Oleh sebab info ni sangat-samgat berguna maka aku ambik untuk di jadikan panduan dan pembacaan mereka yang menghadapinya atau sebagai persediaan sebagai langkah pencegahan.
Tak silap aku dalam bulan lepas dd ada mengalami masalah gerd. Satu hari tu kerjanya asik sendawa macam banyak angin. Nak tido tak selesa dan dia kata macam rasa sebu jer perut macam nak muntah. Waktu tu aku dah tahu yang dia kena gerd.
Aku pun dah tak ingat apa rawatan yang aku buat untuk melegakan gerd. Tapi aku suruh dia bertenang dan jangan baring.
Lepas makan pun aku suruh dia buat briskwalk kat treadmill supaya badan boleh keluarkan insulin secara semulajadi sekaligus makanan juga akan dihadam dengan baik.
Kalau dia tak buat memang aku akan jeling dia sampai tembus dinding. So nak tak nak dia kena buat.
Mula-mula memanglah liat nak buat , pastu aku mengamuk kata tak sayang aku tak apa tapi tolong sayang diri sendiri.
If badan takder masalah tak apa , ni dengan dah ada kencing manisnya dengan darah tingginya tambah nak kena gerd lagi , manalah aku tak bising.
Now dia dah faham, sampai sehari 2 kali dia naik treadmill. Gittew !
APA ITU GERD
Gelisah. Tekak rasa penuh dan sukar nak telan. Perut rasa panas. Sentiasa sendawa dan angin. Makan apa pun tak hilangkan gejala ini. Sampai nak tidur pun tidak boleh.
Ini adalah gejala biasa GERD(reflux asid perut). Orang badan berisi dan mengandung selalu terkena. Yang suka makan lewat malam pun sama.
Yang sudah biasa, ubat gastrik reflux memang ada di dalam peti ais. Namun ada juga yang tidak menyediakan stok sendiri. Nak pergi beli ubat gastrik pula kedai jauh dan dah tutup malam- malam ini. Macam mana nak cegah dan atasinya?
Ubahlah diet anda.
Kami senaraikan beberapa makanan yang membantu dalam mengatasi masalah GERD anda. Simpan gambar ini. Jadikan rutin dalam makanan anda selepas ini.

1) dada ayam – kalau boleh panggang
2) air putih – air gula tak bagus untuk GERD
3) Teh halia. Minum kopi dan teh lain banyak caffien. Tak bagus untuk GERD
4) Tembikai – buah yang kurang berasid. Jangan gatal makan oren.
5) nasi perang- nasi yang lebih lama untuk dicerna. Bagus untuk GERD.
6) oat- sarapan yang bagus. Penuh perut dan tahan lama
7) kentang – panggang atau bakar. Jangan goreng dengan bawang tau. Boleh menyebabkan lagi teruk gastrik
8) minyak zaitun. Makanan berminyak akan buat gerd semakin teruk. Tapi kalau nak yang lebih lembut, cuba masak menggunakan minyak zaitun
9) sayur salad. Sangat baik. Kurang angin.
10) sayur adas. Boleh melegakan sakit gerd sebab kurang berasid.
Semoga apa yang kami senaraikan membantu anda dalam menangani masalah GERD. Namun jika ianya masih tidak membantu, anda mungkin memerlukan bantuan daripada doktor. ☺️
Sumber : FB PUBLIC HEALTH
Kalau tak buat jeling sampai tembus dinding hahaha tu yang KakYa paling nampak .. Hehehe sabor jer laa KakLong weyhhh ..
Pernah kena masalah gerd akibat makan tengah malam.izin nak simpan gmbat ye. Thanks
Lutfiani recently posted…Segala Reaksi Efek Samping Natura Beauty Sprey yang Wajib Kamu Tahu
Thanks Infornya, ijin save image makanan melawan Gerd biar ingat terus kalau sewaktu-waktu kena masalah perut tu
Samelah smpi nk tdo pn xblh sakit perut sngt2 pdhl terlebih mkn lewat mmg xblh lngsung klu x tanggung la sndri dh la ubt xde rse nyucuk2 dlm perut