**tajuk tu korang kena baca secara berirama , rujuk lagu Perawan atau Janda
Terima kasih semua sebab sudi ambik bahagian dalam segmen “aku tanya jerrr..”.
Pasni komen aku akan pecahkan kepada 3 bahagian ( kalau aku rajinlah ) . Untuk tengok peratus sahaja ( tapi nampak macam malas pulak ). Sebelum aku nak ulas komen korang semua apa kata baca pulak apa pilihan aku .
Sebenarnya susah tak nak pilih antara Kaya dan Bahagia ? yer ia susah dan ianya sangat susah sekali , kalau tak susah takderlah ada yang nak mintak tukar pilihan dan ada juga yang tak dapat memilih dan ada yang memilih ditampo sebab pilih dua-dua . **hahahaha…ini macam pun hado
Kalau akulah kan….opkos aku pilih BAHAGIA dari KAYA . Kenapa ?
Bahagia ini adalah sejenis rasa , ianya tidak berbentuk dan tidak kelihatan cuma ianya dapat dirasakan . Susah nak rasa bahagia kalau hati tak tenang dan kepala serabut dengan sekecil-kecil masaalah .
Aku dulu pun tak bahagia disebabkan keadaan . Kena pukul , kena hina , kena tunjal kepala , kena maki dan macam-macam . Tapi aku sabar dan terus berdoa semoga satu hari nnati Allah akan berikan aku kebahagiaan yang berpanjangan hingga ke akhir hayat .
Bahagia Aku Hadir Selepas Bernikah
Seriusnya aku benar-benar rasa bahagia selepas aku bernikah dengan dd . Hidup dengan dd cukup sederhana . Miskin tak kaya pun tak . Walaupun hidup bak kais pagi makan pagi , kais petang makan petang tapi satu perasaan yang bernama bahagia tu telah buat aku senyum tanpa sebab biarpun waktu itu punya rumah papan beratap zink bocor , makan nasi telur kicap dan ikan masin .
Perasaan tu sampai sekarang masih kuat dan masih ada biarpun sekarang rumah beratap genting , aircond dalam setiap bilik dan mampu makan kat restoran mahal yang kalau dulu hanya mampu pandang sahaja .
Syarat Untuk Rasa Bahagia
Nak rasa bahagia itu syarat dia kena tenang biarpun kita sedang dilanda masaalah . Banyakkan bersyukur dengan ujian yang allah berikan dan ucap alhamdulillah jika Allah telah beri kita ilham untuk menyelesaikan .
Bandingkan ujian Nabi dan umat terdahulu sebelum kita . Timbulkan rasa insaf dengan melihat kesusahan orang lain yang lebih susah dan sukar berbanding diri kita . Sentiasa pandang apa yang telah kita miliki dan bayangkan jika Allah menarik balik apa yang dipinjamkan kepada kita sebagai contoh , nyawa , pasangan dan keluarga yang kita miliki .
Oklahhh….sebelum aku terjadi ustajah jadian jom baca apa kata kawan-kawan yang lain . Apa yang diorang pilih . Tak perlu pertikaikan pun . Masing-masing mesti ada sebab tersendiri .
Tak bermakna pilih kaya tak bahagia dan tak bermakna pilih bahagia tak boleh kaya . Semua atas dasar pilihan dan selebihnya berusahalah untuk kekalkan pilihan di tempat yang sepatutnya .
“kun fa ya kun “ jadi maka jadilah ia . Banyak yang Allah beri sekalipun kita tak minta apatah lagi jika meminta .
Masa aku tengah dilanda isu mengenal diri , aku cuma mohon dan berdoa kepada Allah semoga aku dikurniakan dengan kebahagiaan . Alhamdulillah inilah yang aku rasa sekarang . Bahagia itu aku yang rasa .
Korang pula bagaimana ?
Kaya Atau Bahagia
Nurul Nadia A. Rahman : Kaya ( ni kawan aku …dia kata dia tak kisah laki dia khawin lagi asalkan dia sentiasa kaya ….hahahaha )
Suria Moha Hamdan : Zaman skrg terpaksa pilih kaya untuk bahagia…. (blh gitu?) ( errrr boleh jer kot…….sendiri punya kehendak’kan …)
Rosanita Razak : Waalaikummussalam.Bahagia. ( simple jer pilihan dia ..)
