DESTINASI BERCUTI SELEPAS TAMAT PKP : Assalamualaikum and hai gais ! Kalau mengikut keputusan yang diumumkan MKN hari tu. PKP akan berkahir pada 4/2/2021 , tapi itupun jika kes-kes aktif semakin menurun. Kalau tak mungkin bersambung.
Tapi kalau boleh kita fikir sahaja yang baik-baik dan sentiasa berdoa semoga semuanya akan kembali pulih seperti sediakala. InsyaAllah.
So sejak Disember tahun lepas aku dan DD dah buat rancangan yang 2 atau 3 bulan sekali kami akan berusaha untuk spend masa bersama dengan pergi jalan-jalan dan tidur dekat mana-mana Hotel dalam Malaysia ni tanpa anak-anak.
Sedalam dan sebesar mana pun kasih sayang kita dengan anak-anak tapi sebagai suami isteri tetap perlu ada “we time” dengan pasangan masing-masing bagi menjaga dan mengekalkan keharmonian rumah tangga.
Macam DD tu sejenis yang kena dipaksa bercuti sebab dia terlalu hardworking. Orang bercuti pun dia kerja. Orang raya pun dia bekerja.
Oleh sebab itu aku kena buat begini supaya dia lebih menikmati hasil dari usaha kerja kerasanya dan menikmati hidup. Dan dia serah pada aku untuk menguruskannya.
GUNAKAN APPS UNTUK DAPATKAN BEST DEAL HOTEL
Pernah satu hari tu masa tu aku dengan DD tengah duduk santai berdua merenung masa depan dia cakap dekat aku begini “sayang jom malam ni kita pergi tidur hotel ….sayang booking jer kat mana-mana , lepas Maghrib kang kita bertolak…”
Haa masa nilah perlunya apps macam Traveloka. Walaupun tak rancang dan tak sempat nak fikir tapi aku tahu akan dapat best deal hotel dekat situ.

Lagipun masa tu kat rumah anak-anak aku ada dengan neneknya. So kami ambik kesempatan yang ada untuk pergi staycation. Walaupun satu malam tapi ianya cukup bermakna dan membahagiakan kami berdua.
So untuk next lokasi aku dengan DD juga dah rancang nak stay kat Melaka pulak.
Jadi untuk memudahkan aku buat pencarian Hotel Melaka , aku hanya perlu bukak apps di Traveloka. Memang sebelum-sebelum ni pun lagi-lagi kalau unplanned staycation aku akan cari dekat Traveloka sahaja sebab mudah.
Apa yang bestnya bila buat pencarian hotel -hotel Melaka kat Traveloka ni adalah pilihan-pilihan hotel semuanya berada di lokasi yang strategik , maksudnya dekat dengan tempat-tempat tarikan.
Aku suka duduk dekat hotel yang nampak laut tapi aku juga suka duduk hotel ditengah bandar sebab senang nak pergi mana-mana jalan kaki sahaja.
Dan Hotel Melaka pilihan aku kali ini ada 2 , Dengan rating guest yang tinggi tapi harga pulak masih dalam bajet. Tu yang makin susah nak buat pilihan. Hahahaha.
kalau korang jadi aku , korang nak pilih yang mana ? Nanti korang tolong komen kat bawah yer gais.


APA TARIKAN YANG ADA DI MELAKA ?
Ok, lepas dah pilih hotel kena plan jugak nanti kat Melaka nak buat apa ?
Uishh terlalu banyak rasanya. Almaklumlah Melaka kan Bandar Bersejarah. Walaupun sekarang nampak macam terhad sebab nak kurangkan risiko jangkitan tapi masih ada tempat-tempat terbuka yang kita boleh lawati.
Walaupun dah banyak kali aku datang Melaka tapi masih ada banyak lagi tempat yang aku tak pernah jejak. So , antara tempat yang korang boleh singgah bila ke Melaka.
SUNGAI MELAKA
Buat masa ni kalau aku dapat berjalan-jalan dan ambik gambar mural di dinding-dinding bangunan di sepanjang Sungai Melaka ni pun dah cukup seronok.


MEMBURU KILOMETER SIFAR
Memburu kilometer sifar juga boleh dijadikan sebahagian aktiviti yang menyeronokkan semasa korang berada di Negeri Melaka.


JONKER STREET
Walaupun tiada aktiviti berjual beli tapi kat sini banyak terdapat bangunan-bangunan lama dan bersejarah. Kat sini juga terletak Makam Hang Kasturi.
PANTAI – PANTAI DI MELAKA
Atau korang boleh sahaja berjalan-jalan di sekitar pantai yang ada di Melaka. Antara pantai-pantai yang korang boleh singgah apabila ke Melaka.
Pantai Puteri
Pantai Puteri ni memang sangat cantik , once dah duduk lepak kat sini memang susah nak angkat punggung.

