Terbacalah semalam pasal perkongsian seorang ni kat FB , (bukan apa korang …kita kena mention gak dari mana sumber ilham kita, nanti tak memasal orang ingat aku bercerita pasal aku dan bekas2 company yang aku pernah kerja pulak. Dah nanti ada yang buat rumusan aku nak memfitnah dan menghancurkan company dia..)
Dia cakaplah yang selama ni dia kerja sampai takder masa untuk keluarga. Dia bagi satu jadual pada bos dia kemana masanya dihabiskan.

Bila akhir tahun dia minta reward sikit sebab dah buat kerja lebih dari yang sepatutnya bos dia persoalkan.
Sampai bos dia kata gini ke dia “itu awak punya pilihan”

Aku yang setakat baca pun rasa sentap hingga ke ulu hati bhai. Setelah apa yang pekerja tu buat demi amanah dan tanggungjawab , itu jawapan yang kau bagi ?
Dia terpaksa ketepikan masa bersama keluarga , tak pergi bercuti tak hadir majlis2 bersama keluarga demi amanah dan tanggungjawab terhadap syarikat. The end kau kata itu dia punya pilihan sendiri.
Boss macam ni patut disumpah jadi haiwan jer.
Dulu dd pun macam tu jugak , kadang dia mengadu dengan aku pasal politik dalam company dia. Bila buat kerja lebih katanya berlagak dan nak tunjuk pandai. Bila buat kerja biasa2 ikut kehendak katanya malas nak majukan diri.
Bos yang dah ada gaji banyak boleh pulak stay buat OT hanya untuk kehuku ke hilir. Pekerja yang buat kerja kena nak OT disekat.
The end aku kata dengan dd “abang tak payah OT tak payah kerja Sabtu Ahad. Kalau memang waktu cuti sila cuti…”
Sebab apa tiap akhir tahun memang bos dia bagi macam-macam alasan dan akan kata dia tak present so tak boleh up level. Mana yang kuat monteng kerja , cuai semua boleh jer naik senang- senang hanya sebab pandai bodek.
Sebab tu gaji dd walaupun dah hampir 20 tahun kerja masih setakat itu sahaja. Tapi amazing’nya ia mencukupi sangat. Pernah sekali buat kira2. Perbelanjaan melebihi pendapatan. Pastu aku kata disitulah keberkatan.
Sikit tapi mencukupi. Sejak tu aku dengan dd tak pernah mengira dan berkira. Janji keperluan rumah , barang dapur mak dan keperluan sekolah anak2 semua dapat diselesaikan pun dah bersyukur.
Aku ? cukup dengan apa yang ada, cuma kalau perlu sangat baru aku mintak.
Aku buat kerja part time bukan sebab tak cukup makan ker apa. Tapi aku ada misi. Misi tu biarlah hanya aku dd dan Allah sahaja yang mengetahui.
Biarpun orang kata aku buat kerja sebab itu ini tapi aku buat derk buat rilex sudah.
Manfaatkan masa selagi ada.. Rezeki setiap kita dah diatu olehNya.. Bukan kerja kita atau bisnes kita yang bagi rezeki pada kita.. Itu semua hak DIA.. Kannn.. Gituuuu
Sgt faham keadaan ini. Lebih parah bila bos tu ckp saya nk awak buat 170percent. Ni x cukup.
inshaAllah kita usaha selagi boleh dan asalkan tak meragut masa keluarga kita selepas kerja. jika macam kes ni, kita ada pilihan lain sebab keluarga lebih utama 🙁