Shazania Mohd Mahat : Takut kna tampo dgn kak Saidila Abdul Rahman…huhu. Sy pilih bahagia kak dila. Kaya tanpa rasa bahagia takde nilainya. Tapi kalau bahagia tak kaya pon akan rasa serba kecukupan nikmat dr Allah 🙂 ( aku kenal dia memang gigih orangnya …..so aku percaya dengan apa yang pilih )
Al Kerrango : Kaya ( ok …tapi…)
Al Kerrango : Dgn kaya akan lebih mudah bahagia .. miskin hanya akan meresahkan hati dan jiwa ( maka pilihlah sederhana …)
Khoiri Kamis : Mata duitan betul lah korang…saya lebih memilih kekayaan hehhehe ( hahaha sama dengan jerrr benaunya…)
Shuhaida Kabdy : Waalaikumsalam,selamat pagi..opkos bahagia.. ( yes… aino u kak… )
Siti Rohaida Yusof : waalaikumsalam…selamat pagi..kaya kot ( belum tetap tu …)
Norliyana Yusof : Nak kaya bila kaya nak guna duit tu utk bahagiakan org ( ok..paling tidak ada misi tertentu kenapa pilih kaya )
Nurdilla Zaini : Bahagia ( pilihan seorang penulis hebat…)
Nur Athirah Hassin : Bahagia.. tu psl x kaya2 ni.. hahahah sebab manjang redha je ( kaya dengan bahagia tu……ekekeke )
Hasniyati Ayob : Kaya tp tak bahagia,tak de makna pun..Bahagia walau tak kaya,better…besederhana dh memadai..So,aku pilih bahagia.. 😀 ( panjang plak dia bebel….ahahahaha )
Rozita Abdul Rahman : kaya untuk bayar hutang bertengkek baru boleh rasa bahagia ( gituuuuuu pulakkk , 2 in 1…ahahaha )
Min’z Sambal Hitam Pahang : Bahagia ( kannn…simple jerrr )
Eynda Yusoff : Dalam keadaan zaman sekarang ni eynda pilih kaya…. sebab bahagia insyaAllah boleh dapat dgn usaha dalaman kita… kaya susah nak dapat…kena keje keras… ingat duduk saje2 tido boleh kaya ke? Kalau bahagia, tido pun dah rasa bahagia… alarm clock bunyi pun alahai malas nak bangun sebab syok tido…haaa bahagia la tu hahaha…. ( errr tapi tido tu bahagia yang cuma sebentar jer ….betul tak …? ahahahaha )
Zahris Man : Waalaikumussalam ( ni mesti dalam dilema …)
Adnan Ibrahim : Saya pilih no 3…. ( setahu ai yang nombor 3 tu penampo. lah abammm…ahahahaha )
Amelia Ramli : Amy akn pilih bahagia..bila bahagia, kekayaan tu in shaa Allah akn dtg dr pelbagai sudut. Klu kaya raya, hati & hidup x bahagia..opkos x guna gak kan!!!! ( opkoslah kannn , tengoklah bertapa ramai orang kaya yang merana sehingga kekayaan yang ada sama banyak dengan masaalah yang tak pernah habis )
Hani Rahman : Bahagia… Cukup dengan apa yang ada, usaha untuk lebih bahagia… Kalau kaya jer tapi menjerut rasa tak guna juga… ( so pilihlah sederhana ….)
