Lepas baca aku terus tepuk dahi dulu pastu baru share kat FB sendiri sambil gelak, sebab dia punya level konfiden yang hanya dia seorang jer isteri macam tu di zaman 2021 nih tinggi sangat.
Tapi suami dia tak tahu ke yang Nabi sendiri pun bantu isteri buat kerja-kerja rumah. Tak payah isteri Nabi minta apatah lagi suruh, malahan Nabi yang sukarela buat sendiri. So apalah yang dia nak banggakan sangat dengan suami yang dia pastikan tak buat apa-apa kerja rumah tu ?
Hadoilahhh !

Tapi aku yakin ini semua berpunca dari adat keluarga masing-masing. Maksudnya memang ada isteri yang macam ni dan ada suami yang begitu sebab mungkin begitulah cara ibu bapa mereka mendidik. Mungkinlah , nak kata pasti bukan aku duduk serumah dengan diorang pun.
Adat Tak Seiring Zaman
Aku teringat masa aku kecik-kecik dulu bila ada kenduri aku tengok orang lelaki diberi laluan makan dulu. Lepas diorang makan kenyang barulah orang perempuan boleh makan. Nasib tak baik nasi dan lauk pun tak banyak yang tinggal sebab bila orang lelaki makan asik minta tambah lauk mintak tambah nasi.
Dahlah orang perempuan yang masak, orang perempuan hidang, orang perempuan makan last sekali dan orang perempuan jugak yang kena kemas semua. Orang lelaki pulak lepas habis makan hisap rokok dan sembang kari.
Pastu sambung medang-medang kopi o panas yang orang perempuan kena sediakan. Masa tu dalam hati aku cuma mampu cakap , senangnya jadi orang lelaki yer sambil aku yang seorang budak perempuan ni kena cuci pinggan mangkuk sampai basah lencun kain dan lengan baju kurung aku.
Sebab tu Nabi pun ada pesan , didik anak ikut sesuai zaman.
Didik Anak Lelaki Buat Kerja Rumah Dari Kecil
Aku sendiri dah didik anak lelaki aku supaya buat kerja rumah dari sekolah rendah lagi. Aku pesan dengan dia jadi lelaki jangan tahu nak goyang telur jer. Wajib bantu orang perempuan lagi-lagi bila dah beristeri nanti.
Sejak dulu lagi inilah tugas anak lelaki aku setiap pagi. Dia mesti kena sidai kain baju , buang sampah , vaccum rumah , lap tingkap jika perlu dan apa sahajalah kerja rumah yang aku rasa dia kena buat. Mula-mula dulu masa dia masih sekolah rendah bila disuruh memanglah memuncung dan merengus. Sidai kain pun bukan disidai tapi digantung sahaja. Tapi aku tak jemu nasihat dan suruh lagi dan lagi dan lagi disusuli dengan sedikit tazkirah. Now tak payah suruh, tahu-tahu dah bersidai helok baju kat ampaian.
Alhamdulillah.
Bagi aku selagi aku mampu kawal dia selagi itulah aku akan beri didikan hidup terbaik buatnya. Aku nak anak lelaki aku jadi seorang insan yang bermanfaat bukan sekadar membawa title lelaki dengan dua biji telur kesana kesini.
Yang tuan punya status tu lantaklah dia. Dia nak buat semua kerja pun biarlah. Itu pilihan dia. Kita tak setuju pun apa kita boleh buat ?
Yang penting kita ambil ia sebagai pengajaran hidup sambil kita usaha perbaiki mana yang kurang dalam keluarga kita.
Nak tahu apa lagi aktiviti-aktiviti yang aku buat ? sila follow aku di :
Facebook : Saidila Abdul Rahman
Instagram : https://www.instagram.com/saidila/
Youtube : Saidila Lifestyle
Setujuu .. anak lelaki ni kita kena didik buat kerja rumah masa kecik2 ni. Nnt dah bear dah kawen blh la bantu2 isteri apa yang patut di bantu. Takdelah isteri jer yang buat kerja nanti ..