entry  sahaja….

Yang ni pun aku tak tahu samada dapat publish ke tak….buat masa sekarang belum ada tanda2 akan ada hal yang akan membantutkan penulisan….3 orang tengah kat sekolah…dan ada sorang lagi nih tengah layan diego….

Walaupun banyak tugas wajib menanti tapi aku akan cuba dan terus mencuba menge’post sesuatu untuk hari ini buat penyeri blog…..

Apakah cukup….??

Selepas entry ini aku siarkan…bermakna aku akan terus sidai baju….masak lauk….lipat baju…dan standby untuk mengambil anak2 pulang dari sekolah….

Jumpa lagi bila senang…..

Tagged in: