Assalamualaikum and hai gais ! Entry ni santai-santai jer tau jangan nak ambik serius. Aku bukan nak pertikai atau apa-apa cumanya aku just wondering diorang check dekat mana yer ?
Check apa ?
Kisahnya aku ternampak satu posting job untuk blogger yang memerlukan DA.
Apa Itu DA ?
DA tu apa pulak ? DA tu singkatan kepada Domain Authority. Mana yang nak tahu lanjut pasal kepentingan DA boleh baca dekat entry Check Domain Rating Secara Percuma
So aku sangatlah kagum dengan markah DA yang diorang letak. Jadi aku cuba check sendiri. Bukan sebab nak cari kebenaran atau apa tapi lebih kepada nak jadikan blog mereka sebagai sumber inspirasi sahaja.
Mana tahu lepas aku kaji blog diorang camner semua, aku boleh follow dan DA aku pun boleh naik sama level macam diorang.
Almaklumlah yer, sebab selama 10 tahun aku menulis blog ni pun DA aku baru jer cecah 14 point. Itupun jenuh lepas aku pastikan entry aku mengikut standard penulisan SEO walaupun entry santai-santai.
So lepas aku check satu-satu ada yang terlebih letak dan ada juga yang terkurang. Maksud aku markah DA yag diorang letak tu adalah tak tepat.
Cumanya diorang tak fikir ker yang nanti pihak client akan check semua tu ? Mana yang letak kurang tapi sebenarnya DA diorang lebih tu takperlah tapi yang letak lebih tapi sebenarnya point DA blog diorang tu kurang banyak dari apa yang diorang letak camner pulak yer ?
Dan aku still wondering kat mana diorang check DA untuk dapatkan bacaan point sebegitu. Sebab setahu aku website yang accurate bacaan dia adalah menggunakan ahrefs.com dan beberapa website yang lain dalam gambar dibawah.

Tapi tak apalah masing-masing ada cara tersendiri. Mungkin aku punya DA juga tinggi kalau check dekat lain website atau mungkin lebih rendah dari yang dipaparkan.
Pada mulanya aku nak jugak letak nama tapi sedar diri masih tak sampai tahap yang dipinta so aku skip post tersebut and aku percaya pasti ada rezeki lain nanti.
InsyaAllah.
Comments