Pantai Klebang
Pantai Klebang juga antara pantai yang cantik sehingga mendapat jolokan “White Sand Dunes Malaysia” dan disini jugalah terdapatnya minuman “coconut shake” paling tersedap.

Pantai Tanjung Bidara
Pantai Tanjung Bidara yang juga lokasi terkenal bagi kaki pancing.

Pantai Pangkalan Balak
Pantai Pangkalan Balak yang mempunyai daya penarik tersendiri kerana disni kita boleh melihat nelayan membawa pulang hasil tangkapan dan juga lokasi tempat syurga bagi seafood hunter.

Selain dari melawat tempat bersejarah, Melaka juga terkenal dengan makanan-makanan yang sedap. Antaranya Asam Pedas , Cendol Kampung Hulu , Kuih Keria Gula Melaka , Coconut Shake , Nasi 7 Benua dan macam-macam lagi.


Sebelum balik pulak jangan lupa beli Belacan , Cincaluk sebagai buah tangan untuk ahli keluarga di rumah.
Selamat Bercuti !
best jugak eh melaka! takpernah terfikir nak bercuti kat melaka hehe boleh la usha usha kat traveloka nanti
Aajommmmmm…!! Rindu jengjalan Melaka!
Lepas PKP memang nak bawa anak-anak travel di Semenanjung. Diantara negeri dalam list adalah Melaka dan Terengganu. Melaka kami nak food dan historical hunting. Manakala Terengganu kami nak ke pantai. Nanti nak cek kat Traveloka lah untuk cari hotel / resort. Sebab dah ada kids ni, takleh nak buat macam solo trip or backpackers stail. Sakit pinggang mak nanti. Hahahah.
Ruby recently posted…Dendeng Bak Kwa Cik Midah
melaka tak pwrnah tak best. kalau nak short vacay memang melaka la DESTINASI nya
Ala. Cepat la boleh travel rentas negeri balik. Rawlins teringin nak travel. And yes, Traveloka memang aplikasi pilihan kalau nak travel ke mana pun .
Aduh..lambatnya la PKP ni nak habis, kan? Dah banyak aktiviti tergendala ni. Bukan setakat melancong ke luar negara, nak merentas daerah pun tak boleh. Apa pun, terpaksa la juga tunggu, sebab ni je lah langkah terbaik untuk memutuskan rantaian Covid-19.
Habis PKP memang syokk travel kann, tapi tu laaa dalam keadaan berjaga-jaga, kes makin naik..
Tiber rindu Melaka..lama tak ke Melaka walau negerinya sebelah aje gan Johor ni hehehehe..
Waaaa rindunya melaka. Terasa sangatlah lama terperap tak berjalan tak berholiday ni. Moga cepat lah covid ni hilang. Bole kita jalani kehidupan seperti biasa
Sepatutnya tahun lepas kami bercuti Melaka. Tapi covid terus masa tu tak jadi. Sedih gila. Ni dh ade senanri bolehla salin tempat menarik.. Nanti dpt pergi boleh singgah mana sempat.. Argh cepatla hbis covid
sebab PKP tak dapat nak pergi Melaka. Nasib sempat pergi sebelum PKP haritu itupun tak puas jalan2 dekat Jonker Walk haha. Bestnya dekat Melaka ni banyak hotel cantik2 so setiap kali pergi akan bertukar hotel
Setuju sangat. Kita ni suami isteri memang kene cari masa we time. Senang ya ada Traveloka ni. Tinggal letak location mana kita target, keluar semua list & details dia. Lama tak pergi melaka. Rindu keria dia
Nur Decamellia recently posted…Pengalaman Mendaki Gunung Lambak Kluang Bersama Anak Kecil
waaaa… taksabar yer nak travel lagi..bosan dah dok umah. cepatlah covid di angkat dari bumi ni.. traveloka memang apps wajib survey hotel
huda recently posted…Jom Cuba Ubat Gigi Premium Pudina Koko MISMIS! Bantu Atasi Masalah Nafas Berbau dan Karies Gigi.
kak azni pun rindu nak balik melaka… nak mkn ikan bakar.. cendol baba uwaaa
Melaka… Food heaven…
x sabar nk bercuti ni. so sad right now sbb diorg baru je announce pelanjutan tempoh PKPP. hopefully when it is all over, i get to visit all the places that you have listed here!
mengiurkan… terbaik perkongsian akak.. suka baca.. story best
nanti jgn lupa komen kat blog shariff plak kak..hehehe katanya ada blog baru.
arghh rindunya nak pegi Melaka. last pegi sana 2013 kot. habis PKP nak ajak family bercuti kat Melaka la
Jap nak check juga coz memang banyak tempat i nak pergi selepas PKP ni, tapi kena jaga SOP juga.
Sunshine Kelly recently posted…How to Make a Drawstring Bag Look Trendy