Zulnaidah Manan : Sy pilih atau ( pun sama masih memikirkan mana yang terbaik )
Seconditem Burger Seconditemburger : Kaya….Sbb leh bantu org susah . Kaya dgn akhlak yg baik ( ada perancangan dalam pilihan )
Jbt Rafidi : Bahagia ( sebab dia yakinnn itu adalah pilihan yang terbaik …)
Johnson Ng : Tampo lah. Nak dua-dua jugak. ( hahaha nanti nak tampo apek nihhh ……)
Aizamia Mmi : Tak boleh pilih sebab button yang nak dipilih tu rosak.. ( kemahen alasan dia….ahahahaha )
Bro Affendy : ( aminnnn ) Semoga hari ini kita sentiasa dalam perlindungan ALLAH swt, dipermudahkan segala urusan, perjalanan, diteguhkan silaturrahim sesama kita, dilimpahkan dengan rezeki yang bertambah dan sentiasa memperoleh rahmat dari Nya
Sal Yahya : Kak nak Bahagia… ( akak ni pun konfiden dengan kebahagiaan sebab dia boleh pilih )
YB Shehan : Kaya.. ( ni dia tengah jiwa kacau sebab tu pilih kaya …ahahahaha )
Nani Zati : Kalau kaya duit, maka i pilih bahagia. Kaya banyak duit tapi asyik sakit, asyik makan hati, orang dengki, anak anak derhaka, mati mereput sorang sorang pun tak guna jadi kaya. Tapi kalau kaya dengan kasih sayang, budi bahasa, kawan kawan yg baik dan anak anak yang soleh, kaya tu aii nak ler 🙂 ( kannn…akhirnya terpaksa merayu minta diberi kebahagiaan dari kekayaan )
Shiqeen Sattar : Saya nak kaya dan bahagia. Kalau berani tampor la hahaha… ( yerlahhh yerlahhhh ambiklah dedua….tak bagi kang kena tangkap plakkk …ahahaha )
Latifah Endin : Kehidupan yg sederhana….penuh dengan kebahagiaan tanpa menyusahkan orang lain. ( pilihan yang bijak….kita masih boleh memilih…kaya adalah pilihan , sederhana juga satu pilihan )
Aeni Rashid : Bahagia ( insyaAllah…..semoga allah berikan kamu kebahagiaan )
Che Shariff : Pilih bahagia kak..Kalau bahagia x Kaya xpe..bahagia dunia akhirat. Kalau sudah bahagia Buat apa pun bahagia.. ( betul betul betul…….bahagia dunia akhirat )
Auni Afiqah Muthal’lib : Auni pilih bahagia. Kaya tu bila-bila boleh dapat. Bahagia SUSAH nak dicari. ( bahagia juga tak dapat diwarisi….)
Maria Firdz : Bahagia ( terbaik….)
Elih Japahar : Kaya. Aku nak orang lain bahagia. Bayar bil jiran dan keluarga. Buat rumah dan rumah ibadah utk semua agama. Aku tk bahagia tak apa. Aku nk bahagiakan org je. Mesti aku pun akan bahagia. Huhu. ( err bukan ker sepatutnya kena bahagiakan diri sendiri dulu …)
Faziana Satiman : Aku nk bahagia…bile da bahagia, br bole kaya…hihihi ( kaya belum tentu bahagia ….bahagia boleh ditukar menjadi kaya …)
Aida Hanafiah : Aida pilih kaya sebab bagi aida, kalau kaya memang bahagia. Kaya krn Allah gitu
. Free dari hutang. Dpt buat makan2 selalu utk kawan2. Dpt bantu famili yg susah. Dpt melancong tgk dunia. Siap2 beli goldbar utk anak2 sorang sekilo buat belanja masuk U
. Aminnn… ( aminnnn …semoga aida dapat kaya dan bahagia…..)
SherryDzul Mansor : Bila kita bahagia kita akan kaya. Insya Allah #Fikirbaikdoabaikdapatbaik ( lagi tepat…sekali harung dapat jika kita bahagia )
kaya boleh dicari tapi bahagia itu kita yang rasa
Akak doakan Dila berbahagia dunia akhirat..doakan akak juga tau..
Kak Sue recently posted…Pau Viral
Dem.. jiwa kacau. Hahahaha
YB Shehan recently posted…TERLAJAK SIBUK
Saya akan pilih bahagia dari kaya.. kalau nak jadi kaya memadai sekadar keperluan untuk membolehkan kita menikmati kebahagiaan..
anuar recently posted…Selamat Tinggal FBAds!!
Kannn kak long, bahagia itu kita yang rasa 🙂
Mama Kembar 3 recently posted…Tak Puas Bershopping di Design Village Outlet Penang
🙂
hi hi…
Tanpa kekayaan, kita boleh bahagia.
Dengan kekayaan, kita lebih mudah membahagiakan…
Azwan recently posted…Kaweco Ice Sport Rollerball; pembelian atas talian.